Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile

Sunday, February 27, 2011

PILIHANRAYA - BELI UNDI BUKAN RASUAH - PAS

PAS KATA BELI UNDI DIBENARKAN.
HINA NYA ISLAM APABILA DI-POLITIK-KAN OLEH NIK AZIZ@PAS

Sesungguhnya memberi sumbangan kepada mualaf yang baru memeluk agama Islam itu mulia namun, Islam jadi hina apabila ianya diPOLITIKkan !
Lihat apabila Nik Aziz dan PAS GUNAKAN Islam untuk berkempen di N.45 Galas, Gua Musang, Kelantan baru-baru ini
Gulingkan Nik Aziz dalam PRU13 sepertimana tergulingnya Mubarak di Mesir !!!

GHAZWATUL FIKRI.
www.ferizomar.blogspot.
com

HANYA ULAMA INI YANG KATA BELI UNDI BUKAN RASUAH

Nik Aziz" Undilah PAS, kita bagi duit"
Budak tu jawab" Ini dah rasuah,tapi bagi duit saya ambil, Dosa Tok Guru tanggung"

Nik Aziz" Ini duit awak 300.Undi PAS tau..halal ni"
Baju Biru" Tok Guru bagi saya ambil, terima kasih"
Dalam hati" undi belum tentu lagi

Nik Aziz" Ini awak punya juga 300, jangan tak undi tau"'
Baju Hitam" Terima kasih"
Dalam hati saya tak mendaftar lagipun.

Friday, February 18, 2011

BANJIR KILAT DI KPG ASSYAKIRIN - PIHAK BDA PERLU BUAT TINDAKAN SEGERA

DUA BUAH KAMPUNG TERJEJAS DILANDA BANJIR KILAT DI BINTULU

BANTU: Talib (kanan) dan Pandi (dua kanan) menimba air di sebuah rumah apabila banjir mula surut.










BINTULU: Kampung Asyakirin Fasa I dan II dilanda banjir kilat malam kelmarin, selepas hujan lebat bermula kira-kira jam 2 petang Selasa menyebabkan ada beberapa rumah ditenggelami air sedalam tiga kaki.

Ketua Kampung Abu Bakar berkata, air mula naik dengan pantas kira-kira pada jam 7 malam.“Ada yang tidak sempat meletakkan perabot di tempat tinggi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
















Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata, lebih 20 rumah terjejas akibat kejadian yang jarang berlaku.

“Jarang air naik setinggi ini. Ini kali pertama,” katanya.

Kejadian dipercayai akibat sistem perparitan tidak lancar. Bagaimanapun, air mula surut bermula jam 10 malam
.
Bersimpati dengan insiden terbabit, Menteri Muda Pelancongan yang juga ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip melawat ke kawasan kejadian pada malam tersebut.
Beliau bersama Pandi dan Abu meninjau ke-adaan banjir di sekitar kampung tersebut.

WARKAH PULAU BINAI

Pihak Bintulu Development Authority (BDA) harus menyiasat dan mengambil tindakan segera untuk menggelakkan kejadian banjir kilat di Kampung Assyakirin dari berulang.
Banjir kilat yang dipercayai berpunca daripada sistem peparitan yang tidak lancar dan pembangunan di kawasan yang bersebelahan.

Pihak Wakil Rakyat melalui YB Datuk Haji Talib sendiri telahpun menelefon Pengurus Besar BDA pada malam kejadian dan menggesa agar mereka mengambil tindakan dan membesarkan aliran air yang keluar dari parit yang bersebelahan.

Kita berharap pihak kerajaan juga dapat memberi bantuan ke atas rumah yang terjejas dimana banyak kerosakan dan kerugian kepada pihak penduduk kampung. Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat menyebabkan kerosakan banyak perabut, peralatan dan beberapa rumah juga mengalami keretakan lantai dan jubin.

Thursday, February 17, 2011

PAS TUNTUT KERUSI LEBIH---YAKIN MENANG DI SARAWAK

Bendera PAS di Rh Gisa Bintulu










16 Februari, 2011 15:57 PM

PAS Tanding Di Sarawak, Mahu Lebih Kerusi

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya PAS akan mengekalkan untuk bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro sama seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2006.

"PAS bertanding (2006), sekarang dalam proses rundingan dan perbincangan untuk tentukan jumlah kerusi. Kita harap dapat bertanding lebih dari satu (kerusi), paling tidak mempertahankan status quo kerusi yang kita tandingi," katanya kepada pemberita di sini Rabu.


Jalil Bujang, ahli Pas bersama penduduk Rh Gisa Bintulu










Beliau berkata Pakatan Pembangkang Sarawak masih dalam perbincangan untuk menentukan parti mana yang akan bertanding di setiap kerusi dan sekiranya tidak selesai Pakatan Pembangkang pusat akan berbincang dan memutuskannya.

Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata Pakatan Pembangkang juga akan berbincang dengan parti pembangkang di Sarawak bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

"Kita harap mereka lebih terbuka kerana apa yang lebih penting ialah kemenangan. Kalau ada keperluan kita akan bincang dengan mereka," katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP enam, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini.

Tuesday, February 15, 2011

DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK DIBUBARKAN 18HB FEBUARI 2011?






Sumber Borneo Post online - Posted on February 15, 2011, Tuesday

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan akan mengunjungi Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Painggi Abang Muhammad Salahuddin Jumaat ini, kemungkinan bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal kesembilan ini.

Sumber Astana ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihak Pejabat Ketua Menteri telah menghubungi Astana beberapa minggu lalu untuk menetapkan tarikh pertemuan itu.

Menurut sumber itu, Ketua Menteri telah dijadualkan untuk menemui Tun Salahuddin pada 18 Februari ini.

Apapun tidak dapat dipastikan tujuan pertemuan itu.

Bagaimanapun, pemerhati politik percaya Taib menemui Tun Salahuddin pada tarikh itu untuk menyerahkan watikah pembubaran DUN, untuk diperkenankan.

Menurut mereka, Jumaat, 18 Februari adalah sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sarawak dikatakan amat sesuai untuk Ketua Menteri memohon pembubaran berkenaan.

Muhyiddin akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke negeri ini mulai 17 Februari sebelum singgah di Kuching pada petang keesokannya selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Debak dan Pusa, Betong, pagi itu.

Namun ada pula yang menolak kemungkinan pembubaran DUN pada Februari ini memandangkan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen pada 5 Mac depan.

Pemerhati itu percaya pembubaran mungkin akan dilakukan selepas persidangan itu untuk membolehkan pilihan raya diadakan pada penghujung Mac.

Kali terakhir negeri ini mengadakan pilihan raya ialah pada 2006 di mana BN menang dengan majoriti yang besar.

BN hanya kalah sembilan daripada 71 kerusi DUN pada pilihan raya yang diadakan pada Mei tahun itu.

Parti pemerintah itu hanya kalah di Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Meradong, Bukit Assek dan Kidurong kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Padungan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ngemah kepada Bebas dan Engkilili kepada Parti Kebangsaan Rakyat (SNAP).

Monday, February 14, 2011

MUBARAK ---- NASIHAT TUN M KEPADA TAIB


Dr M: Taib jangan jadi seperti Mubarak
Joseph Sipalan
Feb 14, 11
7:13pm
Kongsi 51
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.

Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.

Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.

Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) ekoran demonstrasi berterusan selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.

Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.

Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.

Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.

Abdul Taib pada minggu lalu berkata, belaui mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.

Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu.



Warkah Pulau Binai


Kita percaya Pehin Sri Taib sudah pun memikirkan dengan sehalusnya masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan penggantinya. Kita serahkan kepada beliau untuk membuat keputusan yang sudah semestinya sangat berat.
Saranan Negarawan Ulung Tun Mahathir itu kita hormati, namun biarlah rakyat Sarawak sendiri yang menentukannya. Kita percaya satu masa kelak Pehin Sri akan menyerahkan kuasanya kepada penggantinya.
Sebagai rakyat Sarawak kita sangat berterima kasih atas khidmat bakti Pehin Sri yg selama ini mengabdikan dirinya untuk Tanah Air ini. Jasa besar beliau tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Sarawak, bahlkan kita berterima kasih kepada beliau serta ahli keluarga beliau yang selama ini telah "Meminjamkan" seorang bapa untuk dikongsikan sebagai bapa kepada seluruh rakyat di negeri tercinta ini.
Terima kasih Pehin Sri --- Teruskan perjuanganmu untuk Tanah Air SARAWAK

TAIB HAS GOT INSPIRATION - Muda Tengah

Monday, February 14, 2011


Najib : Taib has got inspiration

Posted on February 13, 2011, Sunday
KUALA LUMPUR: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud is inspired as to when to hold the impending state election.
“He has got inspiration. He is inspired now,” Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak told reporters after chairing the Barisan Nasional (BN) supreme council meeting at Menara Dato Onn, here, Friday night.

Najib was responding to questions on whether the upcoming event to be held in Sarawak were signals that the state election is around the corner.
Earlier, Najib said Sarawak would hold its state BN Convention on March 5, adding that he and other BN top leaders were also scheduled to visit the state in the middle of next month.
“I have also been scheduled to visit Sarawak again in the middle of March, where we will go down in numbers together with the BN leaders during the visit,” he said.
Meanwhile, speculation is rife that the Sarawak State Assembly might be dissolved in a week’s time and the state election, which is due in July this year, be held by the third week of March.
Posted by santubong at 11:59 AM

Sunday, February 13, 2011

MOHON CAMPURTANGAN PEMIMPIN PBB

Ahli parti PBB ranting Sg Cina, Encik Jamain bin Mahmud dan Setiausaha En Borhan Saidi merayu bantuan pemimpin PBB untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah NCR mereka yg kononnya diberi kepada Syarikat Samling.
(Ketua Ranting PBB Sg Cina, Encik Jamain bin Mahmud)
\

INFO
1. Kampung kampung yang dikatakan terlibat - Kpg Kangka, Kpg Sg Belian, Kpg Sampadi, Kpg Stoh, Kpg Ulu Riam.
2. Syarikat Rimbunan Hijau sudah hampir 5 tahun mendapat kelulusan untuk mengusahakan penanaman kelapa sawit di kawasan tersebut.
3. Mereka menaruh harapan tinggi kepada pertolongan pihak parti PBB

Tuesday, February 8, 2011

PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK - ADUN TIDAK MAHU BERTANDING

Siapa ADUN Sarawak tidak mahu bertanding?


Sebelum ini pernah ada desas-desus mengatakan PBB akan menampilkan 10 muka baru dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pula dengan parti komponen lain seperti SPDP,PRS dan SUPP?

Difahamkan parti komponen lain akan mengambil langkah yang sama, dengan menampilkan muka baru yang lebih bertenaga untuk berkhidmat kepada rakyat. Kerana beberapa ADUN parti komponen BN Sarawak cuba mengambil langkah bijak dengan menawarkan diri agar diganti dengan muka baru.

Setakat ini, PBB dan SUPP adalah yang paling pasti untuk menampilkan muka baru. Desas-desus di lapangan sedang rancak membayangkan beberapa pemimpin kanan dalam PBB dan SUPP akan memberi laluan kepada muka baru.

Pertemuan PM Najib dengan ADUN BN Sarawak di Miri minggu lalu, turut membayangkan beberapa ADUN yang meminta untuk tidak bertanding. Bahkan yang mengejutkan Perdana Menteri, bila tidak ada muka-muka yang cuba melobi untuk dicalonkan, sepertimana kebiasaannya.

Siapakah pemimpin yang tidak mahu dicalon? senarai tidak rasmi sudah berlegar di lapangan, termasuk nama-nama yang dominan dalam politik Sarawak.

Risik-risiklah di kedai kopi sambil menikmati Kolok mee, anda akan tahu siapakah mereka?

Baca kutipan dibawah. (credit to Borneo Post)
Ada yang tidak bertanding
Najib sahkan ada terima permintaan tidak mahu dicalonkan lagi selepas pertemuan empat mata bersama 63 ADUN BN di Sarawak semalam

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima permintaan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.


“Ya, beberapa ADUN yang menemui saya menawarkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya (negeri) akan datang. Namun tiada yang melobi untuk bertanding,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sesi bertemu ADUN Sarawak di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) di sini semalam.




Pemimpin nombor satu negara itu bagaimanpun enggan mendedahkan ADUN yang tidak mahu bertanding tersebut.


Mengenai pertemuan dengan ADUN-ADUN Sarawak semalam, Najib berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat tentang prestasi dan perkembangan konstituensi masing-masing.


“Saya berjumpa dengan ADUN-ADUN Sarawak untuk mendapatkan gambaran berkenaan keadaan di kawasan masing-masing supaya kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan bagaimana kita boleh menentukan khidmat kepada rakyat agar lebih berkesan dan bermakna.


“Ada beberapa perkara yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat dan sebahagian kerajaan negeri yang mana jika kita gabung, saya percaya dapat selesaikan banyak masalah rakyat,” katanya.


Ditanya sama ada pertemuan semalam berkaitan dengan pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu ia adalah rutin dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyat agar lebih berkesan seterusnya meningkatkan imej Barisan Nasional (BN).


Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN di negeri ini, Najib berkata, cadangan secara lisan dan bertulis telah dikemukakan kepada beliau untuk diteliti dan diambil tindakan.


“Hampir semua bawa cadangan bertulis kepada saya, ada berbentuk laporan lengkap dan ini menunjukkan bahawa mereka tahu sebenarnya apa yang perlu dilakukan.


“Namun bukan semua apa yang dikehendaki oleh rakyat melalui wakil rakyat dapat selesai dalam masa singkat. Sebab prasarana perlu masa yang tertentu, apa yang penting ada peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun,” katanya lagi.


Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 orang ADUN BN Sarawak di sini bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang semalam, secara bersemuka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.


Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.


Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri daripada ADUN Opar Ranum Mina, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).


Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.


Tambah beliau, pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari lepas.

p/s: Yang pasti, tidak ada yang sanggup meletupkan diri disebabkan ulasan ini. ahhh.. ‘super sensitif’!!!

Read more: http://melanaublogger.blogspot.com/2011/02/siapakah-adun-sarawak-tidak-mahu.html#ixzz1DL38TIhk

CONMEN

CONMEN????

Monday, February 7, 2011

Conmen in PERSB? - Joseph Tawie

 
Joseph Tawie | February 7, 2011
An agro-based grouping aiming to play a significant role in the coming state elections may have another problem to deal with.
KUCHING: A founding member of Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) has alleged that there are conmen within the party who have swindled a number of people including some well-known personalities.
“I myself have been conned for some substantial amount for which I feel ‘malu’ (ashamed) to reveal the amount,” said the member, asking not be named.

According to him, the conmen would go to longhouses and villages recruiting members. Each member, he said, would have to pay RM50 for registration and RM50 for a membership card.
“Just imagine if the so-called 200,000 members pay for the registration and cards, it will come to millions of ringgit.
“This money will not be lodged into the account of the party,” he said, pointing out that he would lodge a police report soon and take legal action to recover his money.
PERSB was submitted for registration as a party last April.
Meawnwhile, Michael Jok who heads PERSB’s northern region said that he was not aware of the presence of conmen in the proposed party.
“I will look into it,” he said, refusing further comments. It is understood that the authorities were also monitoring the situation.

Big plans
When meeting the press in July last year, Jok explained that some 200,000 workers and planters involved in the planting of jatropha would participate in the “projek ekonomi rakyat Sarawak” programmes.
Financial allocations for the implementation of all the programmes under the project would be channelled through Koperasi Ekonomi Rakyat Sarawak Berhad.
PERSB would also market crops, livestock and handicrafts and commodities by the people such as rice, cassava, coffee, pepper, fish, chickens, goats, weaving products, beads and so on.
“Even though it is yet to be registered, PERSB already has big plans for the future of Sarawakians,” he said.
Jok said PERSB would contest in 71 state seats and had identified its candidates.
He said if the party was registered in time, PERSB would contest as united independents.

Monday, February 7, 2011

Budak ‘syok sendiri’ cabar Datuk Fadillah

inilah orangnya

Bila rasa syok sendiri sudah sampai ke paras dada, memang sukar untuk melihat siapa diri. Mungkin ini yang terjadi pada Ahmad Nazib Johari, ketua AMK Sarawak yang tidak pernah dipilih serta tidak pernah diundi oleh sesiapa, sekadar dilantik secara ‘demo-kuku besi’ oleh Anwar Ibrahim. Sama juga macam Anwar Ibrahim, tidak ada sesiapa memilih Anwar jadi ketua umum PKR.

Entah dirasuk jembalang apa? Sampai Ahmad Nazib tak sedar diri, hingga mencabar Datuk Fadillah berdebat untuk menyelesaikan masalah rakyat. kononnya dengan berdebat, maka selesailah masalah rakyat.… bangang.. bangangggg

Bagi Datuk Fadillah, mendengar dan mendekati rakyat akar umbi adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Bahkan pemimpin inilah yang dianggap sangat mesra rakyat dikalangan pemimpin-pemimpin muda, yang sentiasa turun padang mengunjungi penduduk di kawasan P194 Petrajaya.

Datuk Fadillah (photo credit to Pemuda PBB Semariang)


Datuk Fadillah dipilih dan diundi oleh rakyat untuk jadi pemimpin mereka, sedangkan Ahmad Nazib sekadar mendapat jawatan belas kasihan dari Anwar keparat. Kasiannnn…


Untuk Ahmad Nazib nikmati buah tangan dari Pemuda PBB Semariang;


...tak payah nak ajak Ketua Pemuda Negeri..berjumpa kami di kampung dulu...baru tau..kamu tidak layak mencabar Ketua Pemuda Negeri...Kamu hanya layak berjumpa kami yang sedia berjumpa dan berbincang tentang perancangan kamu secara terperinci di sini..kami mahu tau perancangan kamu mengenai bagaimana ekonomi orang melayu di sini..kami mahu tau macam mana kamu menangani isu perparitan kami...dan KAMI MAHU TAU..MANA KAMU SELAMA INI? KAMI MAHU TAU KAMU YANG PENAKUT, DAN TIDAK MAHU MENAMPIL DIRI KAMU DI SINI DAN BERCITA2 UNTUK MENJADI PEMIMPIN KAMI....ITU CABARAN KAMI...JANGAN CUBA HANYA BERANI AJAK BERDEBAT..JAWAB KAMI DULU

-dikutip dari Mukabuku Pemuda PBB Semariang


Sumber : MELANAU BLOGGER


Komen Rajah Binai :
kalau dah pencacai,pencacai jugak,tak kemana kuah tak tumpah ke kroni,ni orang nak kerja senang la ni,orang lain turun padang jengok tinjau sana-sini tolong rakyat,dia ambik jalan pintas,jual air liur,konon dia tu laku,sama la macam Tuan dia tu,gebang lebih,haaaaa kalu tuan-tuan nak taww ni la dia akibat turun ceramah tuan dia,habis satu dewan kena kencing ngan air lioq,semua berjangkit tang tu jugak.sampai ada yang kena Gagap pun ada,kah kah kah!

p/s: lepas ni kalau beras aku habis kat rumah,aku nak p berdebat ngan ketua kampung,tengok boleh dapat tak satu kampit. prfftttttt...... :D

Friday, February 4, 2011

Datuk Sri Dr James Masing : PRS doesn't agree with Tedwin

 

Datuk Sri Dr James Masing: PRS doesn’t agree with Tedwin                                                                                      

Posted on February 2, 2011, Wednesday( Borneo post)












KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) does not agree with its former deputy information chief Tedwin Ngumbang that the party was being bullied by Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
                                                 
In an SMS to The Borneo Post, PRS president Dato Sri Dr James Masing said: “PRS does not agree with Tedwin’s point of view, so we advised him to resign. He did.”
Masing, who was commenting on Tedwin’s claim made to the media on Monday, however, did not say when Tedwin resigned from the party that he had helped form in 2004.
On Monday, it was reported that the former deputy information chief had resigned from the party because he wanted to serve Sarawak National Party (SNAP).

An insider was quoted as saying Tedwin had exhausted all his usefulness in PRS, and that prompted him to leave the party despite the claim that he was still in good term with Masing.
However, a web portal reported that the former information chief had uttered remarks to the effect that Taib was bullying the party.
Meanwhile, the chief political secretary to the Chief Minister, Abdul Karim Rahman Hamzah, said he felt sorry for Tedwin for leaving PRS.
YB Hj Abd Karim Rahman Hamzah
He, however, believed that the former information chief might have personal problems or aspirations which led him to turn his back on the party.

“There must be a reason for him leaving (the party) but by putting the blame on YAB CM as bullying PRS as his reason is a bit absurd,” Abdul Karim said when contacted yesterday.
Abdul Karim, who is also the Asajaya assemblyman, said he personally knew that Tedwin was keen to contest in the coming election and this might be the reason for him to leave PRS.
“In the scenario before his departure from PRS, being a fellow BN member it would not be possible for him to contest in his hometown of Betong because Betong is a PBB seat,” he said.
He wished Tedwin “all the best in SNAP” and hoped that the former deputy information chief had fully weighed the consequences of his action.

Party Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) deputy youth chief Pandi Suhaili said Tedwin should realise that under the concept of Barisan Nasional (BN), not all demands made by any component party must be met by the state coalition chairman.
He said there were also demands made by members of PBB, which is headed by Taib, that the chief minister didn’t entertain.
“As the state BN chief, he has to take into account all factors when making his decision. Moreover, he will surely consult other leaders of the state BN parties to seek for opinions and suggestions before making any decision,” said Pandi.
The vice youth chief also concurred with the Asajaya assemblyman that Tedwin might be leaving PRS due to his frustration at not being able to get what he personally wanted, and not what the party could not get.

Thursday, February 3, 2011

HANTU BEDURU DI PULAU BINAI

Tuesday, February 1, 2011

SNAP - The stubborn Dayak whore.

For a party which claims to have 100,000 members, it was quite a disastrous showing when less than 100 members turned up for SNAP's latest symposium held at the Grand Continental Hotel in Kuching over the weekend. The large function room was sparsely populated with a smattering of over 80 people and even this small gathering of so-called strong supporters gradually thinned out as the day wore on; a slight improvement from the 50 people who turned up for Sibu previously.

Despite the concerted publicity to advertise all their symposiums thus far, SNAP has not been able to mobilise even 1% of its membership to attend its symposiums. If the Sibu symposium of 50 odd members and now the Kuching symposium touted to be the biggest yet of only 80 members are anything to go by, then SNAP must immediately arrest this dwindling membership or accept the reality that its much trumpeted support by the grassroots is as good as non-existent.

Augustine Liom, one of the speakers at the symposium, was heard to be leading the charge against the BN on land issues. He spoke on land grab and abuses of the system as though he has been a champion of Dayak land rights since time immemorial. Very valiant of him. However, perhaps we should ask our learned friend why he remained quiet when he was a Sessions Court Judge and did nothing to rule in favour of the Dayaks who brought cases on land issues against the Government?

What about his fellow Dayak lawyers in SNAP? How many cases of NCR land grabs have they championed in court? It is indeed strange that all these years they have remained completely silent but have only now found their voices. With no credibility or track record to fall back on, SNAP's sudden championing of land issues will surely be its Achilles' Heel that the BN will take full advantage of.

Wilfred Gomez, attending the Kuching symposium, proposed that SNAP revive its battle cry – Sarawak for Sarawakians – as part of its re-branding programme. Such battle cries are noble. But such battle cries are also hollow if you have no basis to support your aims. Let me explain. SNAP is a local Sarawak-based party. Autonomy from the Federal Government can only be achieved with full Federal Government support. As a local Sarawak party, what ties will SNAP have with the Federal Government? If Pakatan Rakyat led by PKR takes over Putrajaya, will SNAP have any say in the Federal Government? What autonomy can it achieve without the support at Federal level? Will SNAP therefore end up like PBS in Sabah - an ineffectual lone ranger with an irrelevant and outdated battle cry?

Zaid Ibrahim's KITA and blogger Haris Ibrahim's MCLM have come out strongly pledging support for SNAP during the election. How well do Zaid and Haris know the ground in Sarawak? Have they started to stock up on fuel and reserved boats for the election campaign period? Have they formed local committees in all the constituencies SNAP has claimed? Will Haris Ibrahim get a rude shock when he does background checks on SNAP's candidates, as he so promised?

All this rhetoric by SNAP only means one thing. Its leaders are beginning to realise that no one is 'buying' their 'product'. And this only spells disaster as their Chinese towkay in Kuala Lumpur, so we have heard, has conveniently switched off his handphone. No Chinese towkay will invest in a lame horse, let alone one that has only one leg to stand on.

The crushing reality sunked in when Paul Kadang had to fly to KL yesterday to personally knock on the Chinese towkay's door, which we hear is firmly locked now. What financial option has SNAP got left?

To add insult to injury, political burnt-out Tedwin Ngumbang has thrown his lot in with SNAP. Depending on which rumour you believe, two possible scenarios are being whispered all over town.

Scenario 1. Tedwin, frustrated with Masing's refusal to grant him further 'concessions' and 'goodies', has decided to try his luck with SNAP.

Scenario 2. Tedwin, once a trusted ally of Masing, has been forgiven by Masing and sent into SNAP not just as a mole but also as the pre-cursor to an eventual take-over of SNAP by PRS.

Whichever way you read it, SNAP is screwed. Tedwin is just bad news. He owes money to the Chinese towkays in Betong and cannot show his face in Betong town. His 'popularity' in the Layar is close to zero and all he has been able to garner from the locals are guffaws. Is SNAP so desperate as to inherit a political has-been with baggage seeking an opportunity to further his own agenda?

But we have heard a third scenario.

Scenario 3. Tedwin has been promised a handsome sum by Jabu to muddy the waters at Layar. Locals are aware that Tedwin is related to Jabu and will not fall for this old trick employed by Jabu in previous elections.

Which brings us back to what we have been saying all along. Poor SNAP is being used, abused and screwed left, right and centre by the BN to split the Dayaks yet again. The tragedy is that SNAP knows it but does nothing to stop it. The question is, WHY?

MELANAU SOKONG BARU BIAN???

Baru Bian - Ketua PKR Sarawak

Akhirnya, Saya sokong Baru Bian

Bukan kerana saya jatuh cinta dengan Baru Bian atau baru saja memeluk fahaman luar tabii. Jangan fikir saya seorang gay kerana tiba-tiba bersetuju dengan Baru Bian, tapi ini soal kebenaran yang harus difikirkan oleh seluruh ahli politik pembangkang dari semenanjung yang sedang bergentayangan dalam politik Sarawak,  khususnya PAS yang gemar menjadikan agama sebagai isu politik.
Oleh kerana Baru Bian orang yang taat dengan perintah agama, saya pasti beliau bersyukur dengan perpaduan serta persaudaraan dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Ketika temubual dengan Radio Free Sarawak, Baru Bian ditanya tentang scenario pilihan raya Tenang. Beliau mengatakan faktor kekalahan PAS adalah kerana isu agama dan kaum yang dibesar-besarkan.

Baru Bian menegaskan, isu agama seperti itu tidak seharusnya dibawa ke Sarawak, kerana orang Sarawak sudah lama bersatu dan biasa makan semeja meskipun berbeda agama. Bahkan orang Sarawak yang berbeda agama sama-sama berjual makanan dalam satu premis. Masing-masing berjual kolok mee, bak kut teh dan mee, jawa tanpa sebarang masalah atau halangan.

Jika Baru Bian sudah memahami keadaan ini, bagaimana pula dengan PAS yang terkenal dengan provokasi agama. Kafir mengkafir, maki hamun, bahkan istilah 'jahiliah' bukanlah suatu yang asing dari mulut ostat-ostat PAS.

Nik Aziz perlu berfikir berkali-kali jika ingin ke Sarawak pilihan raya nanti, ini bukah soal kalah atau menang. Tapi soal 'fatwa biadap' yang muncul setiap kali pilihan raya...
Apakah Nik Ajis akan mengatakan orang Sarawak kafir serta jahiliah jika tidak mengundi PAS? Itu satu penghinaan yang sangat sensitif bagi masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Rakyat Sarawak sentiasa bersaudara meskipun berbeda agama dan kepercayaan. Nik Aziz dan PAS perlu belajar erti perpaduan dari rakyat Sarawak, dan tidak perlu menginjakkan kaki di tanah Sarawak jika ada keinginan untuk menyebut perkataan kafir atau jahilliah...
p/s: GONG XI FA CHAI

Read more: http://melanaublogger.blogspot.com/2011/02/akhirnya-saya-sokong-baru-bian.html#ixzz1CpAZaZTL

Tuesday, February 1, 2011

PELABUR TIMUR TENGAH KE TG MANIS HALAL HUB

SARAWAK TARIK PELABUR TELUK

Posted on January 31, 2011, Monday

DS Najib, Pehin Sri Taib, Awang Tengah dan Norah menyaksikan pameran


ABU DHABI: Pelabur Teluk perlu menimbang untuk melabur di Halal Hab dan Industri Berat Sarawak, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang sedang dalam misi di sini bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan para pelabur Timur Tengah. Kini, tahap pelaburan dari Timur Tengah tidak signifikan, katanya.
Ketua Menteri yang mengetuai misi pelaburan 30 anggota ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berkata kini hanya terdapat satu perlaburan dari Timur Tengah, iaitu sektor kelapa sawit di Sarawak.

"Kami berada dalam pelbagai peringkat perundingan dengan (para pelabur) Arab Saudi dan negara lain( di Timur Tengah) kerana kami ingin mengambil kesempatan daripada jaringan kewangan Islam di rantau ini." katanya kepada media Malaysia di luar forum Invest Malaysia 2011 semalam, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sarawak sedang cuba menarik para pelabur bagi Tanjung Manis Halal Hub, yang merupakan satu pembangunan bersepadu yang disifatkan sebagai satu inisiatif pembangunan terbesar di negeri ini. 
Taib melahirkan harapan agarTMHH akan menarik lebih ramai pelabur Timur Tengah.
Semalam, TMHH menandatangani tiga memorendum persefahaman(MoU) yang terdiri daripada perlaburan bernilai RM650 juta.
MoU itu melibatkan Tanjung Manis Food and Industrial Park Sdn Bhd dan Perigon Advisory WLL, Borneo Agriculture yang berpengkalan di New York dan Focus International.  

Invest Malaysia 2011 disertai oleh ratusan ahli perniagaan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang mewakili 200 syarikat swasta. syarikat dana kekayaan berdaulat serta agensi kerajaan. Misi pelaburan Sarawak itu adalah yang pertama di Timur Tengah yang mensasarkan untuk menarik para pelabur dari GCC
Taib berkata konsep halal hub akan menjadi lebih menarik kepada masyarakat Islam di Eropah dan Amerika kerana ia menekankan makanan yang mematuhi Syariah." Kami sedang mengusahakan penjenamaan bagi produk hab halal kami ke pasaran Eropah" katanya.
Bagaimana pun, Taib berkata kini masih terlalu awal bagi menetapkan sasaran berkaitan perlaburan dari Timur Tengah. Sungguh pun begitu, katanya maklum balas yang diterima membayangkan para pelabur Timur Temgah lebih menyedari mengenai peluang pelaburan di Selatan Asia, khususnya Malaysia.

TMHH, satu projek di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) diilhamkan untuk memastikan Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2020, sambil bekerjasama seiring dengan wawasan dan sasaran Program Tranformasi Ekonomi (ETP) negara.
Sehingga kini kerajaan negeri telah melabur sehingga RM1.3 billion di Tanjung Manis untuk membangunkan dan memodenkan infrastruktur jaringan awamnya, yang menarik kepada komuniti pelabur Timur Tengah.

Ia merupaka satu projek impak ekonomi yang tinggi bagi keselamatan makanan dan telah diberi sokongan penuh kerajaan negeri, yang menyifatkannya sebagai projek KEUTAMAAN. Pada masa yang sama, aia akan menempatkan Sarawak sebagai salah satu destinasi halal paling menarik di dunia.

TMHH menjangka menerima pelaburan RM10 billion bagi tempoh lima tahun akan datang dalam pelbagai komponen seperti infrastruktur, pembangunan dan perniagaan industri daripada sektor swasta.


Dalam pada itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia kini membuka pintunya seluas-luasnya kepada para pelabur Teluk yang berpotensi,

Ketika menyampaikan ucaptama selabagi menjalin hubungan baharu yang saling bermanfaat.ma 30 minit semasa merasmikan forum “Invest Malaysia 2011” di sini semalam, Najib telah membentangkan satu senario kukuh bagi para pelabur Teluk untuk memilih Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan.
“Ekonomi kami menawarkan peluang dari pelbagai sudut bagi para pelabur yang berwawasan dan berdaya saing,” katanya semasa mengucapkan “Selamat Datang” kepada para pelabur berpotensi itu.
Beliau menonjolkan persekitaran mesra perniagaan Malaysia dan bidang yang boleh dilakukan usahasama perniagaan kepada ratusan ahli perniagaan Teluk yang berhimpun di hotel Emirates Palace yang menghadap Teluk Parsi.
Selepas itu, Najib menyaksikan penandatanganan perjanjian mengenai ekonomi, komersil, pelaburan dan kerjasama teknikal antara Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang dianggotai oleh Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Qatar, Kuwait, Bahrain, dan Oman.
Sambil menyifatkan penandatanganan perjanjian itu sebagai satu pencapaian yang signifikan di dalam hubungan antara Malaysia dan GCC, Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak komited ke arah memulakan satu cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) menjelang Mac 2011.
Majlis itu turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi dan Ketua Eksekutif Mubadala Development Corporation Khaldoon Khalifa Al Mubarak.
Yang turut hadir pada majlis perasmian Invest Malaysia itu ialah isteri  Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Ekonomi UAE Sultan Saeed Al-Mansoori, Setiausaha Agung GCC Abdul Rahman bin Hamad Al-Attiyah dan para pegawai kanan kerajaan yang lain.
Semasa berucap, Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil langkah memupuk iklim pelaburan yang kondusif melalui satu dasar liberasisasi yang perlahan-lahan dan menarik sumber pertumbuhan bernilai tinggi.
“Kami menyasarkan industri di mana Malaysia mempunyai kelebihan yang jelas seperti ekopelancongan, pelancongan perubatan, perkhidmatan kewangan, pendidikan, telekomunikasi dan teknologi hijau, yang termasuk tenaga diperbaharui,” katanya.
Malaysia, katanya juga sedang berusaha untuk menarik pemindahan ibu pejabat serantau, pusat operasi pemerolehan dan pengedaran serantau.
Najib berkata dasar-dasar kerajaan seperti Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi telah melonjakkan Malaysia ke hadapan dan membantunya pulih dengan segera dari kemelesetan ekonomi global.
“Bagi tempoh 10 tahun akan datang, sektor pengeluaran dan perkhidmatan akan memainkan peranan lebih besar di dalam ekonomi kami. Ini adalah bidang yang menarik di mana pelaburan asing boleh menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Perdana Menteri turut berkongsi dengan para hadirin mengenai kekuatan Malaysia di dalam bidang kewangan Islam, sambil menyatakan bahawa Malaysia kini di ambang menjadi salah satu hab kewangan terbesar di dunia.
“Di segi kedudukan bagi sukuk, Malaysia berada pada tempat teratas, diikuti oleh UAE, Arab Saudi, Indonesia dan Bahrain,” katanya, sambil menyatakan bahawa Malaysia kini mencatatkan lebih 50 peratus daripada US$144 bilion di segi bon Islam di seluruh dunia.
Perdana Menteri memberitahu perhimpunan di Abu Dhabi itu bahawa strategi ekonomi Malaysia melibatkan tawaran hutang yang baharu dan pengenalan produk perbankan Islam yang inovatif, seperti deposit, derivatif berstruktur dan produk lindung nilai.
“Kami turut menarik para pelabur dan penerbit pasaran bon domestik melalui insentif cukai,” katanya.
Najib berkata Malaysia menikmati kemasukan semula pelaburan asing pada 2010, di mana angka sektor pengeluaran berkembang daripada US$7.2 bilion pada 2009 kepada US$9.5 bilion pada 2010.
Amerika Syarikat ialah sumber pelaburan langsung asing (FDI) terbesar pengeluaran di Malaysia pada tahun lepas, dengan 47 projek pelaburan yang diluluskan berjumlah US$4 bilion.
Jepun muncul pelabur kedua terbesar dengan 61 projek. — Bernama

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans