Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile

Tuesday, March 29, 2011

Al kisah komik "Raja Lawak" - Nurul Izzah buat laporan polis





Anak sulung Anwar Ibrahim, Nurul Izzah membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memperihalkan kelucahan orang yang dikatakan sebagai bapanya. Bukan itu sahaja, komik 16 muka surat yang berjudul 'Kisah Juara Lawak' telah dihantar kepada pengundi-pengundi baru di Parlimen Lembah Pantai.

Tiba-tiba sahaja Nurul Izzah teringatkan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan, Seksyen 499 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Masa Zunar buat majalah kartun dan mempersenda-sendakan Najib Abdul Razak dan Zambry Abdul Kadir, bukan main lagi Nurul Izzah membela Zunar dengan mengatakan itu hanyalah karya seni dan tidak sepatutnya dipandang sebagai musuh.

Mengapa apabila kena ke batang hidung sendiri, terus mengatakan komik 'Kisah Juara Lawak' sebagai bahan fitnah? Mengapa komik itu tidak dilayan seperti karya-karya Zunar yang bukan sahaja memperolok-olokkan Najib Abdul Razak, Zambry Abdul Kadir, Harussani Zakaria, malahan Dr.Mahathir?

Apakah Nurul Izzah sebenarnya takut undian kepada PKR dan Pakatan Rakyat di Lembah Pantai akan beralih kerana komik berkenaan? Secara tiba-tiba Nurul Izzah memperkatakan tentang politik integriti dan maruah. Bagaimana kempen dan taktik yang digunakan oleh PKR selama ini? Tidakkah ianya lebih teruk daripada apa yang sedang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim?

Bukankah Nurul Izzah sendiri memperolok-olokkan negara sendiri sewaktu ditemuramah oleh stesen televisyen dan majalah Indonesia? Tak tenggelamkah kapal-kapal selam milik Malaysia?

Nak cerita tentang integriti, boleh tarik balikkah onar dan ulah Anwar Ibrahim serta keseluruhan kepimpinan PKR dalam usaha mengucar-ngacirkan negara ini menerusi siri tunjuk perasaan yang diharapkan akan menjadikan Malaysia seperti Libya, Yaman dan Syria sekarang ini? Hanya kerana melalui jalan demokrasi, PKR dan Anwar Ibrahim tidak dipilih oleh majoriti rakyat, mengapa Nurul Izzah berada dalam barisan PENGKHIANAT dan PENJAHAT yang sangat gemar menipu?

Si pelaku lucah dibela dan dijadikan perwira negara, manakala pihak yang mendedahkan perlakuan lucahnya pula dikatakan penfitnah dan penjenayah... memang gormal sungguh politik di Malaysia!

Segerakan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat video lucah itu tak kiralah walau berapa kali pun, pancutan berlaku!!!!

 RB tau izzah sayang papa izzah,RB tau papa hebat,anugerah tuhan macam mama kata,kalau setakat komik macam ni takkan nak layan kot?macam mana ni,zunar buat kartun fitnah izzah backing kata seni,komik raja lawak ni pun seni jugak aper,dah panas?izzah buat report polis ni izzah tau ke siapa buat ni?ntah-ntah orang Papa sendiri tak?almaklumlah,video panas dah laku,rakyat pun dah sama panas,kasihan,mana jam omega?DNA tak payah cerita lah,Papa izzah memang hebat,RB akui.teringat zaman Tun Det dulu,berapa banyak kartunis satira yang perli atau siarkan kartun Tun M,rilekss jer.

RB:suka komik satira Dato' LAT dulu2


Saturday, March 26, 2011

MINI DOCUMENTARY: The truth behind Sarawak deforestation (by Kenyalang Report)

If you listen to the anti palm-oil lobby or the pro-rapeseed and pro-sunflower seed oil lobby, which are basically set up to promote their vegetable oil and rubbish the competition, you woudl think that Sarawak is now a wasteland.


These foreign propagandist would have the world believe that the Sarawak State Government had chopped down 90 per cent of the tropical rain forest in this lush Borneo state.




LIE: 90% of Sarawak forest have been chopped down




Foreign funded website and pressure groups like Sarawak Report pander to these foreign propaganda for the few dollars that foreign governments and lobbyists throw at them. They are so happy to receive foreign scraps that they are willing to sell their own state for it.


The fact is, the Sarawak Government began takign measures to control logging from the 1980s when they began carrying out studies and formulating plans how to ensure that the timber industry remains sustainable.


The Sarawak Government understands better than anyone else that the forest is valuable because the state is run by locals who lived with the forest and accept it as part of their lives.


In fact the state had called on the International Tropical Timber Organisation and the United Nations Food and Agriculture Organisation to audit their forest and give suggestions how to improve any possible weaknesses.


Sarawak Chief Minister, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud explains here why they take care of the state's most valuable resource.


He is proud that the state is a strong follow of the Rio Summit on sustainability.





courtesy of The Real Sarawak




FACT: 80% of Sarawak is still covered by Tropical Rain Forest




Here the Sarawak State Forestry Department Director, Datuk Len Talif Salleh explains that the figure of 80 per cent forest cover is not something that the state government cooked up but based on the United Nations Food and Agriculture Organisation classification.




FACT: Sarawak is still in the top three band in terms of biodiversity






The hot and humid climate allows the forest to recover quickly and this means that biodiversity in Sarawak remains very good because the state practices good logging practices.


Of course there are cases of timber companies not following the rules but then again where in the world do you find a state where no rules or laws are broken.


Kenyalang Report

Thursday, March 24, 2011

SIAPA BOHONG? ANWAR? atau DATO TRIO? RAKYAT MAHU TAHU SEGERA

RAKYAT mahu tahu siapa sebenarnya berbohong, kalau Dato Trio berbohong heretkan mereka bertiga ke muka PENGADILAN, tidak kira apa kedudukan mereka. Kalau betul itu Anwar, rakyat mahu tindakan seadilnya juga diambil SEGERA. Dengan KUASA RAKYAT kita TOLAK Anwar dan DESAK beliau berundur dari politik tanahair. 

Ini soal moral pemimpin tidak kira ianya dari Barisan Nasional atau Pembangkang. Pemimpin tidak bermoral rakyat mesti TOLAK. 

Kita RAYU kepada kerajaan segerakan siasatan dan tubuh BADAN BEBAS untuk memuaskan hati semua dan menjawab semua tandatanya rakyat seluruhnya.

Berzina dengan pelacur Cina--soalnya Anwar atau siapa?

Wednesday, March 23, 2011



Shazryl Eskay- kawan Anwar yang dedahkan video seks ini!
ISU paling besar dan utama dalam kes yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim  dengan pasangannya pelacur Cina ini adalah,adakah Anwar terlibat?Adakah Anwar lelaki yang dimaksudkan didalam video selama 20 minit itu dalam berbagai-bagai aksi seks itu?Adakah itu Anwar yang bukan sahaja gemar meliwat tetapi juga bernafsu terhadap pelacur.Cakap banyak pun tidak guna,tidak guna mempersoalkan kredibilti sesiapa dan apa yang perlu kita semua tahu,adakah itu Anwar?

Tidak perlu kaitkan cerita seks Anwar melanggan pelacur ini dengan kerajaan.Tidak munsabah untuk diheretkan UMNO sebagai organisasi yang terlibat menyempurnakan agenda pendedahan salah laku seks terbaru yang dikatakan membabitkan Anwar ini kerna rakan baiknya Shazryl Eskay Abdullah telah mengesahkan bahawa ianya tidak ada kaitan dengan kerajaan,parti atau orang-orang tertentu tetapi atas kesedarannya yang telah diperbodohkan oleh Anwar sejak sekian lama.

Kita sedar ada yang mempersoalkan kredibiliti Shazryl Eskay Abdullah dan Rahim Thamby Chik.Malah kita percaya yang taksub kepada Anwar akan merekayasakan pendedahan ini dengan tawaran wang berjuta dan sebagainya.Sikap dan pendekatan pembangkang,kita sedia maklum.

Kita ketepikan dulu persoalan ini tentang siapa mereka.Fokusnya adalah mencari jawapan kepada pelakunya.Satu negara mahu mengetahui kebenaran,mendengar pengakuan ataupun mencari jawapan,adakah benar Anwar terlibat ataupun orang lain di dalam video itu seperti yang digambarkan oleh Johari Abdul,MP PKR dari Sungai Petani.

Kita juga tidak berminat untuk mengetahui yang Johari Abdul meminta RM1 juta ringgit untuk setiap MP KeADILan daripada Eskay sebagai tawaran untuk beliau dan kumpulannya meninggalkan parti itu tetapi yang paling penting video itu harus didedahkan kepada umum supaya rakyat boleh mengetahui,adakah Anwar berbohong atau Dato Trio ini yang berbohong ataupun Johari menyampaikan cerita bohong kepada Anwar?

Mengharapkan Anwar mengaku samalah seperti kita menunggu bulan jatuh ke riba.Sampai kiamat pun Anwar akan menafikan bahawa beliau yang terlibat dalam video itu.Sedangkan beliau sendiri belum tengok pun video tersebut telah menafikan bahawa perutnya tidak buncit seperti pemain dalam video seks dengan pelacur Cina itu.

Anwar jangan sesekali dibenarkan memanipulasikan isu terbaru ini untuk terus mengelirukan rakyat.Berteorilah dalam apa bentuk sekalipun,cercalah Rahim sebagai orang yang pernah terlibat dalam skandal seks dan nilailah Eskay bukan seorang kawan yang baik kepada Anwar walaupun mereka berdua berkawan sejak 1996 dan akhirnya menikam belakang, ini bukan persoalan pokok yang harus didebat ataupun dihujahkan. 

Kegilaan seksnya makin terdedah...
Paling penting dalam isu ini adalah kebenaran.Soal perangkap ataupun konspirasi,itu perkara kedua tetapi dengan membuktikan sekiranya benar pelaku itu adalah Anwar Ibrahim maka terbuktilah bahawa sesungguhnya Anwar ini manusia sampah dan pemimpin paling jijik yang sama sekali tidak harus diberikan tempat sebagai pemimpin utama negara malah segala namanya yang pernah terpahat di mana-mana harus ditanggalkan kerana beliau telah banyak merosakan Negara ini dengan sikap bermuka-mukanya.Kalau benarlan itu Anwar Ibrahim, terbuktilah Anwar ini manusia yang jenis telunjuk lurus kelingking berkait atauopun syaitan bertopengkan manusia.

Rakyat telah lama dikelirukan oleh Anwar.Negara menjadi huru hara hanya kerana Anwar Ibrahim.Semakin hari rakyat semakin terpedaya dan sekiranya sesiapa yang memiliki rakaman video lucah membabitkan Anwar dengan pelacur Cina ini ,ianya harus didedahkan kepada umum.Rakyat mahu tahu kebenarannya walaupun pemimpin pembangkang menolak untuk menontonnya.

Telah sampai waktunya situasi dalam Negara ini dipulihkan.kita sudah tidak tahan lagi dengan segala pengkhianatan dan krisis moral yang membabitkan Anwar Ibrahim ini.Beliau telah lama mendera perasaan rakyat untuk mempercayai segala cerita bohong dan watak-watak sedih keluarganya dan kalau benar Anwar tidak terlibat dalam soal moral ini.sewajarnyalah pihak-pihak yang menabur fitnah terhadapnya diambil tindakan.

Kita setuju untuk ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kesahihan video ini yang dianggotai oleh semua parti-parti pembangkang dan NGO kecuali daripada BN dan juga kerajaan.BN selama ini telah cukup diperlekehkan oleh Anwar dan balaci-balacinya tetapi penggambilan rakaman seks ini tidak dilaku dan didedahkan oleh UMNO tetapi oleh rakan baiknya sendiri iaitu Shazryl Eskay Abi Abdullah manakala Rahim Thamby Chik ataupun Shuib Lazim hanyalah orang perantaraan Eskay bagi Eskay memudahkan pendedahannya kepada umum.

Kita juga ingin mendengar apakah Anwar berani untuk menafikan segala rakaman itu?Adakah Anwar berani menafikan bahawa Eskay itu bukan rakan baiknya yang mengatur segala pertemuannya di luar negeri dan juga mengatur program-program sosialnya?Isunya sekarang ini,adakah pelaku seks dalam video itu Anwar?

Wednesday, March 23, 2011

DATUK T(rio?)



Difahamkan Datuk T yang menjadi dalang dalam pembikinan dan penayangan video lucah adalah orang terdekat dengan Anwar. Apakah motif dan maklamat Datuk T yang sebenarnya?

Menurut sumber, Datuk T yang dimaksudkan pernah terlibat untuk melarikan Raja Petra ke London. Ertinya ada berbagai konpirasi sedang bergolak dibelakang tabir video tersebut.

Jika benar Datuk T adalah orang kuat Anwar, mungkin isu video ini sekadar ‘urusan’ peribadi Anwar dan Datuk T. Atau satu konspirasi untuk mengalih tumpuan terhadap beberapa isu sedang direncanakan?

Video tersebut juga bersifat ugutan, seolah mengharap satu imbuhan…

Malang sekali isu ini dikaitkan dengan politik, menjadikan suasana menjelang pilihan raya Sarawak terpalit dengan perkara peribadi yang cukup kotor.

Samada Anwar atau Datuk T, mereka bukanlah rakyat biasa yang perlukan bantuan. sebaliknya mereka adalah individu kaya raya yang kemaruk untuk berkuasa.

Seperti kebiasaannya, Anwar mungkin berasa cukup beruntung, kerana dengan mudah menuduh perdana menteri dan kerajaan Barisan Nasional terlibat. Dan dengan mudah juga menunding jari ke arah pihak polis, seterusnya menghina badan perundangan Negara.

Apakah semua itu memang dirancang Anwar dan Datuk T, untuk meraih simpati rakyat Malaysia? Kerana memang sudah ada benih-benih simpati sedang tumbuh dari kisah video yang digemparkan Datuk T.

Biarlah waktu akan memberi jawapan....

RB: tak tau nak cakap apa,politik yang penuh nista,RB tidak terkejut dengan permainan ini,akai boleh di baca kata orang, ada benarnya tulisan YB ZUL,puak-puak ni boleh buat apa saja,demi kuasa :),tepuk dada,tanya iman

sumber : MelanauBlogger

Monday, March 21, 2011

Top 'Opposition leader' caught on sex video



PETALING JAYA: A video showing a man, resembling a top Opposition leader having sex with a woman, believed to be a foreign prostitute, has emerged.

The 30-minute video, which showed the supposedly high profile Member of Parliament in various compromising positions, is set to rock the Malaysian political arena.

The video recorded on Feb 21 was found in a hotel room in Kuala Lumpur.

Press representatives were taken to a hotel room individually to view the video footage by a group of unknown people led by a person, who only wanted to be known as Datuk T.

Datuk T said he wanted the media to watch the footage showing the politician before sending the copy to him and his wife “to identify the person in the video” a week from now.

He said if the individual in the video was the politician he had identified to the media, "then he and his wife must step down from politics.”

Datuk T said he was not “the pious person with high moral values and integrity as portrayed, and therefore is not fit to be leader.”

Datuk T said if the two did not quit politics, “I will call on several NGOs (non-government organisations) to set up an independent panel to investigate and seek professional forensic services to study the authenticity of the recordings.”

Datuk T claimed he had stumbled upon the video after he was asked by the politician to search for his watch in the room where the sexual encounter had taken place.

“As I could not find the watch on the table, I searched for it behind the dresser. I was shocked to find many strands of wires behind the dresser.

“On close inspection, I found four well-hidden CCTV cameras, I tried to open the two dresser drawers and found one was locked.

“I prised open the locked drawer using a sharp object. I found an active CCTV recorder. I disconnected the wiring and took the recorder out of the hotel,’’ he said, adding that no one had the recording except him.

“I will not hand over copies to any quarters for fear of reproduction and distribution,’’ he said.

Members of the media including The Star viewed the video clip on a computer at the hotel room, where Datuk T was heavily guarded. The Star journalist was searched and had his mobile phone taken away before being allowed to view the video. The other members of the media included those from Bernama, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, the Internet portals, foreign news agencies and at least one opposition organ.

The video clip had sharp images and the woman appeared to be a fair-skinned foreigner, possibly an East Asian.

Meanwhile, with talk of the video having surfaced, PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad tweeted, saying the video was doctored.

sumber

RB:sedap-sedap kutuk orang lain,tup tup bos sendiri pun sama prrffttttt..
tapi bila baca post yb Zul,terfikir ada betul jugak,cek out

Dan cuba bayangkan kalau akhir nanti terbukti videoklip ini palsu dan direka. Apatah lagi diletopkan betul-betul sebelum pemilihan di Sarawak. Boleh bayang apa nak jadi? Rakyat akan kata ini fitnah besar, sekaligus isu DNA juga akan dikatakan fitnah besar; dan pasti rakyat akan terpengaruh untuk menolak kerajaan dan menyokong pembangkang. Teman cukup yakin selepas ini dema akan pukoi kompang dan gendang sekuat mungkin bahawa ini semua fitnah tajaan kerajaan. Mungkin dema yang buat, lepas tu dema kata orang lain buat. Eleh yop, putarbelit ini dah ujud sejak zaman Goebel, Menteri Propaganda Hitler. "Reka satu pembohongan, besar-besarkan pembohongan itu". Itulah pepatah Goebel yang dicatat sejarah!

http://zul4kulim.blogspot.com/2011/03/video-klip-lagi.html

tepuk dada,tanya iman.

SKMM / MCMC Diperangkap Blogger Hanief Yang Biadap !!!

Berikut rakaman suara siasatan SKMM @ MCMC menyoal Blogger Fuckatan Hanief yang baru dimuat naik beberapa minit yang lalusemalam. Perang siber untuk PRU 13 seakan bermula apabila blogger mereka ditangkap dan sudah pasti kes ini akan jadi panduan kepada bloggers fuckatan untuk masa hadapan.

SKMM mungkin tidak sedar mereka 'diperangkap'... Namun kejadian ini telah membuktikan niat jahat mereka untuk menjatuhkan maruah agensi kerajaan. Oleh sebab itu kita kena berwaspada dengan sesiapa sahaja...Gambar dan surat SKMM menyoal siasat Blogger Hanief juga telah tersebar luas.




sumber


RB:ada lagi rupanya mamat ni,ingat dah blah oversea,aku ingat lagi post2 beliau yang kononnya 'kecewa' dengan kerajaan Malaysia,sampai koyak sijil SPM,pahtu konon merajuk nak keluar dari malaysia,konon la,apala hanief,lu spin2 lagi dengan skmm,menyusahkan orang.brani post brani tanggung la,memang lu bebas bersuara,tapi tak bermakna lu boleh lepas tanggungjawab.penakut ka?alahai.

Sunday, March 20, 2011

SEMENGAT Muda Ketua Menteri

That is the best dedication you can give to Barisan Nasional
Tidak ada parti dalam Malaysia mempunyai SEMENGAT macam itu....Jauh pak awe kata orang Sarawak.

"Kita akan mencapai target menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020". Kata Ketua Menteri

Saturday, March 19, 2011

Malaysiakini diarah membayar RM10,000 kepada Taib Mahmud


Malaysiakini adalah laman portal pro-pembangkang yang sering digunakan sebagai alat propaganda dengan menyiarkan berita-berita berupa fitnah untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan.

Disebabkan perbuatan itu, Ketua Menteri Sarawak akhirnya mengambil tindakan ke atas mereka sebagai pengajaran kepada pengamal media yang lain agar tidak menyebarkan fitnah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Malaysiakini bagi mengketepikan saman fitnah ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke atas portal berita itu.

Hakim, Datuk John Louis O' Hara ketika membuat keputusannya berkata saman Taib tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana ia adalah kes nyata.

"Berikutan itu, permohonan mengketepikan saman ditolak,” kata O' Hara.

Dalam penghakimannya,beliau juga menolak isu yang dibangkitkan oleh Malaysiakini, terutama hujah perbuatan saman itu menyalahgunakan proses mahkamah dan plaintif (Abdul Taib) tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan terhadap defendan.

Kata hakim itu lagi, keputusannya berdasarkan Akta Fitnah dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau sehubungan itu juga mengarahkan Malaysiakini membayar kos RM10,000 kepada Abdul Taib.

Ketua menteri Sarawak itu pada 2007 menyaman Malaysiakini dengan dakwaan memfitnahnya apabila portal berita bebas itu menyiarkan beberpa laporan dengan memetik sumber daripada akhbar-akhbar Jepun.

Beliau mendakwa 12 artikel yang diterbitkan dari 6 April hingga 3 Mei 2007 itu mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Artikel berkenaan mendedahkan pihak berkuasa Jepun menahan ahli kumpulan kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak.

Ahli kartel itu didakwa membayar Regent Star, sebuah syarikat kilang kertas yang berpangkalan di Hong Kong yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan Abdul Taib dan keluarganya sebanyak RM32 juta sebagai habuan.

Isu berkenaan telah dilaporkan secara meluas di beberapa pertubuhan media di Jepun dan juga tempat lain. Berdasarkan sumber itu, Malaysiakini membuat laporan susulan seminggu selepas itu dengan artikel 'RM32 mil kickbacks - tip of the iceberg'.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan ketua pengarang Malaysiakini Gan Diong Keng, yang juga dikenali sebagai Steven Gan, sebagai defendan.

Malaysiakini diwakili oleh peguam K Shanmuga dan Fahri Azzat manakala Yee Mei Ken pula mewakili Abdul Taib.-Malaysiakini

sumber: Rajahmas


RB: bala bala,dah satu,satu, malang betul portal pembangkang yang satu ni,nampaknya para pembangkang kena guna taktik baru,fitnah dah tak boleh guna pakai, nasib baik la 10'000RM, kalau 100'000'000'000RM?mana nak cekau 200M buat bayar harga FITNAH?tapi takpa,anwar dan punya kuncu-kuncu yang kaya boleh backup,opss.. tak boleh cakap,nanti orang kata pitenah pulak,puak-puak ni memang kerja mintak bukti,tak ada bukti depa fitnah lagi,itu la senjata diorang yang masih boleh bertahan. rakyat yang pada masa yang sama mepersoalkan hak mereka pun turut sama terbakar dengan kerajaan. taktik ni RB dah perati dari dulu lagi,RB mampu geleng kepala jer, kalau lah takdir menentukan memang diorang ni naik kuasa,RB tak tau lah apa akan jadi. balaaa bala.

Thursday, March 17, 2011

Ummi Hafilda saman Baginda Minda, Malaysiakini RM100j

KUALA LUMPUR 17 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan writ saman untuk menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap ahli perniagaan Baginda Minda ekoran artikel fitnah yang disiarkan oleh portal pro pembangkang, Malaysiakini yang didakwa menjatuhkan maruahnya.
Umi Hafilda selaku plaintif menamakan Nor Azman Abdullah @ BagindaMinda dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Sahrihan & Hamdan pada pukul 1.30 petang di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.


Plaintif turut memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan secara sendiri atau melalui ejen, pekerja, wakil atau sesiapa pun daripada mengucapkan perkataan fitnah atau menulis atau menyebarkan atau menerbitkan artikel fitnah atau yang serupa dengannya dalam portal berita itu atau media-media cetak lain. – Utusan.

MalaysiaKini

RB:
itu lah kita ni beginda,jangan suka sangat berfantasi,ukur baju di badan sendiri,cermin diri(100% discount store 2rm je bro),. Siakap senohong gelama jadi umpan,cakap bohong tak pasal kena saman,kah kah kah!!dari kepala sampai pucuk ranting semua kaki fitnah,apala pkr ni,patut la wa dari dulu sampai sekarang tak terniat nak join diorang. moga kita semua terhindar dari fitnah-fitnah dajal.

KERAJAAN BAZIR DUIT AGIK..PRFFTTTTT



RM103 Juta : 3,644 Program Bantuan Rumah di Sarawak

KUCHING, 16 Mac (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM103 juta tahun ini untuk membina dan membaiki semua 3,644 rumah di bawah projek Program Bantuan Rumah (PBR) di Sarawak.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sehingga 28 Feb lepas sebanyak 1,883 rumah di bawah projek PBR berjaya disiapkan dengan kos pembinaan RM40 ribu manakala untuk kerja baik pulih pula membabitkan kos sebanyak RM12,000.
“Selain membina rumah, kita di kementerian juga membina jalan raya, kemudahan air dan elektrik untuk rakyat di kawasan yang terbabit dalam projek PBR bagi memastikan mereka dapat hidup dengan lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek PBR di sekitar Kampung Sungai Laruh di Petra
Jaya hari ini.
Beliau berkata sebanyak 7,331 rumah terbabit di bawah projek itu tahun lepas termasuk 1,883 yang dibina semula dengan struktur baru manakala selebihnya adalah rumah lama yang dibaik pulih semula.
Penerima bantuan untuk projek itu adalah mereka yang berada dalam senarai kumpulan fokus kemiskinan yang dibuat oleh Pejabat Daerah di kawasan masing-masing, katanya.
Sementara itu dalam majlis berasingan, Mohd Shafie berkata kira-kira RM500 juta diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan untuk membantu meningkatkan prasarana asas di kawasan luar bandar di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
Beliau berkata dalam RMK10 kementerian itu juga telah menyediakan kemudahan elektrik kepada 36,000 rumah dan daripada jumlah itu 27,000 akan menerima bekalan elektrik 24 jam sehari.
“Sebanyak 16,000 rumah termasuk rumah panjang juga telah dibina di Sarawak selain 383 kilometer jalan luar bandar,” katanya. – BERNAMA


Wednesday, March 16, 2011

G-Boy!

haaaa bukan maksud yang pelik-pelik,going back on you,yes..who?baca artikel ini dahh

source: semuthitam

Peribahasa Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih memang sesuai dan sinonim dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni.

Mana tidaknya. Bila dia buat, boleh. Tapi bila orang lain buat, tak boleh. Dia buat halal katanya. Orang lain buat haram. Tak ke retorik namanya tu?

Konon kalau diorang buat demonstrasi, diorang kata suara rakyat. Tapi bila orang lain buat, dia kata demonstrasi haram pulak.

Memang sah la diorang ni jenis yang tak boleh terima kenyataan. Padahal timbulnya demonstrasi macam tu dulu pun dipelopori oleh puak - puak diorang jugak.

Sikit - sikit, buat demo. Tiap kali buat demo, mesti bergaduh dengan pihak Polis dan FRU. Lepas tu tuduh la Polis dan FRU tu kejam. Anjing kepada Kerajaan kononnya.

Last - last, kena jugak batang hidung sendiri. Diorang pulak kena merangkak ke balai Polis mintak tolong nak buat laporan.

Pakatan Pembangkang di Perak hari ni buat laporan Polis berkaitan siri demonstrasi yang dilakukan di Batu Gajah kelmarin.

Tujuan demonstrasi haram itu kononnya untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA, kumpulan demonstrasi haram itu juga telah menampal poster-poster yang mempunyai perkataan “subjudice” seperti andaikata PAS dan DAP gagal mendesak Anwar Ibrahim memberikan DNA, maka sahlah DNA lelaki Y adalah DNA Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim bakal Hosni Mubarak Malaysia dan beberapa kata-kata kesat yang ditulis di atas poster kumpulan demonstrasi haram itu. Sumber dari HaprakDaily.

Itu bila dah kena batang hidung sendiri. Mula la kata tindakan tersebut menghina mahkamah dan sebagainya.

Diorang sendiri dah jelas dengan tujuan demonstrasi tu. Nak kata apa lagi? Tujuan demo tu diadakan bagi mendesak Anwar Ibrahim. Bukan mendesak mahkamah.

Anwar Ibrahim tu yang sepatutnya berani menyerahkan DNAnya kepada mahkamah secara sukarela. Tapi dia tak nak. Sebab dia tak nak tu yang jadi pertikaian serta desakan rakyat.

Memang masak la puak - puak Pakatan Pembangkang ni kena desak. Selagi Anwar tak serahkan DNA dia tu, selagi itu la rakyat akan terus mempertikaikannya.

Kalau diorang tak nak demo kena batang hidung sendiri, adalah lebih baik diorang sendiri buat demo. Desak Ketua Pembangkang yang bangang tu serahkan DNA dia.

Jangan sampai ada pihak yang buat Solat Hajat mohon perlindungan sebab teruk kena asak sudah la. Yang bersalah dalam hal ni Anwar. Jadi mintak la dilindungi dari dia.

Doakan supaya Anwar tu terbuka pintu hatinya untuk membuktikan dirinya tak bersalah. Jangan hanya pandai membuat tuduhan dan dakwaan secara membabi buta je.

RB: inila akibat yang diterima anuwar bila mengajar rakyat mengamalkan perjuangan demostrasi jalanan,bung nuar jangan nak salahkan orang lain pulak,dah kau sendiri yang ajar,bila diorang dah pandai kau marah pulak?sapa yang menghina makhamah sebenarnya?tangguh kes sampai 50kali,bila cerita kau nak abis?eh boring lah aku,nak senang kerja kau bagi laaa sample dna kau kat diorang,tak payah me******,rambut pun boleh...itupun kalau kau berani la... kah kah kah!

Saturday, March 12, 2011

Buku terhangat di pasaran

 sangat hangat!!! sampai kena cetak lagi dan mungkin lagi dan lagii..lebih hangat dari isu bible bahasa melayu yang menggunakan perkataan Allah!kenapa aku cakap macamtu?pasal aku tengok puak-puak pas ni cool jer,bila buku Tun M ni keluar melatah pulak diorang ni sampai ke mimbar pulak.tak apa,bagi yang belum beli buku ni,silakan beli,tak rugi woooo ..

Buku Tun Mahathir 'A Doctor In The House' mula membakar 'telur' PAS dua tiga hari kebelakangan ini. Serangan demi serangan yang dibuat oleh BN di dalam mendedahkan penipuan dan pembohongan manusia materialistik dan munafiq telah disatukan dalam bentuk buku yang bakal dan sedang menggegarkan 'tiang seri' PKR termasuk juga PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Tidak mustahil ia boleh menenggelamkan terus kapal mereka tanpa sebarang tanda.


Buku yang telah terjual 5000 naskhah pada hari pertama pelancarannya Rabu 10 Mac 2011 yang lalu dengan 50,000 naskhah, telah pun diulang cetak sebanyak 20,000 (menurut sumber) untuk memastikan rakyat tidak hampa jika ia 'habis' di kedai buku negara kita. Nampak gayanya selepas menjadi blogger terhebat dengan jumlah hits terhebat di Malaysia, Tun M akan menempa sejarah sekali lagi sebagai penulis buku terhebat di negara kita. Semua kerana - Malaysia Boleh yang diaspirasikan oleh beliau sehingga tersemat di minda kita dan beliau sendiri selaku pencetusnya

Kawan Panglima turut mengakui semalam beliau mencari buku tersebut di kedai ternama di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan rakyat Malaysia termasuk pelancong Arab mencari buku hebat tersebut. Sehingga kedai telah kehabisan stok dan terpaksa menunggu stok baru sampai.. Begitulah tarikan sebuah buku yang ditulis selama 8 tahun yang memuatkan pengalaman hidup seorang pemimpin antara yang terhebat di dunia selama 85 tahun, samada di Malaysia dan dunia amnya.

Pengalaman Panglima di Mesir juga menunjukkan populariti Tun Mahathir begitu hebat di minda rakyat Mesir dan seluruh jazirah Arab keseluruhannya. Sebab itulah nama Malaysia sangat harum di Mesir berbanding negara Asia Islam yang lain.

Lantaran itu sahabat Panglima, Blogger Azli SHukri mendedahkan cerita petang semalam semasa khutbah Jumaat di TTDI di mana seorang khatib telah menyentuh buku Tun Mahathir tersebut. Dalam khutbahnya beliau mengatakan : " Khatib berkata adanya seorang manusia yang membuat fitnah dalam buku terbarunya terhadap insan beriman tidak bersalah tanpa mendatangkan 4 orang saksi yang adil. "

Katanya lagi : "Siapa yang menulisnya fasiq!, siapa yang membelinya fasiq!, siapa yang membacanya fasiq!, siapa yang menjualnya fasiq!..." tempik khatib tersebut.

Masya Allah, adakah benar kefasikan yang cuba ditonjol oleh beliau selaku khatib itu benar-benar wujud atau ia satu perkara yang cuba dilekatkan kepada buku mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Buku yang memaparkan berbagai kisah dan pengalaman menari itu turut memuatkan kisah silam Anwar Ibrahim yang 'melanggan' perempuan termasuk juga kisah bekas musuh politik Tun Mahathir iaitu Tengku Razaleigh yang diceritakan Tun M boleh menjadi Perdana Menteri jika bersabar.

Khatib yang sudah semestinya pro kepada PAS tentu akan mencerca buku yang boleh merosakkan PAS atau sekutu PAS atau 'bini haramnya' DAP. Khatib yang sepatutnya mencerca perbuatan mendesak Bible versi Melayu telah terbalik menentang buku yang mendedahkan perbuatan peliwat dan pengkhianat agama agama. Dunia akhir zaman nampaknya telah terbalikkan otak dan minda manusia dan tidak peliklah matahari juga akan terbalik daripada timur keluar di barat.

Itulah PAS sekarang, sudah terlalu jauh dari versi asal yang bercita-cita menegakkan Islam bertukar menjadi pembela Fuckatan pembangkang.

 Panglima Perang Cyber

Wednesday, March 9, 2011

RADIO FREE SWAK - AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI- individu boleh kena ISA

NONE 
ISA boleh diambil ke atas Radio Free Sarawak  
Siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein.

"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Pegawai Penjara (Pulapen) Sarawak di Kuching.

Hishammuddin bagaimanapun berkata pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.

Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata akta itu boleh digunakan jika individu di sebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.


Minggu lepas sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONEDiketuai oleh timbalan ketuanya, Pandi Suhaili, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia Datuk Joseph Salang bulan lalu.

Salang dipetik sebagai berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya boleh bertindak selepas laporan polis dibuat.

Clare Rewcastle Brown, ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, dan Peter John Jaban, seorang aktivis kaum Iban, membuat kenyataan pada 23 Feb lalu dalam sebuah akhbar tabloid Britain dengan menyatakan mereka bertanggungjawab terhadap blog Sarawak Report, dan stesen radio itu.

Dalam perkembangan berasingan, Hishammudin berkata pilihan raya negeri Sarawak ke-10 adalah antara topik yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Taib sebelum itu.

"Kami membincangkan banyak perkara, antaranya kaedah untuk menangani politik tidak sihat dari Semenanjung yang menular ke dalam politik Sarawak pada pilihan raya akan datang," katanya tanpa mengulas lanjut.

- Bernama

Jom Debat!!


Posted on March 8, 2011, Tuesday
KUCHING: Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem menegur Baru Bian yang menolak untuk berdebat dengannya dan tetap mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Adenan berkata: “Bagi seseorang yang tidak pernah di-pilih sebagai wakil rakyat dan sudah tiga kali kalah dalam pilihan raya (Baru tewas di Ba’Kelalan dan sekali di Lawas) dia kelihatan terlalu berbangga dengan dirinya.”
Katanya beliau bersedia untuk berdebat dengan Baru dan ia bukan sesuatu yang baru bagi dirinya.
“Saya telah berhujah dengan ahli (ADUN) Bukit Assek, Kota Sentosa dan ahli-ahli pembangkang yang lain dalam Dewan sejak lebih 30 tahun lalu.
“Mesti ada venue, forum yang teratur serta tarikh yang dipersetujui dan fokus terhadap isu dan dikendalikan secara rasional tanpa terlalu banyak retorik dan publisiti murahan,” katanya sambil menambah publisiti murahan dan stunt politik memang dicari dan dilakukan oleh Baru sekarang.
Berikutan penolakan Baru untuk berdebat dengannya, Adenan berkata: “Baru tidak perlu takut kepada saya. Saya adalah orang tua yang tidak berbahaya, sedia untuk bersara.”
Pakcik elak macam ni!


RB:aku mun orang tua dah negor macam ia,malu oi maluuuuuuuuuu,tapi xdahal,loya xtauk nemu malu,,teruskan jak belit-belit berretorik,tok pun dah terbelit dikmpun,cerita byk pun x guna,siapa sik kenal baru bian?prfttttttt

Monday, March 7, 2011

ADENAN SESUAI DEBAT-

Adenan sesuai berdebat : Daud, Stephen Rundi, Wan Junaidi dan Pandi

 

BPO


 
 
 
 
 
 
FROM LEFT: Daud, Dr. Rundi, Wan Junaidi,Pandi
Posted on March 7, 2011, Monday
Pemimpin PBB sokong keputusan Taib beri kepercayaan kepada ketua informasi itu berdebat dengan Baru Bian
KUCHING: Para pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyokong keputusan presidennya Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi kepercayaan kepada Ketua Informasi Parti Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem untuk berdebat dengan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian.

Pemimpin-pemimpin berkenaan berkata ia adalah langkah yang tepat kerana Baru tidak setaraf dengan Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak.
Naib Presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman berkata Baru cuba menggunakan debat itu untuk mempromosikan dirinya di mata rakyat.
“Baru adalah seorang ahli politik baru yang cuba untuk menjadi juara rakyat manakala YAB (Taib) kita telah berada dalam perkhidmatan awam hampir setengah abad, malah sebelum Baru dilahirkan lagi.  Justeru bukan taraf YAB untuk berdebat dengan dia (Baru),” katanya ketika dihubungi semalam.
Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri berkata sehubungan itu beliau menyokong penuh langkah Taib memberi kepercayaan kepada Adenan untuk berdebat dengan Baru.
Sementara itu Setiausaha Agung PBB Dr Stephen Rundi berkata keputusan mempersetujui cabaran untuk berdebat oleh presiden parti dengan jelas menunjukkan bahawa PBB mengamalkan demokrasi.
Beliau berkata walaupun semua orang tahu bahawa debat terbuka disuarakan Baru demi kepentingan politiknya, PBB tidak takut untuk menerima cabaran itu kerana pada akhirnya kebenaran akan terserlah.
“Apa yang dinyatakan oleh YAB dalam ucapannya dalam Konvensyen BN (pada Sabtu), mereka (PKR) mengamalkan politik persepsi manakala kami mengamalkan politik realiti.
“Langkah PKR mengajak BN berdebat hanyalah demi kepentingan politik (mereka).
“Seseorang mungkin akan bertanya, mengapa sekarang? Bagi saya jawapannya hanya satu, iaitu propaganda pilihan raya,” kata Dr Rundi yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata, tidak apa debat diadakan tetapi para pendebat mesti mematuhi peraturan.
Beliau berkata biasanya para pendebat mestilah setaraf dari segi status dan kedudukan.
“Pehin Sri (Abdul Taib Mahmud) adalah Ketua Menteri Sarawak, Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB.
“Jadi lawannya harus secara kasarnya sama status. Jadi beliau boleh menugaskan sesiapa sahaja dalam BN untuk berdebat (bergantung kepada status lawan dalam perdebatan),” katanya.
Wan Junaidi berkata walaupun beliau bersetuju dengan Adenan sebagai pilihan Taib, beliau secara peribadi merasakan bahawa tidak perlu bagi ketua informasi itu mewakili presiden dalam debat terbuka.
“Beliau (Adenan) adalah seorang jeneral dalam PBB. Terdapat ramai mejar dan kapten yang sepatutnya memainkan peranan. Lagipun, lawan bukanlah seorang jeneral,” katanya.
Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili yang bersetuju dengan Wan Junaidi berkata ramai ahli Pemuda yang bersedia menyahut cabaran bagi mewakili presiden atau ketua informasi.
Beliau berkata Baru sebenarnya cuba mencari publisiti murahan daripada cabaran debat secara terbuka kerana beliau mahu membuktikan bahawa pemilihannya sebagai ketua PKR Sarawak oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tepat walaupun menerima tentangan daripada para pemimpin parti berkenaan sebelum ini.
“Dia (Baru) tahu bahawa ramai pemimpin dalam partinya tidak percaya dengan keupayaannya memimpin PKR dalam pilihan raya negeri nanti.
“Atas sebab inilah dia mengambil keputusan mencabar YAB untuk mengadakan debat terbuka dengan harapan presiden parti kita tidak akan menerima cabarannya.
“Sekarang, dia mungkin akan mencari alasan untuk tidak mengadakan debat kerana dia sebenarnya hanya mahu mendapatkan publisiti murahan dan bukannya untuk berdebat,” kata Pandi yang juga merupakan ketua Pemuda PBB Jepak.

STESEN RADIO HARAM


STESEN RADIO HARAM

Saturday, March 5, 2011


Naib Ketua Pemuda PBB lapur polis mengenai radio stesen haram


Kuching: A group of PBB youth from all over the State led by Vice Youth Chief, Pandi bin Suhaili lodged a police report at the Simpang Tiga police station against Radio Free Sarawak this afternoon.

Pandi said the report was against those operating the station which contained anti-state government statements. He said the Deputy Minister of Information, Communication and Culture, Datuk Joseph Salang said police would take action if a report has been lodged.
Legal advisor, Firdaus Morshidi said the comments given in Radio Free Sarawak were seditious and defamation and legal action can be taken against them.
He said the operators had committed a serious offence of operating without a legal licence. The signal traced it to Malacca and not London as alleged by the operators, he said.
Pandi said three individuals had been named in the operation which included, Peter John Jaban, Lester Melanyi and British citizen, Clair Rewcastle Brown.
He said the PBB youth wanted the police to take action against the team and called for a stop to such irresponsible propaganda.

Tahniah Orang Merlimau!

Yuhaizat,sebelah kiri,Roslan sebelah kanan
BN's Win Very Significant, Says Najib

KUALA LUMPUR, March 7 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak tonight described Barisan Nasional's (BN) wins in the Merlimau and Kerdau by-elections as very significant.

The Prime Minister and BN Chairman, while thanking the voters for supporting the BN, also said that the BN government would do its best for them.

"I am thankful to Allah for granting the two major vistories to BN. Thank you to the voters in Merlimau and Kerdau," he said in his Tweeter message Sunday night.

BN retained the Merlimau state seat when its candidate, Roslan Ahmad defeated PAS candidate Yuhaizad Abdullah with a majority of 3,643 votes. Roslan obtained 5,962 votes compared with Yuhaizad's 2,319.

In Kerdau, BN candidate Syed Ibrahim Syed Ahmad defeated PAS candidate Hasanuddin Salim by a majority of 2,724 votes. Syed Ibrahim obtained 5,060 votes to Hasanuddin's 2,336 votes.

-- BERNAMA



DUN Merlimau: Saya akan pantau Roslan, kata calon PAS

Walaupun tewas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, namun calon PAS Yuhaizat Abdullah tidak sedih mahupun kecewa, sebaliknya berjanji akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan segala janji ditaburkan Barisan Nasional (BN) ditunai.Yuhaizat tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

Beliau mendapat 2,319 manakala Roslan memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.“Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan,” kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

“Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Adly Zahari berkata banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS di Merlimau dan satu “bedah siasat” akan diadakan bagi mencari punca-punca pihaknya kalah.

“Kita akan buat analisis, setakat ini kita masih belum tahu apa punca tapi banyak faktor yang menyebabkan kita kalah.

“Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS,” katanya.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Merlimau menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut dan agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat BN itu.

Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.

kami percaya Roslan akan menjalankan kerja yang diamanah dengan penuh tanggungjawab, tahniah diucapkan kepada penduduk merlimau kerana berjaya mempertahankan kubu BN. Kemenangan ini menunjukkan bahawa BN bukanlah sekadar brand yang semata boleh dicaci maki oleh pembangkang, rakyat telah menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap kerajaan Barisan Nasional melalui undi, semoga kita disini tetap mempertahan dan memperutuhkan barisan-barisan kita dari terpengaruh oleh anasir-anasir yang kini hebat mengeluarkan berbagai fitnah dan tohmahan untuk menjatuhkan kepimpinan kita. jangan biarkan amarah menyebabkan kita hilang rasional dan termakan berita-berita yang sedap dan mudah untuk kita melatah.  semoga ALLAH merahmati perjuangan kita semua.

  diambil dari : Anak Seberang

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans