Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile
Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Francis Siah: Publisiti Badut?atau Ugutan Petualang?(Terkini Laporan)

Kredit Kepada : MelanauBlogger, MukaPetang
Laporan Polis yang Telah Dibuat oleh Saudara Pandi Suhaili,Naib Ketua Pemuda PBB,(terbaru) 




Siapa dia ni Francis Siah ni?

Sebelum ini siapa anak-anak muda yang pernah dengar nama orang ini?nampaknya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau minggu lalu berjaya menarik perhatian(pemuda-pemuda PBB),RB tidak tahu jika ada ramai anak muda yang perasan ala-ala "Ikhwanul Muslimin" atau ekstrimis PAS atau tukang sorak PKR akan melonjak gembira dan bersiap sedia setelah mendengar kenyataan  akan membuat huru-hara di Sarawak dengan mengadakan demonstrasi pergerakan Timur Tengah?. Apakah kredibiliti yang beliau ada sehingga layak untuk mendesak Pehin Sri meletakkan jawatan dengan tempoh tertentu?

Sarawak Bertuah 1

RB tidak nampak balak-balak termuat dalam lori tersebut sudah menjangkau umur 25 tahun. ada pendapat lain?

Friday, May 6, 2011

Suara Pemuda dari Saudara Jeffri,


Selepas pilihanraya kita seakan di buai oleh kemenangan kita. Tak dapat di sangkal bahawa PBB berjaya menakluki 35 kerusi yang di pertandingkan kerana rakyat menyedari tidak ada parti yang memperjuangkan kaum bumiputra melayu selain dari Pbb. Mungkin dalam 5 tahun lagi kita akan menang seperti ini lagi kerana kita mempunyai undi yang setia. Kita mempunyai undi dari golongan 5o tahun ke atas. Ini kita gelarkan pengundi Tua. Tetapi adakah kita mempunyai pelapis dari pengundi muda.

Thursday, May 5, 2011

RON97





Harga Minyak Di Negara Pengeluar Minyak.....

Dibawah ini adalah senarai harga petrol untuk 10 buah negara terpilih yang murah:

Wednesday, May 4, 2011

12 Menteri Muda Angkat Sumpah


KUCHING, 3 MEI (Bernama) — Sebanyak 12 Menteri Muda, yang mengekalkan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri 16 April, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri muda dalam Kabinet baru negeri.
Enam daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan masing-masing dua daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Mereka ialah:

Wednesday, April 27, 2011

Pasca PRN: Sejenak "Jamuan Terima Kasih" dari Saiee Driss

(untuk renungan YB dan para pemimpin parti)


Sekadar Gambar Hiasan




malam ini
diadakan majlis jamuan
terima kasih kepada semua
setelah tamat pilihanraya


inilah penghargaan
kepada yang telah bertungkus lumus
mernyibukkan diri
termasuk berkempen di kedai kopi
bijak mencari kesalahan sana sini
siang malam tak keruan
walau sekadar berlari sibuk sendiri
kerja entah apa atau
tak kerja apa-apa
tetap menuntut kupon makanan

Sunday, April 24, 2011

Kerajaan tidak takut hadapi pandangan penulis blog: PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.


"Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita," kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini, hari ini.
Turut hadir, penaung Blog House Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; presiden Blog House Malaysia, Syed Akbar Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Najib berkata, era "kerajaan tahu semuanya" sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.

Friday, April 22, 2011

Sampai 13 Orang Pemuda PBB Kidurong letak jawatan?

Letak jawatan?

Tuesday, April 19, 2011

Lepak petang lepas pilihanraya

RUPANYA BN CUMA DAPAT UNDI SEBANYAK 56% jaa!! ini bermakna 44% Pengundi Sarawak Berpaling Tadah..
BN – 55 (372,379 undi)
PKR – 03 (117,100 undi)
DAP – 12 (134,847 undi)
PAS – 0 (9,719 undi)
SNAP – 0 (15,663 undi)
PCM – 0 (2,895 undi)
Bebas – 01 (20,064 undi)
bermakna undi BN = 372,379 undi Pakatan Rakyat +++ undi pembangkang yg lain = 300,288.
(372,379-300,288=72091) lebihan yg sokong BN adalah seramai 72 091 shj……

Rupa-rupanya pembangkang masih tak puas hati dengan kemenangan Barisan Nasional yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah. Saya tak pasti kenapa kiraan undi Bebas dan SNAP dimasukkan sekali dalam kiraan Pakatan Pembangkang. Tak apa beri mereka peluang untuk berhujah he he he...

Wednesday, April 13, 2011

Masa Untuk Berubah! Ubah!


Disebalik tuduhan Pakatan Rakyat mengatakan kerajaan BN merampas tanah rakyat Sarawak, sebenarnya mereka memiliki agenda tersendiri untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak.
PAS berlagak ingin jadi penaung dan penyelia urusan tanah rakyat Sarawak, seolah-oleh rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa tentang urusan tanah NCR.
Melalui Lujnah Tanah, PAS bersekongkol dengan PKR untuk menjadi tuan kepada rakyat Sarawak. Kononnya mereka lebih arif tentang urusan tanah.
Apakah rakyat Sarawak ingin melantik Orang luar untuk menjaga tanah mereka?
            -  MelanauBlogger




Paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih,depan rakyat jerit tukar,dalam hati bisik sabar.pakatan pakatan yang melekit-lekit air kahak nya bertaburan diseluruh tanah sarawak ini sangat sinonim dengan dengan manifesto-manifesto kelentong mereka yang dikepalai oleh raja drama terbaik yang masih gagah melangkah dengan tubuh yang tegap dan 'langsing' itu. Hebatnya mereka ini datang berbondong-bondong ke tanah sarawak sepertilah tanah semenanjung itu sudah hendak tenggelam akibat perbuatan mereka sendiri. Anwar Ibrahim yang dijoloki dengan anugerah tuhan dan papa hebat ini bersama dengan bala tentera nya yang datang dari setiap komponen yang tidak pernah ada persefahaman ini memecah pekak keharmonian negeri Sarawak.

Mereka datang ke sarawak untuk mengajar penduduk-penduduk pribumi tentang tanah,tentang kemajuan,tentang pentadbiran kerajaan. Nama-nama negeri seperti Selangor,Kelantan senantiasa menitir dibibir puak-puak pakatan yang  gemar menggunakan nama rakyat untuk mencabar undang-undang perlembagaan. Tidaklah sukar untuk kita mengenali kelompok chauvinist ultra-kiasu dan kelompok sarban yang sewenangnya mengkafirkan kelompok lain namun tidak pula jatuh fatwa tersebut kepada seorang Raja Drama yang banyak mempersendakan Islam. 

Perlukah diceritakan lagi tentang apa yang berlaku di Tanah Semenanjung emas?. Mereka kini datang ke sarawak untuk menjadi Kerajaan Rakyat(baca: orang tengah@broker) yang sememangnya pakar bila berhadapan dengan bab tanah. Malah lebih tahu 'Kejahatan Pehin Sri Taib Mahmud' lebih dari orang pribumi sendiri. Kini khabar-khabar kencang bergerak di serata negeri yang kini tahu "kejahatan Pehin Sri merampas tanah adat dan mempunyai hampir 50% bangunan-bangunan di kuching, ini 'didedahkan' sendiri oleh Pakatan Pembangkang(read: Bukan Rakyat) yang baru beberapa hari bertapak di sini. agak bosan spin artikel sendiri dengan nada sarkastik yang tidak seberapa.persoalan sebenarnya, Siapakah yang lebih berhak mentadbir dan menjaga tanah sendiri?fikir-fikirkanlah.


Oh,berita baik kepada peminat dan pemain futsal, selepas pilihanraya ini, akan diadakan lebih banyak Futsal Tournament di kawasan anda(jika anda mengundi pakatan pembangkang),kerana futsal kini telah menjadi aktiviti rasmi Parti Keadilan Rakyat,dikatakan satu acara futsal telah 'dimasukkan' sekali dalam perhimpunan ceramah. Walaupun nampak tidak kena pada tempatnya. Namun Acara ini telah mendapat tempat dalam Manifesto-manifesto pilihanraya kali ini, ini lah yang dikatakan PEMBAHARUAN.Aneh nya, Penduduk TUPONG yang datang untuk bertanding ataupun melihat tidak tahu tentang ceramah yang diadakan.

oh,

Mereka juga menjanjikan wifi percuma seluruh bandar dan sub-bandar( Sudah 30 tahun rakyat sarawak menunggu Wi-Fi percuma)

dan lagi...

Naik gaji guru RM500(guru-guru di penang dan selangor sudah boleh tukar kereta,paling cikai pun estima,boleh tanya penyokong PKR/PAS untuk kesahihan)

Hapuskan Konsesi TOL(yang membebankan penduduk kuching dengan bayaran 1.50rm,sepatutnya KWSP kita harus dipotong untuk bayar TOL2 ini, ini salah TAIB MAHMUD!)

Batalkan FELDA PLANTATION(sebuah entiti yang tidak berguna,yang tidak membantu pendapatan peneroka felda dan orang-orang melayu)

Kembalikan Wibawa PDRM-SPR-SPRM-MAKHAMAH(kerana menghina "Anwar Kangaroo",dan juga cara terbaik untuk memusnahkan kan institusi perlembagaan yang tidak disenangi oleh _______(isi tempat kosong) )

Selesaikan Krisis Kebanjiran PATI dan Kerakyatan Sabah( perancangan telah dibuat untuk menghantar PATI ini ke bulan menggunakan roket,win-win situation  )

Kembalikan Hak Air Rakyat(Selangor kini menjadi negeri contoh yang memberi air percuma,walaupun tanpa persetujuan SYABAS! diucapkan)

Kembalikan Hak SUBSIDI Rakyat - Subsidi Petrol Dikembalikan(yang patut dibuat sejak lama lagi,paling paling pun tahun 90-an sepatutnya sudah dapat dah hak subsidi penuh,kalau tak boleh pun pinjam la IMF,ini salah TUN MAHATHIR yang sesuka hati bagi jawatan menteri kewangan pada salah orang)

Mansuhkan ISA(yang mendera tahanan dengan memberi makan telur rebus sahaja,mangsa penganiayaan dan penghinaan terhadap Teresa Kok yang hampir mati akibat makan telur rebus kerana menghidap penghinaan sawan anjing)


Oh ada satu lagi,ini tiada dalam manifesto,namun RB akan pecahkan rahsia ini khas untuk kaum lelaki. Jika ada orang lelaki yang sudah berkahwin atau bujang,hendak berkahwin lagi sama ada di malaysia ataupun siam  bolehlah hubungi Calon N8 Satok yang kini hangat dengan "Fitnah" yang dilemparkan oleh media sosial.adakah character assasination ini sekadar fitnah yang dilakukan oleh BN ataupun realiti seorang peguam syari'e yang menjadi imam solat tarawih dan khatib sembahyang raya(info ini diperoleh dari biodata yang ditulis beliau,angkat bakul?). Malangnya,risikan yng Rb jalankan mendapati bahawa berita ini adalah 100% benar(kasihan perempuan itu),walaupun di dalam Astro Awani beliau telah menafikan nya. Malang sungguh nasib beliau ini, Kerana karier politik nya telah dicemari dengan kehadiran seorang gadis muda di dalam gambar yang bersuasanakan majlis pernikahan,Rb menunggu sebelum pilihanraya ini nanti akan ada pengakuan esklusif dari perempuan yang menjadi mangsa talak ini?buang tanda soaljangan percaya tanda soalan tersebut. Rb menantikan update seterusnya.pendedahan yang tidak diwar-warkan dalam MANIFESTO PAKATAN RAKYAT.UBAHahahaha!

klik untuk gambar besar


Monday, April 11, 2011

N.9 Padungan SUPP candidate Sim Kiang Chiok interview with SarawakPage

Mari kita dengar sesi temubual dengan Calon Padungan Sim Kiang Chiok.

Utamakan Ukhuwah, Bukan Perdendaman


A picture can tells 1000 different stories,but 3 picture of these,only tell one thing,buat pembangkang yang suka sangat melaga-lagakan dan memporak porandakan negara,tengoklah betapa UMNO yang dikafirkan oleh TGNA,tetap tidak menyimpan dendam dengan beliau,3 pemimpin negara kita di bawah KERAJAAN BARISAN NASIONAL,ada tak gambar nuar tolong pimpin Mursyidul Am PAS?jangan lupa asal usul perjuangan,asal tercipta parti,kita tetap sama,jangan kerana dengki dan dan dendam,kita berbunuhan.












baju 1 Malaysia tu =)


Mungkinkah ini bayangan kepada sesuatu yang akan merubah senario politik negara?mungkinkah akan terjadi?adakah ANDA fikir apa yang saya fikir?Wallahualam, namun apa yang baik itu marilah kita aminkan beramai-ramai,seperti yang saya katakan dalam post yang lepas2,Ukhuwah adalah yang pertama dalam Berpendapat.insyaAllah,sejuk pulak hati saya tengok Najib memimpin TGNA turun tangga. Anda sendiri dapat lihat, contoh seperti ini banyak di sarawak, apabila pembangkang membuat onar, membuat provokasi, saya lihat pemimpin kita dari Barisan Nasional hanya membalas dengan senyuman. Tidak pula saya dengar mereka berbisik atau mengumpat di belakang barisan. malah mereka sering menasihat penyokong-penyokong dan barisan jentera mereka supaya menjaga kelakuan.

RB harapkan moga Allah membuka pintu hati pro-pembangkang yang selama ini banyak menyakiti hati orang-orang lain secara tidak langsung, sedarlah PR tidak sesuai di sarawak,bersama fahaman perjuangan mereka. Orang-orang di Sarawak adalah bersaudara antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama. Orang-orang di Sarawak walaupun berbeza fahaman politik mereka masih boleh duduk bersama dan tidak pula membenci dan menghasut antara satu sama lain, sepatutnya kita bersatu dalam mempertahankan tanah Sarawak yang tercinta, pilihanraya kian dekat, buatlah pilihan yang bijak, jangan hancurkan apa yang telah kita bina selama ini.




renung-renungkanlah.





p/s:ceh kene tipu ngan google,gua ingat sarban je TGNA,haha thanks komentar yg tegur

HASUTAN PEMBANGKANG BERBAUR AGAMA MELALUI SMS

Tajuk diatas sememangnya kurang sesuai,kerana saya rasa isu yang saya timbulkan ini lebih ekstrim daripada yang kita sangka,kesannya amat besar jika pakatan celaka tersebut berjaya menyebar virus propaganda mereka.

Alangkah celakanya pakatan yang berselindung dibalik nama RAKYAT, kian hari mereka semakin terdesak untuk merampas kerusi-kerusi di tanah sarawak ini.RB  tidak menyangka sebegini buruk olahan mereka dalam menyebar propaganda demi meraih undi, seharusnya perkara sebegini tidak sesekali patut dikeluarkan,lihatlah kiriman sms yang RB terima dari seorang rakan yang mengadu,


"VOTE AGAINST BN IS A VOTE FOR JESUS - COUNCIL OF CHURCES MALAYSIA REJECT 10 POINT SOLUTIONS"

Sir,just receive.This sms has been spread around since 10.00PM just now. Actions to lodge police report is on the way. Full SMS:

Today the Council of Churches Malaysia has rejected the Government's 10-point solution on the al-Kitab. Vote against BN is a vote for Jesus. BN is an anti-Christ agent. Christians are being discriminated and rights in Constitution denied. Dont vote for BN. "If you are a true Christian, send this message to 8 other Christians.


Membuat Laporan: Raymun Tanin(Exco Negeri),Ryandy Teckin(KP Balingian),Abd Hajis Abdullah(KP Bkt Assek),Jayakasuma Rosli(SU Pemuda PBB Dalat),Anthony Basir,Abd Razak Salleh,Ahmad Kedri,Felix Pieng(AJK Pemuda Balingian)


Laporan polis telah pun dibuat oleh Pemuda-Pemuda PBB jepak diketuai Pandi Suhaili selaku naib ketua pemuda PBB, diharap MCMC membuat siasatan secepat mungkin,dan tindakan dapat diambil terhadap Perosak yang kian hari membiuskan rakyat dengan fakta yang berbelit-belit Jika anda masih menerima sms hasutan pembangkang yang mempermainkan isu sensitif. Jangan teragak-agak untuk membuat laporan polis,ini soal keselamatan negeri,isu sebegini boleh menggugat kesejahteraan masyarakat dalam bersosial yang bebas mengamalkan agama masing-masing, jangan termakan dengan mainan bodoh mereka. pakatan rakyat telah menampakkan rupa sebenar mereka dengan menyebar,menghasut  dan bermain isu-isu yang sangat sensitif bagi kita penduduk sarawak,ini adalah satu taktik yang paling jijik pernah RB lihat dalam pilihanraya kali ini,apakah pembangkang sudah tidak ada isu lain yang hendak dimain kan?. Adakah PAS yang bersekongkol dengan parti-parti liberal tersebut tidak dilihat sebagai Anti-Christ?malah banyak percanggahan yang terdapat diantara mereka, Kasihan,Rb hanya mampu berdoa supaya rakyat dapat dibukakan mata hati mereka,janganlah diikut cara Pembangkang menilai sesuatu benda,jangan jadi orang yang tidak tahu bersyukur, jika keadaan ini berterusan,sarawak akan berlaku huru-hara yang tidak terjangkau kesan buruknya.

Tuesday, April 5, 2011

The Jepak's Dilemma


Musim pilihanraya kini telah kembali, kedai kopi mula menambah waktu operasinya, habis cerita
kedai kopi bersambung lagi dalam forum dan facebook, medan kritikan dan keluhan penduduk-penduduk.
Situasi ini yang saya lihat agak tegang bagi Datuk Talip Zulpilip jika dilihat dari mata kasar saya sebagai seorang rakyat. Masing-masing punya suara, tidak kurang juga mereka yang berlebihan dalam berpendapat, apakah yang menjadi sebab sehingga mereka begitu sekali mengkritik DTZ?. Di sebuah forum yang mempunyai 700 lebih ahli itu menjadi medan keluh kesah bagi mereka yang merasa tertindas dan tidak merasa perubahan yang telah dibawa, bersalah kah mereka?

Saya yakin tidak sampai 20% ahli forum yang aktif berpendapat dan berkomentar,ada yang berlindung dengan nama samaran,atas sebab-sebab yang boleh diterima. Ada yang berani dengan lantang melontar rasa kecewa, saya kira semua itu bukanlah perkara yang boleh diambil mudah oleh DTZ kita. Sebuah undian online telah dibuat bagi menentukan siapakah pemimpin yang diterima oleh sekalian rakyat,yang mana meletakkan DTZ dalam undian terbawah,adakah ini semua menunjukkan bahawa DTZ tidak lagi relevan di kalangan rakyat tempatan?


Mengapa begitu banyak orang mempersoalkan kredibiliti DTZ? sehingga cerita-cerita yang tidak enak hendak dihebahkan pada orang ramai. Perlukah sedekah menjadi isu sangat penting?siapakah kita untuk menetapkan nilai tukaran matawang ringgit kepada pahala dan keikhlasan?mengaibkan orang untuk motif tertentu?. Saya tidak berani menuduh yang sembarangan, penduduk jepak lebih arif dengan kebenaran yang terjadi. Biarlah kita bersederhana, janganlah keterlaluan seperti pembangkang kita lihat hari ini yang lebih berminat membuat 'personal attack' dan fitnah yang tidak ada kesahihannya(sekarang dah terkena batang hidung sendiri).

Rata-rata rakyat bintulu mengaku sayangkan BN, sebuah parti komponen yang telah lama menerajui kerajaan negeri sarawak, membawa perubahan dan pembangunan untuk rakyatnya. Ini bukanlah ayat angkat pel*r seperti yang diklaim oleh sesetengah rakyat, biarkan mereka, pandangan kita berbeza, tidak semua kemahuan kita sama, ada yang mahu kaya cepat tapi tapi kecewa tak dapat tender, sekonyong-konyongnya jadilah dia seorang pembangkang, hatta ada yang berpendapat dalam hal politik sampai tidak memikirkan keadaan orang lain, hanya tahu beranggapan negatif. Inilah realiti, setiap hari dibasuh otak oleh pihak yang punya agenda tersendiri dan motif yang tersembunyi, mereka tidak sedar realiti kehidupan, hidup berpandukan idealis semata-mata. Andailah mereka diberi kuasa, saya tidak berani jamin apa jadinya, 

Majoriti penduduk jepak mendakwa mereka masih mahukan BN, andai benar bagai dikata, apakah silapnya pilihanraya yang lepas-lepas menyaksikan undi untuk BN menurun!. Benar BN masih majoriti tapi yakinkah kita dengan pilihanraya akan datang? nasihat saya berwaspadalah pada pilihanraya kali ini, DUN JEPAK akan menjadi saksi apakah BN masih benar-benar di hati rakyat. Kotakan kata wahai penduduk Jepak. Jangan biar api kebencian yang ditiup menjadi angkara kekalahan. Sejarah menunjukkan negara yang kacau bilau dan lemah adalah negara yang paling mudah sekali dijajah,bersatulah demi masa depan anak-anak kita. Pengundi adalah orang yang bijak menilai, hanya manikam mengenal jauhari.

Nukilan seorang anak nelayan

Sunday, April 3, 2011

TERKINI: Senarai Penuh Calon PBB/BN Pilihan Raya Sarawak







SENARAI CALON PBB:


Datu Len Talif DUN Belawai



Dr Anuar DUN Nangka




Ripin DUN Lambir




Denis Nyau DUN Telang Usan,




Hedil Lariwoo DUN Sadongjaya




Adenan Satem DUN 




Abdul Rahman Junaidi DUN Pantai Damai




Hadzlan Hipni DUN Demak Laut




Datuk Daud Abdul Rahman DUN Tupong




Sharifah Hasidah DUN Samariang




Abg Johari Tun Open DUN Satok




Abdul Karim Rahman Hamzah DUN Asajaya




Mohd Ali Mahmud 
DUN Muara Tuang



Roland Sagah DUN Tarat




Michael Manyin DUN Tebedu




Martin Ben DUN Kedup




Aidel Latibu DUN Sadong Jaya




Naroden Majais DUN Simunjan




Julaihi Narawi DUN Sebuyau




Simoi Peri DUN Lingga




Razali Ghapur DUN Beting Maro





Ricky@Mohammad Razi Sitam DUN Saribas



Tan Sri Jabu DUN Layar




Robert lawson DUN Bukit Saban




Abdul Wahab Azzi DUN Kalaka



Abdullah Saidol DUN Semop




Murni Suhaili DUN Daro




Abu Seman DUN Jemoreng




Gramong Juna DUN Machan




Datin Hjh Fatimah DUN Dalat




Pehin Sri Taib DUN Balingian




Ambrose Blikau DUN Katibas




Talib Zulphilip DUN JEPAK




Stephen rundi DUN Kemena




Abdul Rahman Ismail DUN Bukit Kota




Awg Tengah Ali Hassan DUN Bukit Sari













10 muka baru calon BN yang bertanding?  



Demak Laut - Dr. Hazlan Hipni

Kedup - Martin Ben


Sadong Jaya - Aidil Lariwoo


Beting Maro - Razali Ghapur


Saribas - Razi Sitam


Belawai - Len Talib


Semop - Abdullah Saidol


Nangka - Dr. Annuar Rapaee


Lambir - Ripin Lamat


Telang Usan - Dennis Ngau







PBB akan bertanding di 35 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8). 
Namun Nama Calon Untuk Kerusi Bakelalan tidak diumumkan


sumber : MELANAUBLOGGER, SEBANAKUSARAWAK

Saturday, April 2, 2011

Borang Penamaan Calon Di Kidurong Laku

BINTULU – Kesemua enam set borang pencalonan bagi N59 Kidurong telah habis dibeli oleh pihak yang ingin turut serta bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya DUN ke-sepuluh 16 April ini, kata pengurus pilihan raya kawasan terbabit, Sirai Daha.

Kesemua borang tersebut, katanya, telah habis dibeli dua hari yang lalu sekaligus memberitahu tidak mengetahui samada pembeli tersebut mewakili parti pembangkang maupun bebas memandangkan pihak terlibat enggan mendedahkan siapa sebenarnya mereka.

Sirai, bagaimanapun, menyarankan mana- mana pihak yang tidak sempat berbuat demikian, boleh mendapatkan borang(pencalonan) di mana- mana Bilik Gerakan Pilihan Raya yang lain di seluruh negeri atau ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri di Kuching.

Beliau yang juga timbalan Residen(Pembangunan) Bintulu turut memberitahu proses penamaan calon dan penjumlahan undi bagi DUN Kidurong, masing- masing akan diadakan di Bilik Sindiket Wisma Bintulu dan SK Assyakirin di mana proses penjumlahan undi akan bermula jam 5 petang pada 16 April kelak.

Tambah beliau lagi, sejumlah 54 pasukan akan ditempatkan di kesemua 18 pusat pembuangan undi bagi memantau serta memastikan proses pembuangan undi pada 16 April ini berjalan lancar.

Dalam pada itu, kawasan N59 Kidurong berkemungkinan menyaksikan pertarungan lebih daripada enam penjuru di antara calon BN, parti pembangkang dan bebas berdasarkan jumlah borang penamaan yang telah dibeli sehingga kini.

Setakat ini, DAP telah mengesahkan penyandang DUN berkenaan untuk tempoh dua penggal lalu, Chiew Chiu Sing merupakan calon terbaik Pakatan Rakyat bagi DUN Kidurong untuk menentang bakal calon SUPP yang dikhabarkan bakal mengetengahkan pengerusi SUPP Cawangan Bintulu, Henry Ling Kuong Meng.

Kerusi DUN N59 Kidurong disandang oleh setiausaha DAP Negeri Sarawak, Chiew Chiu Sing yang memenangi majoriti 1,664 undi pada pilihan raya DUN ke-sembilan yang lalu setelah berjaya memperolehi undi sebanyak 8,517 selepas menewaskan calon BN dari SUPP, Paul Yong Khing Khee yang sekadar memperolehi undi sebanyak 6,853.

Sumber: SarawakUpdate

RB: lama dah rb rasa tak melawat kidurong,apa khabar agaknya,hangat-hangat,di jepak dah bertanding 5 penjuru,dan kidurong 6 penjuru?apa apapun RB harap pengerusi SUPP dapat memenangi DUN,inilah perubahan dan pembaharuan yang sebenar nya,diharap borang yang habis dijual dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya,penduduk di kidurong sudah sedar dan inilah yang patut mereka lakukan :),tolak DAP!

Saturday, March 26, 2011

MINI DOCUMENTARY: The truth behind Sarawak deforestation (by Kenyalang Report)

If you listen to the anti palm-oil lobby or the pro-rapeseed and pro-sunflower seed oil lobby, which are basically set up to promote their vegetable oil and rubbish the competition, you woudl think that Sarawak is now a wasteland.


These foreign propagandist would have the world believe that the Sarawak State Government had chopped down 90 per cent of the tropical rain forest in this lush Borneo state.




LIE: 90% of Sarawak forest have been chopped down




Foreign funded website and pressure groups like Sarawak Report pander to these foreign propaganda for the few dollars that foreign governments and lobbyists throw at them. They are so happy to receive foreign scraps that they are willing to sell their own state for it.


The fact is, the Sarawak Government began takign measures to control logging from the 1980s when they began carrying out studies and formulating plans how to ensure that the timber industry remains sustainable.


The Sarawak Government understands better than anyone else that the forest is valuable because the state is run by locals who lived with the forest and accept it as part of their lives.


In fact the state had called on the International Tropical Timber Organisation and the United Nations Food and Agriculture Organisation to audit their forest and give suggestions how to improve any possible weaknesses.


Sarawak Chief Minister, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud explains here why they take care of the state's most valuable resource.


He is proud that the state is a strong follow of the Rio Summit on sustainability.





courtesy of The Real Sarawak




FACT: 80% of Sarawak is still covered by Tropical Rain Forest




Here the Sarawak State Forestry Department Director, Datuk Len Talif Salleh explains that the figure of 80 per cent forest cover is not something that the state government cooked up but based on the United Nations Food and Agriculture Organisation classification.




FACT: Sarawak is still in the top three band in terms of biodiversity






The hot and humid climate allows the forest to recover quickly and this means that biodiversity in Sarawak remains very good because the state practices good logging practices.


Of course there are cases of timber companies not following the rules but then again where in the world do you find a state where no rules or laws are broken.


Kenyalang Report

Sunday, March 20, 2011

SEMENGAT Muda Ketua Menteri

That is the best dedication you can give to Barisan Nasional
Tidak ada parti dalam Malaysia mempunyai SEMENGAT macam itu....Jauh pak awe kata orang Sarawak.

"Kita akan mencapai target menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020". Kata Ketua Menteri

Thursday, March 17, 2011

KERAJAAN BAZIR DUIT AGIK..PRFFTTTTT



RM103 Juta : 3,644 Program Bantuan Rumah di Sarawak

KUCHING, 16 Mac (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM103 juta tahun ini untuk membina dan membaiki semua 3,644 rumah di bawah projek Program Bantuan Rumah (PBR) di Sarawak.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sehingga 28 Feb lepas sebanyak 1,883 rumah di bawah projek PBR berjaya disiapkan dengan kos pembinaan RM40 ribu manakala untuk kerja baik pulih pula membabitkan kos sebanyak RM12,000.
“Selain membina rumah, kita di kementerian juga membina jalan raya, kemudahan air dan elektrik untuk rakyat di kawasan yang terbabit dalam projek PBR bagi memastikan mereka dapat hidup dengan lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek PBR di sekitar Kampung Sungai Laruh di Petra
Jaya hari ini.
Beliau berkata sebanyak 7,331 rumah terbabit di bawah projek itu tahun lepas termasuk 1,883 yang dibina semula dengan struktur baru manakala selebihnya adalah rumah lama yang dibaik pulih semula.
Penerima bantuan untuk projek itu adalah mereka yang berada dalam senarai kumpulan fokus kemiskinan yang dibuat oleh Pejabat Daerah di kawasan masing-masing, katanya.
Sementara itu dalam majlis berasingan, Mohd Shafie berkata kira-kira RM500 juta diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan untuk membantu meningkatkan prasarana asas di kawasan luar bandar di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
Beliau berkata dalam RMK10 kementerian itu juga telah menyediakan kemudahan elektrik kepada 36,000 rumah dan daripada jumlah itu 27,000 akan menerima bekalan elektrik 24 jam sehari.
“Sebanyak 16,000 rumah termasuk rumah panjang juga telah dibina di Sarawak selain 383 kilometer jalan luar bandar,” katanya. – BERNAMA


Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans