Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile
Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Those who mind don't matter

Kepala berpinar,gastrik

 Semalam Sarawak Watch buat pendedahan ekslusif, cumanya bagi saya tak lah begitu ekslusif bagi saya,tentang Pemuda-Pemuda PBB  mengenai isu Francis Siah dan Kumpulan Sarkas beliau.

Siapa pemberi maklumat yang so called "exclusive" ini?apa tujuan mereka?untuk melaga-lagakan Pemuda?,kita tak tahu siapa,boleh jadi kuli kita,boleh jadi bos kita,so buat apa layan?biarkan sahaja.

Menyentuh mengenai Francis Siah dan kumpulan beliau Movement Of Circus Sarawak. siapa dalang nya?ehemmm lagi nak tanya?kenapa tak tanya sekali siapa bagi makan Sarawak Report,Radio Free Sex Sarawak dan lain-lain. sama juga jawapannya,kita tak tahu,boleh jadi kuli kita,boleh jadi bos kita,boleh jadi kawan kita,so buat apa layan?biarkan sahaja.

Wednesday, April 27, 2011

Pasca PRN: Sejenak "Jamuan Terima Kasih" dari Saiee Driss

(untuk renungan YB dan para pemimpin parti)


Sekadar Gambar Hiasan




malam ini
diadakan majlis jamuan
terima kasih kepada semua
setelah tamat pilihanraya


inilah penghargaan
kepada yang telah bertungkus lumus
mernyibukkan diri
termasuk berkempen di kedai kopi
bijak mencari kesalahan sana sini
siang malam tak keruan
walau sekadar berlari sibuk sendiri
kerja entah apa atau
tak kerja apa-apa
tetap menuntut kupon makanan

Tuesday, April 19, 2011

Lepak petang lepas pilihanraya

RUPANYA BN CUMA DAPAT UNDI SEBANYAK 56% jaa!! ini bermakna 44% Pengundi Sarawak Berpaling Tadah..
BN – 55 (372,379 undi)
PKR – 03 (117,100 undi)
DAP – 12 (134,847 undi)
PAS – 0 (9,719 undi)
SNAP – 0 (15,663 undi)
PCM – 0 (2,895 undi)
Bebas – 01 (20,064 undi)
bermakna undi BN = 372,379 undi Pakatan Rakyat +++ undi pembangkang yg lain = 300,288.
(372,379-300,288=72091) lebihan yg sokong BN adalah seramai 72 091 shj……

Rupa-rupanya pembangkang masih tak puas hati dengan kemenangan Barisan Nasional yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah. Saya tak pasti kenapa kiraan undi Bebas dan SNAP dimasukkan sekali dalam kiraan Pakatan Pembangkang. Tak apa beri mereka peluang untuk berhujah he he he...

Monday, April 18, 2011

Chauvinis DAP

Masih tidak faham mengapa masih ada kaum bumi suka diperbodoh dan ditunggang seenak-enaknya oleh DAP parti chauvinis cina.

Kenapa Parti Islam Semalaya rela menghulur punggungnya untuk diperkudakan oleh DAP bagi memenangi kuasa politik. Bermimpi ke sarawak, hakikatnya mereka masih di Kelantan. Cuma mampu membisu bila dijerkah Karpal Singh. Ya, anda tahu isu apa.

Adakah mereka hanya mengangguk-ngangguk bertepuk tangan di dalam ceramah DAP walhal tidak tahu jika penceramah berbahasa cina menceritakan tentang ketuanan cina dan keinginan untuk menghapus hak keistimewaan Bumiputra.

Orang luar DAP(kecuali kuda) jelas melihat empayar DAP sebagai satu parti yang diwarisi turun temurun, cengkaman kuku besi di dalam DAP jelas dilihat dalam pemilihan calon. 

Sunday, April 17, 2011

DAP dan PKR CELAKA BERLAKON MALAM TADI

Pembaca-pembaca sekalian, anda boleh lihat sendiri perangai jahanam yang dibawa oleh pembangkang-pembangkang dari semenanjung,anda sendiri boleh melihat sifat kotor dan jahanam mereka yang sememangnya pakar dalam memprovok orang lain. terjerit-jerit sana sini dan menghina SPR dan POLIS.inikah orang yang kita mahu jadikan sebagai pemimpin?dalam erti kata lain,Anak haram. Keganasan,Itulah yang sebenarnya mereka mahu,mereka mahu ditumbuk,mereka mahu dilawan,agar nanti mereka dapat tunjukkan kepada dunia bahawa Polis adalah anjing kerajaan,Dapat mereka buktikan kerajaan bersifat kuku besi,SPR adalah agent SUPP, dan macam-macam fitnah yang dilemparkan. ini adalah taktik biasa yang sering dimainkan, Cuma disini,budaya ini masih baru,adakah ini permulaan Budaya Ganas di Sarawak?Bersyukur ke Hadrat Ilahi,Kita masih lagi dapat mengekalkan Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak.Timbang-timbangkanlah...




Wednesday, April 13, 2011

Masa Untuk Berubah! Ubah!


Disebalik tuduhan Pakatan Rakyat mengatakan kerajaan BN merampas tanah rakyat Sarawak, sebenarnya mereka memiliki agenda tersendiri untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak.
PAS berlagak ingin jadi penaung dan penyelia urusan tanah rakyat Sarawak, seolah-oleh rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa tentang urusan tanah NCR.
Melalui Lujnah Tanah, PAS bersekongkol dengan PKR untuk menjadi tuan kepada rakyat Sarawak. Kononnya mereka lebih arif tentang urusan tanah.
Apakah rakyat Sarawak ingin melantik Orang luar untuk menjaga tanah mereka?
            -  MelanauBlogger




Paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih,depan rakyat jerit tukar,dalam hati bisik sabar.pakatan pakatan yang melekit-lekit air kahak nya bertaburan diseluruh tanah sarawak ini sangat sinonim dengan dengan manifesto-manifesto kelentong mereka yang dikepalai oleh raja drama terbaik yang masih gagah melangkah dengan tubuh yang tegap dan 'langsing' itu. Hebatnya mereka ini datang berbondong-bondong ke tanah sarawak sepertilah tanah semenanjung itu sudah hendak tenggelam akibat perbuatan mereka sendiri. Anwar Ibrahim yang dijoloki dengan anugerah tuhan dan papa hebat ini bersama dengan bala tentera nya yang datang dari setiap komponen yang tidak pernah ada persefahaman ini memecah pekak keharmonian negeri Sarawak.

Mereka datang ke sarawak untuk mengajar penduduk-penduduk pribumi tentang tanah,tentang kemajuan,tentang pentadbiran kerajaan. Nama-nama negeri seperti Selangor,Kelantan senantiasa menitir dibibir puak-puak pakatan yang  gemar menggunakan nama rakyat untuk mencabar undang-undang perlembagaan. Tidaklah sukar untuk kita mengenali kelompok chauvinist ultra-kiasu dan kelompok sarban yang sewenangnya mengkafirkan kelompok lain namun tidak pula jatuh fatwa tersebut kepada seorang Raja Drama yang banyak mempersendakan Islam. 

Perlukah diceritakan lagi tentang apa yang berlaku di Tanah Semenanjung emas?. Mereka kini datang ke sarawak untuk menjadi Kerajaan Rakyat(baca: orang tengah@broker) yang sememangnya pakar bila berhadapan dengan bab tanah. Malah lebih tahu 'Kejahatan Pehin Sri Taib Mahmud' lebih dari orang pribumi sendiri. Kini khabar-khabar kencang bergerak di serata negeri yang kini tahu "kejahatan Pehin Sri merampas tanah adat dan mempunyai hampir 50% bangunan-bangunan di kuching, ini 'didedahkan' sendiri oleh Pakatan Pembangkang(read: Bukan Rakyat) yang baru beberapa hari bertapak di sini. agak bosan spin artikel sendiri dengan nada sarkastik yang tidak seberapa.persoalan sebenarnya, Siapakah yang lebih berhak mentadbir dan menjaga tanah sendiri?fikir-fikirkanlah.


Oh,berita baik kepada peminat dan pemain futsal, selepas pilihanraya ini, akan diadakan lebih banyak Futsal Tournament di kawasan anda(jika anda mengundi pakatan pembangkang),kerana futsal kini telah menjadi aktiviti rasmi Parti Keadilan Rakyat,dikatakan satu acara futsal telah 'dimasukkan' sekali dalam perhimpunan ceramah. Walaupun nampak tidak kena pada tempatnya. Namun Acara ini telah mendapat tempat dalam Manifesto-manifesto pilihanraya kali ini, ini lah yang dikatakan PEMBAHARUAN.Aneh nya, Penduduk TUPONG yang datang untuk bertanding ataupun melihat tidak tahu tentang ceramah yang diadakan.

oh,

Mereka juga menjanjikan wifi percuma seluruh bandar dan sub-bandar( Sudah 30 tahun rakyat sarawak menunggu Wi-Fi percuma)

dan lagi...

Naik gaji guru RM500(guru-guru di penang dan selangor sudah boleh tukar kereta,paling cikai pun estima,boleh tanya penyokong PKR/PAS untuk kesahihan)

Hapuskan Konsesi TOL(yang membebankan penduduk kuching dengan bayaran 1.50rm,sepatutnya KWSP kita harus dipotong untuk bayar TOL2 ini, ini salah TAIB MAHMUD!)

Batalkan FELDA PLANTATION(sebuah entiti yang tidak berguna,yang tidak membantu pendapatan peneroka felda dan orang-orang melayu)

Kembalikan Wibawa PDRM-SPR-SPRM-MAKHAMAH(kerana menghina "Anwar Kangaroo",dan juga cara terbaik untuk memusnahkan kan institusi perlembagaan yang tidak disenangi oleh _______(isi tempat kosong) )

Selesaikan Krisis Kebanjiran PATI dan Kerakyatan Sabah( perancangan telah dibuat untuk menghantar PATI ini ke bulan menggunakan roket,win-win situation  )

Kembalikan Hak Air Rakyat(Selangor kini menjadi negeri contoh yang memberi air percuma,walaupun tanpa persetujuan SYABAS! diucapkan)

Kembalikan Hak SUBSIDI Rakyat - Subsidi Petrol Dikembalikan(yang patut dibuat sejak lama lagi,paling paling pun tahun 90-an sepatutnya sudah dapat dah hak subsidi penuh,kalau tak boleh pun pinjam la IMF,ini salah TUN MAHATHIR yang sesuka hati bagi jawatan menteri kewangan pada salah orang)

Mansuhkan ISA(yang mendera tahanan dengan memberi makan telur rebus sahaja,mangsa penganiayaan dan penghinaan terhadap Teresa Kok yang hampir mati akibat makan telur rebus kerana menghidap penghinaan sawan anjing)


Oh ada satu lagi,ini tiada dalam manifesto,namun RB akan pecahkan rahsia ini khas untuk kaum lelaki. Jika ada orang lelaki yang sudah berkahwin atau bujang,hendak berkahwin lagi sama ada di malaysia ataupun siam  bolehlah hubungi Calon N8 Satok yang kini hangat dengan "Fitnah" yang dilemparkan oleh media sosial.adakah character assasination ini sekadar fitnah yang dilakukan oleh BN ataupun realiti seorang peguam syari'e yang menjadi imam solat tarawih dan khatib sembahyang raya(info ini diperoleh dari biodata yang ditulis beliau,angkat bakul?). Malangnya,risikan yng Rb jalankan mendapati bahawa berita ini adalah 100% benar(kasihan perempuan itu),walaupun di dalam Astro Awani beliau telah menafikan nya. Malang sungguh nasib beliau ini, Kerana karier politik nya telah dicemari dengan kehadiran seorang gadis muda di dalam gambar yang bersuasanakan majlis pernikahan,Rb menunggu sebelum pilihanraya ini nanti akan ada pengakuan esklusif dari perempuan yang menjadi mangsa talak ini?buang tanda soaljangan percaya tanda soalan tersebut. Rb menantikan update seterusnya.pendedahan yang tidak diwar-warkan dalam MANIFESTO PAKATAN RAKYAT.UBAHahahaha!

klik untuk gambar besar


Saturday, April 2, 2011

Borang Penamaan Calon Di Kidurong Laku

BINTULU – Kesemua enam set borang pencalonan bagi N59 Kidurong telah habis dibeli oleh pihak yang ingin turut serta bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya DUN ke-sepuluh 16 April ini, kata pengurus pilihan raya kawasan terbabit, Sirai Daha.

Kesemua borang tersebut, katanya, telah habis dibeli dua hari yang lalu sekaligus memberitahu tidak mengetahui samada pembeli tersebut mewakili parti pembangkang maupun bebas memandangkan pihak terlibat enggan mendedahkan siapa sebenarnya mereka.

Sirai, bagaimanapun, menyarankan mana- mana pihak yang tidak sempat berbuat demikian, boleh mendapatkan borang(pencalonan) di mana- mana Bilik Gerakan Pilihan Raya yang lain di seluruh negeri atau ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri di Kuching.

Beliau yang juga timbalan Residen(Pembangunan) Bintulu turut memberitahu proses penamaan calon dan penjumlahan undi bagi DUN Kidurong, masing- masing akan diadakan di Bilik Sindiket Wisma Bintulu dan SK Assyakirin di mana proses penjumlahan undi akan bermula jam 5 petang pada 16 April kelak.

Tambah beliau lagi, sejumlah 54 pasukan akan ditempatkan di kesemua 18 pusat pembuangan undi bagi memantau serta memastikan proses pembuangan undi pada 16 April ini berjalan lancar.

Dalam pada itu, kawasan N59 Kidurong berkemungkinan menyaksikan pertarungan lebih daripada enam penjuru di antara calon BN, parti pembangkang dan bebas berdasarkan jumlah borang penamaan yang telah dibeli sehingga kini.

Setakat ini, DAP telah mengesahkan penyandang DUN berkenaan untuk tempoh dua penggal lalu, Chiew Chiu Sing merupakan calon terbaik Pakatan Rakyat bagi DUN Kidurong untuk menentang bakal calon SUPP yang dikhabarkan bakal mengetengahkan pengerusi SUPP Cawangan Bintulu, Henry Ling Kuong Meng.

Kerusi DUN N59 Kidurong disandang oleh setiausaha DAP Negeri Sarawak, Chiew Chiu Sing yang memenangi majoriti 1,664 undi pada pilihan raya DUN ke-sembilan yang lalu setelah berjaya memperolehi undi sebanyak 8,517 selepas menewaskan calon BN dari SUPP, Paul Yong Khing Khee yang sekadar memperolehi undi sebanyak 6,853.

Sumber: SarawakUpdate

RB: lama dah rb rasa tak melawat kidurong,apa khabar agaknya,hangat-hangat,di jepak dah bertanding 5 penjuru,dan kidurong 6 penjuru?apa apapun RB harap pengerusi SUPP dapat memenangi DUN,inilah perubahan dan pembaharuan yang sebenar nya,diharap borang yang habis dijual dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya,penduduk di kidurong sudah sedar dan inilah yang patut mereka lakukan :),tolak DAP!

Sunday, January 16, 2011

100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak - Bahagian 2.

Artikel khas ini adalah bahagian kedua yang akan mendedahkan segala gerak-geri parti DAP yang jelas dan nyata merupakan anti Islam dan Melayu.
Untuk bahagian kedua, saya kemukakan 10 lagi fakta untuk bacaan semua pembaca yang budiman.

Bahagian kedua artikel khas '100 Dalil kenapa DAP Harus di Tolak' akan membicarakan fakta yang ke-11 hingga ke-20.

Artikel ini bukan untuk mencetuskan perkauman, sebaliknya untuk menyedarkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia akan bahayanya pengaruh yang dibawa oleh Parti DAP.


11) ADUN Baruas Ngeh Koo Ham adalah anak saudara kepada Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya). Manakala Nga Kor Ming adalah sepupu Ngeh. Chin Peng pula dikatakan menggunakan peguam yang sama digunakan oleh Ngeh. Ngeh juga merupakan ahli pertubuhan Socialis International yang mendukung ideologi komunis dan sosialis.

12) Pada 1969 DAP pertama kalinya menyertai Pilihanraya Umum. Ketika Pilihanraya tersebut DAP berkempen untuk mansuhkan perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu. Perarakan kemenangan DAP di Kuala Lumpur yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

13) Perarakkan oleh Pemuda DAP yang mengangkat penyapu gergasi bertujuan untuk 'sapu' orang Melayu. Ada yang kencing pada orang Melayu, maki hamun serta menunjukkan kelakuan yang kurang ajar kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969. Melayu dilabelkan sebagai 'sakai' 'melayu masuk hutan' dan 'balik kampung tanam jagung'.

14) Pada 12 Mac 2008 Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP Perak memboikot perlantikkan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang tidak mahu PAS menjadi MB. Kit Siang dikatakan mahukan Ngeh Koo Ham sebagai MB Perak. Selepas perjanjian Pangkor 2 diadakan barulah DAP bersetuju Nizar Jamaluddin menjadi MB bagi negeri Perak. Dalam perjanjian itu Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyatakan mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa arab seperti Hudud dan Qisas. Jelas Nizar Jamaluddin hanyalah MB boneka kepada DAP!

15) Pada 6 Februari 2009 Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan biadap kepada Sultan Melayu di Malaysiakini. Beliau berkata "Saya meminta Sultan menghenti dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini". Kenyataan ini boleh dibaca di Malaysiakini. Ini menunjukkan bahawa DAP cuba untuk menghapuskan kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.

16) Dalam sebuah buku bertajuk "Conversation With Lee Kuan Yew" tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas bahawa " Bangsa melayu adalah suatu bangsa yang pemalas dan kurang berkemampuan (M/S 53). DAP menggunakan hujah ini dengan menyatakan kaum melayu sebagai bangsa pendatang. Mereka menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia.

17) Lim Guang Eng mempunyai cita-cita yang sama dengan Lee Kuan Yew, DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai 'Singapura kedua'. Guan Eng dikatakan sudah menyiapkan cadangan untuk menyerahkan Seberang Prai kepada Kedah dan membatalkan perjanjian lama antara Kedah dan Francis Light. Cadangan ini mahu dibawa kepada Sultan Kedah.

18) Pada 18 Oktober 1990, Karpal Singh (Pengerusi DAP) mengeluarkan kenyataan "Kami memberi pengakuan, untuk mewujudkan negara Islam. "LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU". Di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang. Butakah PAS terhadap kenyataan Karpal Singh ini? Atau sememangnya Hudud sudah tiada lagi dalam perjuangan Isle PAS?

19) Pada 25 Februari 2009 Karpal dilaporkan berkata"SAYA SINGH IS KING". Ketika mengulas mengenai 100 laporan polis dan dua peluru hidup yang diterima beliau. Malah beliau memberi amaran kepada Pemuda UMNO supaya 'jangan main-main dengan beliau'. Adakah Karpal Singh ingin menjadi Raja di Tanah Melayu?

20) Pada 10 Januari 2008 Karpal Singh telah menafikan kenyataan Haji Hadi Awang berhubung dalam isu Hudud dimana di sini jelas menunjukkan bahawa DAP MENOLAK HUDUD! Ini bermakna DAP anti undang-undang Islam dan anti agama Islam!

21) Ngeh Koo Ham gembira apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO pada 22 Jun 2009. Dari sini jelas DAP begitu takut jika bangsa Melayu itu bersatu. Kerana bila mana bangsa Melayu bersatu, angan-angan DAP untuk memerintah negara kita akan berkubur!

22) Pada 22 Ogos 2010 Kit Siang menulis dalam laman blognya, HUDUD DAN NEGARA ISLAM BUKANLAH POLISI DALAM PAKATAN RAKYAT. Kit Siang menyatakan tiada kata sepakat dalam Pakatan Pembangkang untuk laksanakan Hudud jika mereka berjaya memerintah Islam. Jadi Hukum Hudud yang dicanangkan oleh PAS hanyalah sekadar slogan untuk meraih undi Islam. Kerana PAS sendiri tidak berani menyangkal Kit Siang berhubung isu ini.


Bersambung...

sumber : Double Y

100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak - Bahagian 1.


Artikel khas ini mempunyai 100 fakta kenapa perjuangan DAP harus ditolak oleh kita rakyat Malaysia.


Fakta ini dikumpul dan dihasilkan melalui pemerhatian ke atas segala tindak-tanduk dan gerakan kerja yang dijalankan oleh pimpinan Parti DAP.

Untuk bahagian pertama, saya sertakan 10 fakta terlebih dahulu.

1) DAP sudah bersatu dengan sekutu - sekutunya iaitu PAS dan PKR untuk memerintah Malaysia. Mereka melihat inilah masa terbaikuntuk berkuasa ketika orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti. Mereka amat perlukan undi orang Melayu untuk mencapai cita-cita tersebut. DAP MAHU KUASAI PUTRAJAYA.

2) Lihat Manifesto DAP dalam Pilihanraya 2008. Mesej tersirat mereka adalah untuk mengajak semua orang Cina bersatu. Mereka tulis "Hanya DAP yang kuat dapat melakukan semua ini", itu bukan maksudnya. Maksud sebenar adalah "HANYA CINA YANG KUAT DAPAT MELAKUKAN SEMUA INI". Apakah orang Melayu masih tidak sedar lagi?

3) Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia poada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia.

4) DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malannya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930.

5) Pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International adalah Ehud Barak (Bekas Perdana Menteri Israel). DAP bukanlah demokratik, ideologi DAP sama seperti Parti Buruh di Israel. Dari sinilah Lim Guan Eng meniru konsep "Middle Malaysia" dari konsep "Middle Israel".

6) Dalam ucapan Lim Guan Eng di DAP Melaka State Annual Convention, pada Disember 2005, Guan Eng ada menyatakan akan adaptasi 3 People's Principles (Nationalism, Democracy dan Equality yang diterapkan oleh Dr. Sun Yat Sen (Pengasas Parti Nasionalis Cina Koumintang). Guan Eng percaya dengan teori Sun Yat Sen bahawa "Oversea chinese as the mother of revolution". DAP mahu membuat revolusi cara chauvinisme Cina. Guan Eng bukanlah ikut cara Umar Abdul Aziz tetapi ikut Chauvinisme Cina (Assobiyah).

7) Berapa bintang di bendera Singapura dan China? Lihat pula logo DAP dan PAPserta bendera Singapura dan China. DAP adalah serpihan PAP yang bersifat chauvinisme Cina.

8) Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena kempen Tahun Melawat Selangor 2011. Logo bintang 3 tersebut adalah sama dengan logo bintang 3 komunis yang dibawa oleh Chin Peng. DAP cuba menghidupkan dan membawa masuk kembali fahaman komunis di Malaysia.

9) Pada 22 November 2009 Karpal Singh (Pengerusi DAP) mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia mengapa tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Dari sini jelas Karpal Singh sokong Chin Peng pulang ke Malaysia. Bukti DAP sokong komunis.

10) Lim Kit Siang dan Ronnie Liu mengatakan bahawa Zainuddin Maidin buta sejarah kerana menggelar Memorial di Nilai, sebagai Memorial Komunis. DAP menggangap bahawa ahli-ahli MPAJA (komunis) yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tenteran Jepun di Tanah Melayu. Di sini jelas DAP begitu menggagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Bersambung..



sumber : Pejuang Maya

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans