Tajuk diatas sememangnya kurang sesuai,kerana saya rasa isu yang saya timbulkan ini lebih ekstrim daripada yang kita sangka,kesannya amat besar jika pakatan celaka tersebut berjaya menyebar virus propaganda mereka.
Alangkah celakanya pakatan yang berselindung dibalik nama RAKYAT, kian hari mereka semakin terdesak untuk merampas kerusi-kerusi di tanah sarawak ini.RB tidak menyangka sebegini buruk olahan mereka dalam menyebar propaganda demi meraih undi, seharusnya perkara sebegini tidak sesekali patut dikeluarkan,lihatlah kiriman sms yang RB terima dari seorang rakan yang mengadu,
"VOTE AGAINST BN IS A VOTE FOR JESUS - COUNCIL OF CHURCES MALAYSIA REJECT 10 POINT SOLUTIONS"
Sir,just receive.This sms has been spread around since 10.00PM just now. Actions to lodge police report is on the way. Full SMS:
Today the Council of Churches Malaysia has rejected the Government's 10-point solution on the al-Kitab. Vote against BN is a vote for Jesus. BN is an anti-Christ agent. Christians are being discriminated and rights in Constitution denied. Dont vote for BN. "If you are a true Christian, send this message to 8 other Christians.
 |
| Membuat Laporan: Raymun Tanin(Exco Negeri),Ryandy Teckin(KP Balingian),Abd Hajis Abdullah(KP Bkt Assek),Jayakasuma Rosli(SU Pemuda PBB Dalat),Anthony Basir,Abd Razak Salleh,Ahmad Kedri,Felix Pieng(AJK Pemuda Balingian) |
Laporan polis telah pun dibuat oleh Pemuda-Pemuda PBB jepak diketuai Pandi Suhaili selaku naib ketua pemuda PBB, diharap MCMC membuat siasatan secepat mungkin,dan tindakan dapat diambil terhadap Perosak yang kian hari membiuskan rakyat dengan fakta yang berbelit-belit
Jika anda masih menerima sms hasutan pembangkang yang mempermainkan isu sensitif. Jangan teragak-agak untuk membuat laporan polis,ini soal keselamatan negeri,isu sebegini boleh menggugat kesejahteraan masyarakat dalam bersosial yang bebas mengamalkan agama masing-masing, jangan termakan dengan mainan bodoh mereka.
pakatan rakyat telah menampakkan rupa sebenar mereka dengan menyebar,menghasut dan bermain isu-isu yang sangat sensitif bagi kita penduduk sarawak,ini adalah satu taktik yang paling jijik pernah RB lihat dalam pilihanraya kali ini,apakah pembangkang sudah tidak ada isu lain yang hendak dimain kan?. Adakah PAS yang bersekongkol dengan parti-parti liberal tersebut tidak dilihat sebagai Anti-Christ?malah banyak percanggahan yang terdapat diantara mereka, Kasihan,Rb hanya mampu berdoa supaya rakyat dapat dibukakan mata hati mereka,janganlah diikut cara Pembangkang menilai sesuatu benda,jangan jadi orang yang tidak tahu bersyukur, jika keadaan ini berterusan,sarawak akan berlaku huru-hara yang tidak terjangkau kesan buruknya.