Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile
Showing posts with label Pas. Show all posts
Showing posts with label Pas. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Pasca PRN: Sejenak "Jamuan Terima Kasih" dari Saiee Driss

(untuk renungan YB dan para pemimpin parti)


Sekadar Gambar Hiasan




malam ini
diadakan majlis jamuan
terima kasih kepada semua
setelah tamat pilihanraya


inilah penghargaan
kepada yang telah bertungkus lumus
mernyibukkan diri
termasuk berkempen di kedai kopi
bijak mencari kesalahan sana sini
siang malam tak keruan
walau sekadar berlari sibuk sendiri
kerja entah apa atau
tak kerja apa-apa
tetap menuntut kupon makanan

Monday, April 18, 2011

Chauvinis DAP

Masih tidak faham mengapa masih ada kaum bumi suka diperbodoh dan ditunggang seenak-enaknya oleh DAP parti chauvinis cina.

Kenapa Parti Islam Semalaya rela menghulur punggungnya untuk diperkudakan oleh DAP bagi memenangi kuasa politik. Bermimpi ke sarawak, hakikatnya mereka masih di Kelantan. Cuma mampu membisu bila dijerkah Karpal Singh. Ya, anda tahu isu apa.

Adakah mereka hanya mengangguk-ngangguk bertepuk tangan di dalam ceramah DAP walhal tidak tahu jika penceramah berbahasa cina menceritakan tentang ketuanan cina dan keinginan untuk menghapus hak keistimewaan Bumiputra.

Orang luar DAP(kecuali kuda) jelas melihat empayar DAP sebagai satu parti yang diwarisi turun temurun, cengkaman kuku besi di dalam DAP jelas dilihat dalam pemilihan calon. 

Wednesday, April 13, 2011

Masa Untuk Berubah! Ubah!


Disebalik tuduhan Pakatan Rakyat mengatakan kerajaan BN merampas tanah rakyat Sarawak, sebenarnya mereka memiliki agenda tersendiri untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak.
PAS berlagak ingin jadi penaung dan penyelia urusan tanah rakyat Sarawak, seolah-oleh rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa tentang urusan tanah NCR.
Melalui Lujnah Tanah, PAS bersekongkol dengan PKR untuk menjadi tuan kepada rakyat Sarawak. Kononnya mereka lebih arif tentang urusan tanah.
Apakah rakyat Sarawak ingin melantik Orang luar untuk menjaga tanah mereka?
            -  MelanauBlogger




Paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih,depan rakyat jerit tukar,dalam hati bisik sabar.pakatan pakatan yang melekit-lekit air kahak nya bertaburan diseluruh tanah sarawak ini sangat sinonim dengan dengan manifesto-manifesto kelentong mereka yang dikepalai oleh raja drama terbaik yang masih gagah melangkah dengan tubuh yang tegap dan 'langsing' itu. Hebatnya mereka ini datang berbondong-bondong ke tanah sarawak sepertilah tanah semenanjung itu sudah hendak tenggelam akibat perbuatan mereka sendiri. Anwar Ibrahim yang dijoloki dengan anugerah tuhan dan papa hebat ini bersama dengan bala tentera nya yang datang dari setiap komponen yang tidak pernah ada persefahaman ini memecah pekak keharmonian negeri Sarawak.

Mereka datang ke sarawak untuk mengajar penduduk-penduduk pribumi tentang tanah,tentang kemajuan,tentang pentadbiran kerajaan. Nama-nama negeri seperti Selangor,Kelantan senantiasa menitir dibibir puak-puak pakatan yang  gemar menggunakan nama rakyat untuk mencabar undang-undang perlembagaan. Tidaklah sukar untuk kita mengenali kelompok chauvinist ultra-kiasu dan kelompok sarban yang sewenangnya mengkafirkan kelompok lain namun tidak pula jatuh fatwa tersebut kepada seorang Raja Drama yang banyak mempersendakan Islam. 

Perlukah diceritakan lagi tentang apa yang berlaku di Tanah Semenanjung emas?. Mereka kini datang ke sarawak untuk menjadi Kerajaan Rakyat(baca: orang tengah@broker) yang sememangnya pakar bila berhadapan dengan bab tanah. Malah lebih tahu 'Kejahatan Pehin Sri Taib Mahmud' lebih dari orang pribumi sendiri. Kini khabar-khabar kencang bergerak di serata negeri yang kini tahu "kejahatan Pehin Sri merampas tanah adat dan mempunyai hampir 50% bangunan-bangunan di kuching, ini 'didedahkan' sendiri oleh Pakatan Pembangkang(read: Bukan Rakyat) yang baru beberapa hari bertapak di sini. agak bosan spin artikel sendiri dengan nada sarkastik yang tidak seberapa.persoalan sebenarnya, Siapakah yang lebih berhak mentadbir dan menjaga tanah sendiri?fikir-fikirkanlah.


Oh,berita baik kepada peminat dan pemain futsal, selepas pilihanraya ini, akan diadakan lebih banyak Futsal Tournament di kawasan anda(jika anda mengundi pakatan pembangkang),kerana futsal kini telah menjadi aktiviti rasmi Parti Keadilan Rakyat,dikatakan satu acara futsal telah 'dimasukkan' sekali dalam perhimpunan ceramah. Walaupun nampak tidak kena pada tempatnya. Namun Acara ini telah mendapat tempat dalam Manifesto-manifesto pilihanraya kali ini, ini lah yang dikatakan PEMBAHARUAN.Aneh nya, Penduduk TUPONG yang datang untuk bertanding ataupun melihat tidak tahu tentang ceramah yang diadakan.

oh,

Mereka juga menjanjikan wifi percuma seluruh bandar dan sub-bandar( Sudah 30 tahun rakyat sarawak menunggu Wi-Fi percuma)

dan lagi...

Naik gaji guru RM500(guru-guru di penang dan selangor sudah boleh tukar kereta,paling cikai pun estima,boleh tanya penyokong PKR/PAS untuk kesahihan)

Hapuskan Konsesi TOL(yang membebankan penduduk kuching dengan bayaran 1.50rm,sepatutnya KWSP kita harus dipotong untuk bayar TOL2 ini, ini salah TAIB MAHMUD!)

Batalkan FELDA PLANTATION(sebuah entiti yang tidak berguna,yang tidak membantu pendapatan peneroka felda dan orang-orang melayu)

Kembalikan Wibawa PDRM-SPR-SPRM-MAKHAMAH(kerana menghina "Anwar Kangaroo",dan juga cara terbaik untuk memusnahkan kan institusi perlembagaan yang tidak disenangi oleh _______(isi tempat kosong) )

Selesaikan Krisis Kebanjiran PATI dan Kerakyatan Sabah( perancangan telah dibuat untuk menghantar PATI ini ke bulan menggunakan roket,win-win situation  )

Kembalikan Hak Air Rakyat(Selangor kini menjadi negeri contoh yang memberi air percuma,walaupun tanpa persetujuan SYABAS! diucapkan)

Kembalikan Hak SUBSIDI Rakyat - Subsidi Petrol Dikembalikan(yang patut dibuat sejak lama lagi,paling paling pun tahun 90-an sepatutnya sudah dapat dah hak subsidi penuh,kalau tak boleh pun pinjam la IMF,ini salah TUN MAHATHIR yang sesuka hati bagi jawatan menteri kewangan pada salah orang)

Mansuhkan ISA(yang mendera tahanan dengan memberi makan telur rebus sahaja,mangsa penganiayaan dan penghinaan terhadap Teresa Kok yang hampir mati akibat makan telur rebus kerana menghidap penghinaan sawan anjing)


Oh ada satu lagi,ini tiada dalam manifesto,namun RB akan pecahkan rahsia ini khas untuk kaum lelaki. Jika ada orang lelaki yang sudah berkahwin atau bujang,hendak berkahwin lagi sama ada di malaysia ataupun siam  bolehlah hubungi Calon N8 Satok yang kini hangat dengan "Fitnah" yang dilemparkan oleh media sosial.adakah character assasination ini sekadar fitnah yang dilakukan oleh BN ataupun realiti seorang peguam syari'e yang menjadi imam solat tarawih dan khatib sembahyang raya(info ini diperoleh dari biodata yang ditulis beliau,angkat bakul?). Malangnya,risikan yng Rb jalankan mendapati bahawa berita ini adalah 100% benar(kasihan perempuan itu),walaupun di dalam Astro Awani beliau telah menafikan nya. Malang sungguh nasib beliau ini, Kerana karier politik nya telah dicemari dengan kehadiran seorang gadis muda di dalam gambar yang bersuasanakan majlis pernikahan,Rb menunggu sebelum pilihanraya ini nanti akan ada pengakuan esklusif dari perempuan yang menjadi mangsa talak ini?buang tanda soaljangan percaya tanda soalan tersebut. Rb menantikan update seterusnya.pendedahan yang tidak diwar-warkan dalam MANIFESTO PAKATAN RAKYAT.UBAHahahaha!

klik untuk gambar besar


Monday, April 4, 2011

Itukah PAS?



Kembali ke pangkal jalan




PASIR PUTEH - Bekas penyokong Pas yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO di Kampung Gong Tinggi, di sini, menyesali perbuatan akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas yang mendakwa tidak sah sembahyang sekiranya mengimamkan imam yang menyokong perjuangan UMNO.

Aziz Jusoh, 51, berkata, semenjak terpengaruh dan terlalu taksub dengan fahaman Pas dan tidak pernah menunaikan fardu Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sentiasa berulang-alik ke masjid yang jauh dari kampungnya.

”Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya.

“Saya akui pada masa lampau Pas memang memulau imam UMNO, berkahwin dengan imam UMNO pun tidak sah dan perlu dilakukan akad nikah semula,” katanya tampil membuat pengakuan pada majlis Selamat Tinggal Pas di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Menurutnya, malah sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk beliau sendiri.

Aziz berkata, pada fahaman beliau, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO.

Beliau berkata, menyedari tindakannya yang menyeleweng itu beliau bertaubat untuk tidak lagi menyokong Pas dan kembali ke pangkal jalan dengan mengisytiharkan diri menyertai UMNO secara rasmi untuk menyedarkan rakan-rakannya yang masih setia untuk tidak terlalu taksub dengan perjuangan parti itu.

Sementara itu, Dr Awang Adek ketika ditemui berkata, janji ‘syurga’ dan memperalatkan agama untuk kepentingan politik bukan hanya boleh meretakkan perpaduan sesama Islam tetapi memberi kesan yang negatif terhadap pengikutnya yang terlalu taksub terhadap perjuangan Pas.

Beliau berkata, hasil kesedaran sebilangan besar pemimpin dan penyokong kuat parti itu untuk bersama UMNO menyuntik semangat baru untuk bawa lebih ramai akar umbi Pas menyertai UMNO.


RB:harap lepas ni jangan ada yang kata RB fitnah pulak,saksi dah ada tu.tepuk dada tanya iman.

Sunday, April 3, 2011

Mat Sabu Biadap Hina Arwah Tun Ghafar Baba



Takmau cakap banyak hangpa tengok la sendiri video dibawah ni, betapa kurang ajarnya Mat Sabu menghina Arwah negarawan negara, Tun Ghafar Baba.

Lu sapa Mat Sabu? Apa sumbangan lu nak hina arwah Tun Ghafar?

Lu bernafas bunyi macamana pulak mat sabu?

bunyi macam ni?
nor mah nor mah nor mah ? betui kot macam tu?




sumber : Anak Seberang

Friday, April 1, 2011

ISLAM KAH PAS?(Sembahyang 2 imam di Kampung Hulu,Sebuyau)

Inikah yang berlaku di Sebuyau kini?

Setelah menerima lampu hijau untuk bertanding di 5 kerusi DUN, iaitu di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu, PAS telah menggiatkan aktiviti kempennya walaupun penamaan calon belum diadakan. Menjadi kelaziman PAS mahupun PKR dan DAP, dalam mana-mana pilihan raya merekalah yang paling dahulu memulakan kempen. Keadaan inilah yang berlaku di Sarawak ketika ini menjelang penamaan calon Pilihan Raya DUN Sarawak pada 6 April ini.


Mencetuskan peristiwa, PAS yang akan bertanding menentang BN-PBB di DUN Sebuyau telah mula menggerakkan jentera pilihan raya. Selain rakyat tempatan, ramai ahli PAS di Semenanjung juga telah datang berkampung di Sarawak bagi membantu calon PAS. Dalam kesibukan berkampung, amalan PAS di mana-mana tempat menjadi perhatian penduduk tempatan khususnya dalam menunaikan solat di surau.


Pada ketika penduduk tempatan menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau Kampung Hulu, Sebuyau, sekumpulan ahli-ahli PAS yang bersemangat untuk berkempen lebih rela menunggu di belakang jemaah tempatan yang sedang khusyuk berjemaah Isyak. Ketika menunggu dan mundar mandir di bahagian belakang jemaah, mereka ini (ahli-ahli PAS) membuat bising dan bercakap seperti tiada orang di sekeliling mereka. Menjadi persoalan, apakah mereka ini tidak mempunyai adab dan budaya ketika jemaah lain sedang bersolat dan mereka ini pula yang alim kononnya sanggup membuat bising sehingga menganggu jemaah lain yang sedang bersolat?


Sebaik saja jemaah penduduk tempatan selesai bersolat dan bersalaman, mereka terus bergerak ke hadapan dan terus bersolat dalam kumpulan mereka. Perbuatan ini telah mengundang sejuta persoalan kepada penduduk tempatan, kenapakah mereka (ahli PAS) sanggup membuat perkara sebegitu?


Menurut penduduk, belum pernah dalam sejarah kampung perkara sebgini berlaku di kampung mereka. Perbuatan sebegini seolah-olah masyarakat Melayu berpecah belah disebabkan ideologi politik. Apakah disebabkan kebanyakan penduduk kampung yang berjemaah itu merupakan penyokong dan ahli-ahli BN, maka mereka ini tidak mahu solat berjemaah bersama-sama?


Andai perbuatan ini merupakan solat jamak bagi kumpulan PAS yang baru datang dari Semenanjung, tidak masuk akal kerana tingkahlaku dan kejadian itu berlaku setiap hari. Perbuatan itu sedikit sebanyak membuatkan penduduk tempatan apakah ajaran Islam yang dibawa PAS yang berselindung disebalik memperjuangkan Islam?


Bagi penduduk tempatan Sebuyau, perbuatan ini tidak sewajarnya wujud di Sarawak memandangkan mereka sebelum ini tidak pernah menghadapi perkara sedemikian. Kedatangan PAS di Sarawak bukan sahaja mahu mendapatkan kuasa politik, sebaliknya mahu memecahbelahkan penduduk Islam di Sarawak seperti mana yang mereka lakukan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.


Sumber : Wira Kenyalang





RB agak terkejut bila baca entri dari Wira Kenyalang,sebelum ini,RB sangkakan rakyat sarawak bijak menilai yang mana buruk yang mana baik,ternyata RB silap,ini bukan budaya kita,bukan pegangan kita yang mengaku  umat islam yang berpegang pada Mazhab Syafie'e. Ini sangat berbeza malah bertentangan dengan apa yang kita konon pegang dan akui. pernahkah keempat-empat Imam ASWJ yang kita kenal ini melakukan sembahyang 2 imam?.


fanatisme,inilah yang RB lihat dalam kelompok pas,dan fanatisme inilah yang menyebabkan ISLAM diburuk-burukkan oleh orang kafir.apakah bersikap ta'asub dalam parti PAS akan menjamin penghantaran kita ke syurga?apakah pembaharuan dan pembangunan dapat diselesaikan dengan bersembahyang 2 imam,RB kira perkara ini adalah absurd dan tidak seharusnya terjadi pada kita.sesungguhnya perbezaan yang besar terdapat pada ulamak-ulamak masa dahulu,namun pernahkah saudara dengar cerita bahawasanya mereka pernah bergaduh,mencela sesama sendiri?walhal mereka punya pengikut yang ramai pada setiap mereka,sehingga terjadi ta'asub pada pengikut mereka.


namun pernah kah kalian dengar imam-imam yang punya percanggahan pendapat melakukan sembahyang berlainan imam di suatu masa di masjid yang sama?RB sedih melihat kelakuan umat islam hari ini,RB sendiri bukanlah seorang manusia yang sempurna,namun RB punya akal dan mampu menilai tentang perkara yang terjadi.saudara-saudara sesama marhaenku,bukalah mata dan lihatlah,bukan ini diajar kepada kita,sedari kecil  malah silibus di sekolah pun tidak menganjurkan sembahyang 2 imam,hanya kerana ta'asub dan kebencian terhadap kerajaan,mereka sanggup membawa percanggahan politik hingga ke rumah Allah.


 Dari kisah imam besar kita al-Syafi‘e rahimahullah yang mengimami solat subuh di masjid berhampiran kubur Abu Hanifah. Beliau solat tanpa membaca doa qunut dan apabila ditanya oleh seseorang sehabis solat, beliau menjawab: "Adakah aku ingin melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diajar oleh Abu Hanifah padahal aku berada berhampirannya". (Hujjatullah al-Balighah 335)


Berkata Abdur Rahman bin Yazid: Kami bersama Abdullah bin Mas'ud. Ketika kami masuk ke masjid Mina dan amirul mu'minin sedang menjadi imam pada ketika itu, lalu Ibnu Mas'ud pun bertanya: "Berapa rakaatkah amirul mu'minin solat?" mereka menjawab: Empat rakaat. Lalu Ibnu Mas'ud melakukan solat empat rakaat. Setelah selesai solat kami bertanya kepada Ibnu Mas'ud: "Tidakkah kamu telah memberitahu kami bahawa Rasulullah dan Abu Bakar telah melakukan solat dua rakaat?" Beliau menjawab: "Ya, bahkan sekarang juga aku mengatakan demikian, akan tetapi Uthman menjadi imam dan aku tidak mahu menyanggahinya". (as-Sunan al-Kubra 3/144).


Walaupun  Imam Abu Hanifah telah wafat,Imam Syafi'e masih sangat menghormati Imam Abu Hanifah.satu kisah yang harus dijadikan teladan. Maka apakah kita yang masih sihat dan belum lagu nyanyuk sudah hendak berkelahi hanya kerana fahaman Politik yang diperkenalkan dari barat?belum lagi kita beri kuasa kepada mereka,telah mereka heret sekali kerosakan yang dibawa dari tanah malaya.


Perhatikanlah kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi : "Para pendakwah dan pengamal Islam mestilah menjadikan matlamat mereka kepada kesatuan, keserasian, mengumpulkan hati-hati mereka dan merapatkan barisan mereka. Mereka mesti menjauhkan diri dari perbezaan dan perpecahan serta semua perkara yang memecah-belahkan jamaah dan merosakkan kesatuan yang terdiri dari permusuhan yang zahir mahupun kebencian yang batin. Juga semua perkara yang membawa kepada kerosakan hubungan sesama sendiri yang hanya akan melemahkan umat. Tiada yang setanding dengan agama Islam dalam mengajak kepada persaudaraan. Persaudaraan ini nampak jelas dengan kesatuan, keserasian dan saling tolong-menolong. Agama Islam juga unggul dalam melarang daripada perpecahan, perselisihan dan permusuhan. Semuanya termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah" (as-Sahwah al-Islamiyyah 27)


sayangnya, hari ini tiada yang saya lihat di dalam PAS menganjur perpaduan dan mengutamakan sikap persaudaraan(ukhuwwah),malah pecah belah sendiri terjadi di dalam parti tersebut,mungkin ini adalah normal bagi mana-mana parti politik.tapi mereka ini yang mengaku Parti ISLAM tidak membawa imej sebenar tentang Islam.sedarlah dari ketaksuban yang hanya membawa kehancuran umat Islam.




Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu." (al-Hujurat 10)


untuk mendapat kebenaran,percanggahan dan perbezaan adalah sesuatu yang tidak dapat dihindari,maka hendaklah kita dan RB sedar dan ingat,perpaduan dan persaudaraan itu lebih diutamakan dari perpecahan,apalagi kerana fahaman politik yang berbeza, adakah PAS itu sebenar-benar ISLAM?tepuk dada tanya iman. Namun di hati RB masih berharap bahawa berita ini palsu dan tidak benar.semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua.

Sunday, February 27, 2011

PILIHANRAYA - BELI UNDI BUKAN RASUAH - PAS

PAS KATA BELI UNDI DIBENARKAN.
HINA NYA ISLAM APABILA DI-POLITIK-KAN OLEH NIK AZIZ@PAS

Sesungguhnya memberi sumbangan kepada mualaf yang baru memeluk agama Islam itu mulia namun, Islam jadi hina apabila ianya diPOLITIKkan !
Lihat apabila Nik Aziz dan PAS GUNAKAN Islam untuk berkempen di N.45 Galas, Gua Musang, Kelantan baru-baru ini
Gulingkan Nik Aziz dalam PRU13 sepertimana tergulingnya Mubarak di Mesir !!!

GHAZWATUL FIKRI.
www.ferizomar.blogspot.
com

HANYA ULAMA INI YANG KATA BELI UNDI BUKAN RASUAH

Nik Aziz" Undilah PAS, kita bagi duit"
Budak tu jawab" Ini dah rasuah,tapi bagi duit saya ambil, Dosa Tok Guru tanggung"

Nik Aziz" Ini duit awak 300.Undi PAS tau..halal ni"
Baju Biru" Tok Guru bagi saya ambil, terima kasih"
Dalam hati" undi belum tentu lagi

Nik Aziz" Ini awak punya juga 300, jangan tak undi tau"'
Baju Hitam" Terima kasih"
Dalam hati saya tak mendaftar lagipun.

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans