Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile
Showing posts with label Ahmad Nazib. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Nazib. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Gosip Terhangat Melanda Di Pasaran Satok!



Siapa dia?orang yang tiba-tiba naik populariti kerana seorang perempuan yang kedua dalam hidupnya.
Ahmad Nazib bin Johari telah di kaitkan dengan khabar angin yang bergerak kencang minggu lalu, sengaja saya membiarkan  isu itu untuk berlalu sebentar, untuk menunggu Ahmad Nazib sendiri menafikan nya. Ini kerana, saya sendiri punya maklumat yang sahih dan boleh dipercayai. 



Apakah kini nasib seorang bayi yang dijaga sendiri oleh  Ibunya, Kemanakah bapanya?adakah telah hilang dilautan?sesat dalam hutan?atau sedang bekerja sebagai buruh kasar membina landasan rel keretapi?atau mungkin juga sedang bertungkus lumus dan berusaha sepenuh gaya berkempen di sana-sini untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat yang mewakili bendera PKR.

Ahmad Nazib telah pun menafikan khabar angin ini di dalam Astro Awani, malangnya Kami rakyat satok bukanlah Astro Awani, bukan sedikit orang yang mengetahui khabar angin tersebut. Tapi saya tertanya-tanya juga adakah Isteri Pertama Nazib mengetahui pernikahan luar biasa ini?saya mendapati ada kekeliruan tentang misi kahwin 2 ini,namun setelah diselidik, amat sukar untuk dipercayai bahawa seorang peguam Syari'e,telah berjaya membuat sesuatu yang tidak berlandaskan syariat itu sendiri,malah lebih teruk?oh pastinya ramai pembaca yang mengetahui. Tidak perlu diceritakan di sini,namun Ahmad Nazib sekarang boleh senang lenang menafikan nya, kerana Ibu muda itu telah pun selamat dijandakan oleh Ahmad Nazib. 

patutlah beliau berani untuk menafikan nya,kahwin dekat thailand. tak ada sijil sah,dan ibu muda tersebut diceraikan ketika proses mendaftar kelahiran anak nya. Apakah itu sesuatu yang boleh dipercayai?tidak masuk akal bukan?seorang calon wakil rakyat yang akan bertanding,yang mempunyai misi  juang untuk memasang Wi-Fi percuma di seluruh bandar dan sub-bandar telah GAGAL dalam urusan rumah tangga nya sendiri?adakah logik seorang pemimpin tidak dapat memimpin keluarganya sendiri,jika dilihat ingin memimpin rakyat.

Bapa kepada anak 5 dari isteri Tua ini mempunyai latar belakang yang boleh dipercayai,baik dari sudut akedemi mahupun dari segi agama,beliau telah menyatakan di dalam website beliau bahawa beliau pernah menjadi imam terawih di bulan ramadhan dan khatib bagi sembahyang sunat hari raya,suatu jaminan untuk rakyat!Peguam Syari'e yang berkahwin dithailand ini mempunyai firma guaman nya sendiri. 







Dalam entri yang lepas-lepas  Rb telah pun menyiarkan iklan tanpa bayaran ini khas untuk kaum lelaki. Rasanya tanpa entri ini pun, Imej yang cuba dibina telahpun runtuh berkecaian,angin sangat kuat sehingga poster2 calon ini pun hilang entah dibawa angin kemana hahaha. Kasihan Nazib, jika dulu beliau lantang hendak berdebat dan mencabar orang-orang politik yang pasti lebih berpengalaman darinya. kini beliau telah mendapat pengalaman berharga di jalan politik, pembunuhan karekter ini biarlah masa menentukan. Yang pasti si kecil itu telah menjadi mangsa politik hanya ketika masih bayi. Entah apakah yang akan anak itu lalui 10 tahun dari sekarang?bagaimana akan dia membesar tanpa didikan dan bimbingan dari seorang ayah? Rb tidak sanggup membayangkan nasib anak kecil,sedang lena dalam buaian,surat cerai di dalam tangan,apalah nasib ibu nan malang,terbuang jauh di permatang.


artikel ini tidak bertujuan untuk menyebarkan fitnah,artikel ini mempersoalkan hak asasi manusia yang diperjuangkan,artikel ini mempersoalkan undang-undang yang tidak dilaksanakan,artikel ini juga mempersoalkan kewibawaan seseorang yang tidak mempunyai kredibiliti yang meyakinkan untuk menjadi pemimpin.timbang-timbangkanlah..(kata alehkayong)



Idola Ahmad Nazib(kawen lari lg tuuu)

Wednesday, April 13, 2011

Masa Untuk Berubah! Ubah!


Disebalik tuduhan Pakatan Rakyat mengatakan kerajaan BN merampas tanah rakyat Sarawak, sebenarnya mereka memiliki agenda tersendiri untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak.
PAS berlagak ingin jadi penaung dan penyelia urusan tanah rakyat Sarawak, seolah-oleh rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa tentang urusan tanah NCR.
Melalui Lujnah Tanah, PAS bersekongkol dengan PKR untuk menjadi tuan kepada rakyat Sarawak. Kononnya mereka lebih arif tentang urusan tanah.
Apakah rakyat Sarawak ingin melantik Orang luar untuk menjaga tanah mereka?
            -  MelanauBlogger




Paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih,depan rakyat jerit tukar,dalam hati bisik sabar.pakatan pakatan yang melekit-lekit air kahak nya bertaburan diseluruh tanah sarawak ini sangat sinonim dengan dengan manifesto-manifesto kelentong mereka yang dikepalai oleh raja drama terbaik yang masih gagah melangkah dengan tubuh yang tegap dan 'langsing' itu. Hebatnya mereka ini datang berbondong-bondong ke tanah sarawak sepertilah tanah semenanjung itu sudah hendak tenggelam akibat perbuatan mereka sendiri. Anwar Ibrahim yang dijoloki dengan anugerah tuhan dan papa hebat ini bersama dengan bala tentera nya yang datang dari setiap komponen yang tidak pernah ada persefahaman ini memecah pekak keharmonian negeri Sarawak.

Mereka datang ke sarawak untuk mengajar penduduk-penduduk pribumi tentang tanah,tentang kemajuan,tentang pentadbiran kerajaan. Nama-nama negeri seperti Selangor,Kelantan senantiasa menitir dibibir puak-puak pakatan yang  gemar menggunakan nama rakyat untuk mencabar undang-undang perlembagaan. Tidaklah sukar untuk kita mengenali kelompok chauvinist ultra-kiasu dan kelompok sarban yang sewenangnya mengkafirkan kelompok lain namun tidak pula jatuh fatwa tersebut kepada seorang Raja Drama yang banyak mempersendakan Islam. 

Perlukah diceritakan lagi tentang apa yang berlaku di Tanah Semenanjung emas?. Mereka kini datang ke sarawak untuk menjadi Kerajaan Rakyat(baca: orang tengah@broker) yang sememangnya pakar bila berhadapan dengan bab tanah. Malah lebih tahu 'Kejahatan Pehin Sri Taib Mahmud' lebih dari orang pribumi sendiri. Kini khabar-khabar kencang bergerak di serata negeri yang kini tahu "kejahatan Pehin Sri merampas tanah adat dan mempunyai hampir 50% bangunan-bangunan di kuching, ini 'didedahkan' sendiri oleh Pakatan Pembangkang(read: Bukan Rakyat) yang baru beberapa hari bertapak di sini. agak bosan spin artikel sendiri dengan nada sarkastik yang tidak seberapa.persoalan sebenarnya, Siapakah yang lebih berhak mentadbir dan menjaga tanah sendiri?fikir-fikirkanlah.


Oh,berita baik kepada peminat dan pemain futsal, selepas pilihanraya ini, akan diadakan lebih banyak Futsal Tournament di kawasan anda(jika anda mengundi pakatan pembangkang),kerana futsal kini telah menjadi aktiviti rasmi Parti Keadilan Rakyat,dikatakan satu acara futsal telah 'dimasukkan' sekali dalam perhimpunan ceramah. Walaupun nampak tidak kena pada tempatnya. Namun Acara ini telah mendapat tempat dalam Manifesto-manifesto pilihanraya kali ini, ini lah yang dikatakan PEMBAHARUAN.Aneh nya, Penduduk TUPONG yang datang untuk bertanding ataupun melihat tidak tahu tentang ceramah yang diadakan.

oh,

Mereka juga menjanjikan wifi percuma seluruh bandar dan sub-bandar( Sudah 30 tahun rakyat sarawak menunggu Wi-Fi percuma)

dan lagi...

Naik gaji guru RM500(guru-guru di penang dan selangor sudah boleh tukar kereta,paling cikai pun estima,boleh tanya penyokong PKR/PAS untuk kesahihan)

Hapuskan Konsesi TOL(yang membebankan penduduk kuching dengan bayaran 1.50rm,sepatutnya KWSP kita harus dipotong untuk bayar TOL2 ini, ini salah TAIB MAHMUD!)

Batalkan FELDA PLANTATION(sebuah entiti yang tidak berguna,yang tidak membantu pendapatan peneroka felda dan orang-orang melayu)

Kembalikan Wibawa PDRM-SPR-SPRM-MAKHAMAH(kerana menghina "Anwar Kangaroo",dan juga cara terbaik untuk memusnahkan kan institusi perlembagaan yang tidak disenangi oleh _______(isi tempat kosong) )

Selesaikan Krisis Kebanjiran PATI dan Kerakyatan Sabah( perancangan telah dibuat untuk menghantar PATI ini ke bulan menggunakan roket,win-win situation  )

Kembalikan Hak Air Rakyat(Selangor kini menjadi negeri contoh yang memberi air percuma,walaupun tanpa persetujuan SYABAS! diucapkan)

Kembalikan Hak SUBSIDI Rakyat - Subsidi Petrol Dikembalikan(yang patut dibuat sejak lama lagi,paling paling pun tahun 90-an sepatutnya sudah dapat dah hak subsidi penuh,kalau tak boleh pun pinjam la IMF,ini salah TUN MAHATHIR yang sesuka hati bagi jawatan menteri kewangan pada salah orang)

Mansuhkan ISA(yang mendera tahanan dengan memberi makan telur rebus sahaja,mangsa penganiayaan dan penghinaan terhadap Teresa Kok yang hampir mati akibat makan telur rebus kerana menghidap penghinaan sawan anjing)


Oh ada satu lagi,ini tiada dalam manifesto,namun RB akan pecahkan rahsia ini khas untuk kaum lelaki. Jika ada orang lelaki yang sudah berkahwin atau bujang,hendak berkahwin lagi sama ada di malaysia ataupun siam  bolehlah hubungi Calon N8 Satok yang kini hangat dengan "Fitnah" yang dilemparkan oleh media sosial.adakah character assasination ini sekadar fitnah yang dilakukan oleh BN ataupun realiti seorang peguam syari'e yang menjadi imam solat tarawih dan khatib sembahyang raya(info ini diperoleh dari biodata yang ditulis beliau,angkat bakul?). Malangnya,risikan yng Rb jalankan mendapati bahawa berita ini adalah 100% benar(kasihan perempuan itu),walaupun di dalam Astro Awani beliau telah menafikan nya. Malang sungguh nasib beliau ini, Kerana karier politik nya telah dicemari dengan kehadiran seorang gadis muda di dalam gambar yang bersuasanakan majlis pernikahan,Rb menunggu sebelum pilihanraya ini nanti akan ada pengakuan esklusif dari perempuan yang menjadi mangsa talak ini?buang tanda soaljangan percaya tanda soalan tersebut. Rb menantikan update seterusnya.pendedahan yang tidak diwar-warkan dalam MANIFESTO PAKATAN RAKYAT.UBAHahahaha!

klik untuk gambar besar


Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans