Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile
Showing posts with label PRS. Show all posts
Showing posts with label PRS. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

12 Menteri Muda Angkat Sumpah


KUCHING, 3 MEI (Bernama) — Sebanyak 12 Menteri Muda, yang mengekalkan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri 16 April, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri muda dalam Kabinet baru negeri.
Enam daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan masing-masing dua daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Mereka ialah:

Wednesday, April 6, 2011

Gambar Sekitar Pencalonan N.04 Pantai Damai

8.30 Pagi,tak nampak bendera lambang dancing,hanya beberapa penyokong pkr di tepi jalan.

Sampai-sampai di pagar sekolah MRSM baru nampak kumpulan penyokong BN,sempat mendengar  nasihat Calon kepada penyokong untuk tidak membalas apa apa provokasi negatif dari pihak lawan,di akhiri dengan doa.




Berarak menuju ke pusat penamaan calon di IKM,dah macam 'lautan biru',sampai hujung gambar pun bendera BN tak putus-putus,terserlah semangat penyokong2 yang berarak sambil menyanyikan lagu parajurit tanah air.

Setengah jam kemudian ketibaan calon PKR ditemani Wan Azizah selaku ketua umum parti.tidak lupa penyokong2 yang hanya senyap menyeberang 'lautan biru'.ketibaan mereka disambut dengan kibaran serentak bendera-bendera BN dan PBB,meremang bulu roma,walaupun tak beratus ribu yang datang,semangat mereka lebih dari itu.

Tiada bantahan yang dibuat,setelah lama menanti,nama-nama calon pun diumumkan, haa sekarang dah mula dahh.




Itu dia!Penyokong-penyokong pkr berjumlah 30 orang bersemangat bersorak dengan kuat bila nama calon mereka disebut, namun kata-kata semangat untuk mereka sendiri tidak lama kemudian bertukar menjadi kata-kata provokatif dan cacian yang ditujukan kepada BN, lebih menjadi-jadi bila lensa kamera dihadapkan pada mereka,masa datang tadi senyap pulak?orang dah balik baru buat bising, suka sangat main belakang.

Nampak tak beza parti BN dan parti kedendaman?penyokong BN yang melebihi 1000 orang memang cool. Tidak membalas apa apa provokasi, masih berpegang pada nasihat Calon mereka, berarak meninggalkan kumpulan penyokong PKR yang terpinga-pinga apabila provokasi mereka tidak mendapat layanan,kaaasihaaaann.


N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164



p/s: Nasib baik tak ada yang tanya pasal jam Omega..prfffftttttttt

Sunday, April 3, 2011

TERKINI: Senarai Penuh Calon PBB/BN Pilihan Raya Sarawak







SENARAI CALON PBB:


Datu Len Talif DUN Belawai



Dr Anuar DUN Nangka




Ripin DUN Lambir




Denis Nyau DUN Telang Usan,




Hedil Lariwoo DUN Sadongjaya




Adenan Satem DUN 




Abdul Rahman Junaidi DUN Pantai Damai




Hadzlan Hipni DUN Demak Laut




Datuk Daud Abdul Rahman DUN Tupong




Sharifah Hasidah DUN Samariang




Abg Johari Tun Open DUN Satok




Abdul Karim Rahman Hamzah DUN Asajaya




Mohd Ali Mahmud 
DUN Muara Tuang



Roland Sagah DUN Tarat




Michael Manyin DUN Tebedu




Martin Ben DUN Kedup




Aidel Latibu DUN Sadong Jaya




Naroden Majais DUN Simunjan




Julaihi Narawi DUN Sebuyau




Simoi Peri DUN Lingga




Razali Ghapur DUN Beting Maro





Ricky@Mohammad Razi Sitam DUN Saribas



Tan Sri Jabu DUN Layar




Robert lawson DUN Bukit Saban




Abdul Wahab Azzi DUN Kalaka



Abdullah Saidol DUN Semop




Murni Suhaili DUN Daro




Abu Seman DUN Jemoreng




Gramong Juna DUN Machan




Datin Hjh Fatimah DUN Dalat




Pehin Sri Taib DUN Balingian




Ambrose Blikau DUN Katibas




Talib Zulphilip DUN JEPAK




Stephen rundi DUN Kemena




Abdul Rahman Ismail DUN Bukit Kota




Awg Tengah Ali Hassan DUN Bukit Sari













10 muka baru calon BN yang bertanding?  



Demak Laut - Dr. Hazlan Hipni

Kedup - Martin Ben


Sadong Jaya - Aidil Lariwoo


Beting Maro - Razali Ghapur


Saribas - Razi Sitam


Belawai - Len Talib


Semop - Abdullah Saidol


Nangka - Dr. Annuar Rapaee


Lambir - Ripin Lamat


Telang Usan - Dennis Ngau







PBB akan bertanding di 35 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8). 
Namun Nama Calon Untuk Kerusi Bakelalan tidak diumumkan


sumber : MELANAUBLOGGER, SEBANAKUSARAWAK

Saturday, April 2, 2011

Borang Penamaan Calon Di Kidurong Laku

BINTULU – Kesemua enam set borang pencalonan bagi N59 Kidurong telah habis dibeli oleh pihak yang ingin turut serta bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya DUN ke-sepuluh 16 April ini, kata pengurus pilihan raya kawasan terbabit, Sirai Daha.

Kesemua borang tersebut, katanya, telah habis dibeli dua hari yang lalu sekaligus memberitahu tidak mengetahui samada pembeli tersebut mewakili parti pembangkang maupun bebas memandangkan pihak terlibat enggan mendedahkan siapa sebenarnya mereka.

Sirai, bagaimanapun, menyarankan mana- mana pihak yang tidak sempat berbuat demikian, boleh mendapatkan borang(pencalonan) di mana- mana Bilik Gerakan Pilihan Raya yang lain di seluruh negeri atau ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri di Kuching.

Beliau yang juga timbalan Residen(Pembangunan) Bintulu turut memberitahu proses penamaan calon dan penjumlahan undi bagi DUN Kidurong, masing- masing akan diadakan di Bilik Sindiket Wisma Bintulu dan SK Assyakirin di mana proses penjumlahan undi akan bermula jam 5 petang pada 16 April kelak.

Tambah beliau lagi, sejumlah 54 pasukan akan ditempatkan di kesemua 18 pusat pembuangan undi bagi memantau serta memastikan proses pembuangan undi pada 16 April ini berjalan lancar.

Dalam pada itu, kawasan N59 Kidurong berkemungkinan menyaksikan pertarungan lebih daripada enam penjuru di antara calon BN, parti pembangkang dan bebas berdasarkan jumlah borang penamaan yang telah dibeli sehingga kini.

Setakat ini, DAP telah mengesahkan penyandang DUN berkenaan untuk tempoh dua penggal lalu, Chiew Chiu Sing merupakan calon terbaik Pakatan Rakyat bagi DUN Kidurong untuk menentang bakal calon SUPP yang dikhabarkan bakal mengetengahkan pengerusi SUPP Cawangan Bintulu, Henry Ling Kuong Meng.

Kerusi DUN N59 Kidurong disandang oleh setiausaha DAP Negeri Sarawak, Chiew Chiu Sing yang memenangi majoriti 1,664 undi pada pilihan raya DUN ke-sembilan yang lalu setelah berjaya memperolehi undi sebanyak 8,517 selepas menewaskan calon BN dari SUPP, Paul Yong Khing Khee yang sekadar memperolehi undi sebanyak 6,853.

Sumber: SarawakUpdate

RB: lama dah rb rasa tak melawat kidurong,apa khabar agaknya,hangat-hangat,di jepak dah bertanding 5 penjuru,dan kidurong 6 penjuru?apa apapun RB harap pengerusi SUPP dapat memenangi DUN,inilah perubahan dan pembaharuan yang sebenar nya,diharap borang yang habis dijual dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya,penduduk di kidurong sudah sedar dan inilah yang patut mereka lakukan :),tolak DAP!

Saturday, March 26, 2011

MINI DOCUMENTARY: The truth behind Sarawak deforestation (by Kenyalang Report)

If you listen to the anti palm-oil lobby or the pro-rapeseed and pro-sunflower seed oil lobby, which are basically set up to promote their vegetable oil and rubbish the competition, you woudl think that Sarawak is now a wasteland.


These foreign propagandist would have the world believe that the Sarawak State Government had chopped down 90 per cent of the tropical rain forest in this lush Borneo state.




LIE: 90% of Sarawak forest have been chopped down




Foreign funded website and pressure groups like Sarawak Report pander to these foreign propaganda for the few dollars that foreign governments and lobbyists throw at them. They are so happy to receive foreign scraps that they are willing to sell their own state for it.


The fact is, the Sarawak Government began takign measures to control logging from the 1980s when they began carrying out studies and formulating plans how to ensure that the timber industry remains sustainable.


The Sarawak Government understands better than anyone else that the forest is valuable because the state is run by locals who lived with the forest and accept it as part of their lives.


In fact the state had called on the International Tropical Timber Organisation and the United Nations Food and Agriculture Organisation to audit their forest and give suggestions how to improve any possible weaknesses.


Sarawak Chief Minister, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud explains here why they take care of the state's most valuable resource.


He is proud that the state is a strong follow of the Rio Summit on sustainability.





courtesy of The Real Sarawak




FACT: 80% of Sarawak is still covered by Tropical Rain Forest




Here the Sarawak State Forestry Department Director, Datuk Len Talif Salleh explains that the figure of 80 per cent forest cover is not something that the state government cooked up but based on the United Nations Food and Agriculture Organisation classification.




FACT: Sarawak is still in the top three band in terms of biodiversity






The hot and humid climate allows the forest to recover quickly and this means that biodiversity in Sarawak remains very good because the state practices good logging practices.


Of course there are cases of timber companies not following the rules but then again where in the world do you find a state where no rules or laws are broken.


Kenyalang Report

Thursday, March 24, 2011

SIAPA BOHONG? ANWAR? atau DATO TRIO? RAKYAT MAHU TAHU SEGERA

RAKYAT mahu tahu siapa sebenarnya berbohong, kalau Dato Trio berbohong heretkan mereka bertiga ke muka PENGADILAN, tidak kira apa kedudukan mereka. Kalau betul itu Anwar, rakyat mahu tindakan seadilnya juga diambil SEGERA. Dengan KUASA RAKYAT kita TOLAK Anwar dan DESAK beliau berundur dari politik tanahair. 

Ini soal moral pemimpin tidak kira ianya dari Barisan Nasional atau Pembangkang. Pemimpin tidak bermoral rakyat mesti TOLAK. 

Kita RAYU kepada kerajaan segerakan siasatan dan tubuh BADAN BEBAS untuk memuaskan hati semua dan menjawab semua tandatanya rakyat seluruhnya.

Berzina dengan pelacur Cina--soalnya Anwar atau siapa?

Wednesday, March 23, 2011



Shazryl Eskay- kawan Anwar yang dedahkan video seks ini!
ISU paling besar dan utama dalam kes yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim  dengan pasangannya pelacur Cina ini adalah,adakah Anwar terlibat?Adakah Anwar lelaki yang dimaksudkan didalam video selama 20 minit itu dalam berbagai-bagai aksi seks itu?Adakah itu Anwar yang bukan sahaja gemar meliwat tetapi juga bernafsu terhadap pelacur.Cakap banyak pun tidak guna,tidak guna mempersoalkan kredibilti sesiapa dan apa yang perlu kita semua tahu,adakah itu Anwar?

Tidak perlu kaitkan cerita seks Anwar melanggan pelacur ini dengan kerajaan.Tidak munsabah untuk diheretkan UMNO sebagai organisasi yang terlibat menyempurnakan agenda pendedahan salah laku seks terbaru yang dikatakan membabitkan Anwar ini kerna rakan baiknya Shazryl Eskay Abdullah telah mengesahkan bahawa ianya tidak ada kaitan dengan kerajaan,parti atau orang-orang tertentu tetapi atas kesedarannya yang telah diperbodohkan oleh Anwar sejak sekian lama.

Kita sedar ada yang mempersoalkan kredibiliti Shazryl Eskay Abdullah dan Rahim Thamby Chik.Malah kita percaya yang taksub kepada Anwar akan merekayasakan pendedahan ini dengan tawaran wang berjuta dan sebagainya.Sikap dan pendekatan pembangkang,kita sedia maklum.

Kita ketepikan dulu persoalan ini tentang siapa mereka.Fokusnya adalah mencari jawapan kepada pelakunya.Satu negara mahu mengetahui kebenaran,mendengar pengakuan ataupun mencari jawapan,adakah benar Anwar terlibat ataupun orang lain di dalam video itu seperti yang digambarkan oleh Johari Abdul,MP PKR dari Sungai Petani.

Kita juga tidak berminat untuk mengetahui yang Johari Abdul meminta RM1 juta ringgit untuk setiap MP KeADILan daripada Eskay sebagai tawaran untuk beliau dan kumpulannya meninggalkan parti itu tetapi yang paling penting video itu harus didedahkan kepada umum supaya rakyat boleh mengetahui,adakah Anwar berbohong atau Dato Trio ini yang berbohong ataupun Johari menyampaikan cerita bohong kepada Anwar?

Mengharapkan Anwar mengaku samalah seperti kita menunggu bulan jatuh ke riba.Sampai kiamat pun Anwar akan menafikan bahawa beliau yang terlibat dalam video itu.Sedangkan beliau sendiri belum tengok pun video tersebut telah menafikan bahawa perutnya tidak buncit seperti pemain dalam video seks dengan pelacur Cina itu.

Anwar jangan sesekali dibenarkan memanipulasikan isu terbaru ini untuk terus mengelirukan rakyat.Berteorilah dalam apa bentuk sekalipun,cercalah Rahim sebagai orang yang pernah terlibat dalam skandal seks dan nilailah Eskay bukan seorang kawan yang baik kepada Anwar walaupun mereka berdua berkawan sejak 1996 dan akhirnya menikam belakang, ini bukan persoalan pokok yang harus didebat ataupun dihujahkan. 

Kegilaan seksnya makin terdedah...
Paling penting dalam isu ini adalah kebenaran.Soal perangkap ataupun konspirasi,itu perkara kedua tetapi dengan membuktikan sekiranya benar pelaku itu adalah Anwar Ibrahim maka terbuktilah bahawa sesungguhnya Anwar ini manusia sampah dan pemimpin paling jijik yang sama sekali tidak harus diberikan tempat sebagai pemimpin utama negara malah segala namanya yang pernah terpahat di mana-mana harus ditanggalkan kerana beliau telah banyak merosakan Negara ini dengan sikap bermuka-mukanya.Kalau benarlan itu Anwar Ibrahim, terbuktilah Anwar ini manusia yang jenis telunjuk lurus kelingking berkait atauopun syaitan bertopengkan manusia.

Rakyat telah lama dikelirukan oleh Anwar.Negara menjadi huru hara hanya kerana Anwar Ibrahim.Semakin hari rakyat semakin terpedaya dan sekiranya sesiapa yang memiliki rakaman video lucah membabitkan Anwar dengan pelacur Cina ini ,ianya harus didedahkan kepada umum.Rakyat mahu tahu kebenarannya walaupun pemimpin pembangkang menolak untuk menontonnya.

Telah sampai waktunya situasi dalam Negara ini dipulihkan.kita sudah tidak tahan lagi dengan segala pengkhianatan dan krisis moral yang membabitkan Anwar Ibrahim ini.Beliau telah lama mendera perasaan rakyat untuk mempercayai segala cerita bohong dan watak-watak sedih keluarganya dan kalau benar Anwar tidak terlibat dalam soal moral ini.sewajarnyalah pihak-pihak yang menabur fitnah terhadapnya diambil tindakan.

Kita setuju untuk ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kesahihan video ini yang dianggotai oleh semua parti-parti pembangkang dan NGO kecuali daripada BN dan juga kerajaan.BN selama ini telah cukup diperlekehkan oleh Anwar dan balaci-balacinya tetapi penggambilan rakaman seks ini tidak dilaku dan didedahkan oleh UMNO tetapi oleh rakan baiknya sendiri iaitu Shazryl Eskay Abi Abdullah manakala Rahim Thamby Chik ataupun Shuib Lazim hanyalah orang perantaraan Eskay bagi Eskay memudahkan pendedahannya kepada umum.

Kita juga ingin mendengar apakah Anwar berani untuk menafikan segala rakaman itu?Adakah Anwar berani menafikan bahawa Eskay itu bukan rakan baiknya yang mengatur segala pertemuannya di luar negeri dan juga mengatur program-program sosialnya?Isunya sekarang ini,adakah pelaku seks dalam video itu Anwar?

Wednesday, March 23, 2011

DATUK T(rio?)



Difahamkan Datuk T yang menjadi dalang dalam pembikinan dan penayangan video lucah adalah orang terdekat dengan Anwar. Apakah motif dan maklamat Datuk T yang sebenarnya?

Menurut sumber, Datuk T yang dimaksudkan pernah terlibat untuk melarikan Raja Petra ke London. Ertinya ada berbagai konpirasi sedang bergolak dibelakang tabir video tersebut.

Jika benar Datuk T adalah orang kuat Anwar, mungkin isu video ini sekadar ‘urusan’ peribadi Anwar dan Datuk T. Atau satu konspirasi untuk mengalih tumpuan terhadap beberapa isu sedang direncanakan?

Video tersebut juga bersifat ugutan, seolah mengharap satu imbuhan…

Malang sekali isu ini dikaitkan dengan politik, menjadikan suasana menjelang pilihan raya Sarawak terpalit dengan perkara peribadi yang cukup kotor.

Samada Anwar atau Datuk T, mereka bukanlah rakyat biasa yang perlukan bantuan. sebaliknya mereka adalah individu kaya raya yang kemaruk untuk berkuasa.

Seperti kebiasaannya, Anwar mungkin berasa cukup beruntung, kerana dengan mudah menuduh perdana menteri dan kerajaan Barisan Nasional terlibat. Dan dengan mudah juga menunding jari ke arah pihak polis, seterusnya menghina badan perundangan Negara.

Apakah semua itu memang dirancang Anwar dan Datuk T, untuk meraih simpati rakyat Malaysia? Kerana memang sudah ada benih-benih simpati sedang tumbuh dari kisah video yang digemparkan Datuk T.

Biarlah waktu akan memberi jawapan....

RB: tak tau nak cakap apa,politik yang penuh nista,RB tidak terkejut dengan permainan ini,akai boleh di baca kata orang, ada benarnya tulisan YB ZUL,puak-puak ni boleh buat apa saja,demi kuasa :),tepuk dada,tanya iman

sumber : MelanauBlogger

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans