Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile
Showing posts with label SNAP. Show all posts
Showing posts with label SNAP. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Francis Siah: Publisiti Badut?atau Ugutan Petualang?(Terkini Laporan)

Kredit Kepada : MelanauBlogger, MukaPetang
Laporan Polis yang Telah Dibuat oleh Saudara Pandi Suhaili,Naib Ketua Pemuda PBB,(terbaru) 




Siapa dia ni Francis Siah ni?

Sebelum ini siapa anak-anak muda yang pernah dengar nama orang ini?nampaknya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau minggu lalu berjaya menarik perhatian(pemuda-pemuda PBB),RB tidak tahu jika ada ramai anak muda yang perasan ala-ala "Ikhwanul Muslimin" atau ekstrimis PAS atau tukang sorak PKR akan melonjak gembira dan bersiap sedia setelah mendengar kenyataan  akan membuat huru-hara di Sarawak dengan mengadakan demonstrasi pergerakan Timur Tengah?. Apakah kredibiliti yang beliau ada sehingga layak untuk mendesak Pehin Sri meletakkan jawatan dengan tempoh tertentu?

Wednesday, April 27, 2011

Pasca PRN: Sejenak "Jamuan Terima Kasih" dari Saiee Driss

(untuk renungan YB dan para pemimpin parti)


Sekadar Gambar Hiasan




malam ini
diadakan majlis jamuan
terima kasih kepada semua
setelah tamat pilihanraya


inilah penghargaan
kepada yang telah bertungkus lumus
mernyibukkan diri
termasuk berkempen di kedai kopi
bijak mencari kesalahan sana sini
siang malam tak keruan
walau sekadar berlari sibuk sendiri
kerja entah apa atau
tak kerja apa-apa
tetap menuntut kupon makanan

Tuesday, April 19, 2011

Lepak petang lepas pilihanraya

RUPANYA BN CUMA DAPAT UNDI SEBANYAK 56% jaa!! ini bermakna 44% Pengundi Sarawak Berpaling Tadah..
BN – 55 (372,379 undi)
PKR – 03 (117,100 undi)
DAP – 12 (134,847 undi)
PAS – 0 (9,719 undi)
SNAP – 0 (15,663 undi)
PCM – 0 (2,895 undi)
Bebas – 01 (20,064 undi)
bermakna undi BN = 372,379 undi Pakatan Rakyat +++ undi pembangkang yg lain = 300,288.
(372,379-300,288=72091) lebihan yg sokong BN adalah seramai 72 091 shj……

Rupa-rupanya pembangkang masih tak puas hati dengan kemenangan Barisan Nasional yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah. Saya tak pasti kenapa kiraan undi Bebas dan SNAP dimasukkan sekali dalam kiraan Pakatan Pembangkang. Tak apa beri mereka peluang untuk berhujah he he he...

Saturday, January 29, 2011

Apa nak jadi dengan SNAP?

“Mulanya mengatakan keluar dari Pakatan Rakyat, selepas itu menyertai UBF sebagai wadah perjuangan. Belum pun lama selepas itu, tiba-tiba menegaskan mereka tetap bersama Pakatan Rakyat”. itulah diantara kekeliruan dan pandangan pemerhati dari luar SNAP.

Meskipun presiden SNAP Edwin Dundang belum membuat apa-apa kenyataan, namun sikap berdiam diri Edwin Dundang mencetus persoalan lebih besar tentang hala tuju SNAP yang sebenarnya. Kenyataan Paul Kadang dan Anthony Liman yang saling bercanggah, bagai melemahkan keyakinan penyokong SNAP yang baru saja sembuh dari 'penyakit lama'. Lalu dimanakah kenyataan yang boleh mereka ambil kira?


Setelah seketika berhasil menarik serta menyatukan beberapa pemimpin dayak yang berpecah dalam PKR kerana berasa ‘kurang enak’ dengan perjuangan Baru Bian dan Anwar Ibrahim. Tindakan pemimpin SNAP menyokong UBF dan menghadiri pelancaran parti KITA di Kuala Lumpur membayangkan satu lagi yang tidak kena berkaitan hubungan SNAP dengan Pakatan Rakyat.

UBF dan parti KITA adalah dua pertubuhan politik yang tidak mendukung cita-cita Anwar Ibrahim ke Putrajaya. Apakah watak sebenar SNAP dalam sandiwara ini?

Program rebranding oleh SNAP sebenarnya mampu menggerunkan siapa saja, malah SNAP dilihat cukup dominan sebagai pembangkang dalam politik Sarawak. SNAP juga turut bertekad untuk mendominasi kerusi DUN Sarawak, sepertimana PERSB yang tidak berkompromi dengan pembahagian kerusi oleh Pakatan Rakyat yang didominasi PKR.

Apakah SNAP memiliki sumber kewangan yang kukuh untuk membiayai semua calon serta tuntutan logistik dalam pilihan raya Sarawak? Atau sedang mencari-cari ‘tuan pembiaya’ yang mengharap imbuhan jika mereka memenangi pilihan raya nanti.

Jika tidak, SNAP akan terpaksa mencari kambing hitam dengan mengatakan mereka telah disabotaj oleh ‘trojan horse’ yang dikirim Taib Mahmud. Kerana dunia politik dayak tidak boleh lari dari kambing hitam yang sama, Jauh sekali untuk menyalahkan diri tentang budaya berebut jawatan tertinggi dalam parti, yang telah berkali-kali mencetus perpecahan sesama sendiri.

Dari sisi lain, Apakah memang tidak ada, atau memang tidak mungkin wujud sebuah parti politik seperti PBB yang mampu menyatukan pelbagai kaum?

PBB memang tidak hebat, tidak sempurna serta tidak mulia, jauh sekali menjanjikan syurga. Tapi, disitulah Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau dan Orang Ulu, semuanya bersatu dalam keluarga besar parti PBB.

Saturday, January 22, 2011

Akibat angkuh dan pentingkan diri | PKR tersungkur di Sarawak

Kata pepatah cina “Jangan membazir air, walaupun berumah di tepi sungai”, kata-kata ini sesuai untuk Baru Bian yang selama ini rancak mempromosi diri sebagai bakal ketua menteri Sarawak. Sudah bersepah disana sini air liur Baru Bian mengatakan beliau adalah bakal ketua menteri Sarawak yang baru.
Siapa sangka semua itu cuma air liur basi yang akhirnya menyebabkan parti SNAP termuntah-muntah, hingga tidak sanggup lagi bersekedudukan dengan PKR dalam kelambu Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Penasihat PKR Sarawak Datuk Sri Daniel Tajim menggesa masyarakat dayak agar kembali bersama SNAP. Gesaan Daniel Tajim bukan sekadar seruan, meskipun mulanya dilihat seolah sandiwara politik. Sebaliknya semakin ramai penyokong yang meninggalkan PKR, kerana lebih yakin dengan komitmen dan proses re-branding oleh pemimpin SNAP.

Perjuangan Baru Bian untuk menjadi ketua menteri Sarawak menemui detik yang cukup sukar, sekalipun beliau meneriakkan cabaran paling angkuh ‘bring it on’ kepada seluruh parti komponen BN maupun SNAP.

Walaupun janji Baru Bian untuk rakyat Sarawak mengalahkan janji dewa dari kayangan, untuk mengembalikan hutan belantara, gunung-ganang, sungai, pokok serta babi hutan jika beliau jadi ketua menteri. Tapi keputusan pemimpin SNAP hari ini seolah menelanjangkan Baru Bian dan PKR dari segala harapan dan ‘kedewaan’ tersebut.

“Angkuh dan pentingkan diri” dua sikap utama kepimpinan Baru Bian yang menyebabkan parti SNAP bosan serta meluat, hingga akhirnya memutuskan hubungan intim dengan PKR. SNAP turut keluar dari Pakatan Rakyat untuk bersama UBF (United Borneo Front) pimpinan Datuk Jeffrey.

UBF adalah gerakan politik baru dari Borneo yang tidak mendukung cita-cita Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya, sebaliknya cuma untuk memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipertahan dengan adil dan saksama.

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans