Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Sunday, January 16, 2011

Najib pukul Baru Bian

Najib pukul Baru Bian lumat-lumat semalam. Walau pun fizikalnya tak cedera tapi otaknya dijangka bergegar teruk...membuatkannya bukan saja sakit kepala dan nausea tapi tak dapat tidur dan hilang selera makan. Matanya pula terbeliak dan mulutnya ternganga lebar. Kesiaaaaaaan Bian!




Najib membuat pukulan maut tersebut semasa lawatannya ke Belaga semalam. Sebelum ini Baru Bian bukan main becok lagi mulutnya memainkan sentimen penduduk Bakun, Belaga dan Penan. Hingga dia sanggup berjanji akan bagi balik tempat tinggal asal mereka, hutan belantara, sungai, babi hutan dan kera kepada mereka jika menang pilihan raya. Tapi semalam Najib dan Taib datang ke sana bukan membawa janji tapi membuat perlaksanaan.

Nak tahu apa yang membuat Baru Bian 'pecah kepala'? tengok ini:

Baki pinjaman rumah penduduk Sungai Asap merangkumi 1,500 keluarga sebanyak RM41 juta dilupuskan.

Kerajaan peruntukkan RM1.14 juta untuk melatih penduduk kampung dalam pertanian dan kemahiran teknikal.

Kerajaan peruntukkan RM100,000 untuk meningkatkan kemudahan asrama pelajar sekolah.

Kerajaan peruntukkan RM62 juta untuk membina jalan menghubungi Baku dan Belaga sepanjang 37 km.

Kerajaan peruntukkan RM46 juta untuk membina klinik yang dilengkapi dengan 20 buah katil, mesin x-ray dan doktor.

Kerajaan peruntukkan RM2.3 juta untuk bina jambatan Sg Linau, tadika di Lusong Laku, menaik taraf SMK Belaga dan lain-lain sekolah sekitarnya.

Kerajaan peruntukkan RM35 juta untuk membekalkan air bersih untuk Pekan Belaga dan rumah panjang sekitarnya.

1Malaysia Development Berhad pula menumbang RM972,900 untuk membina 9 rumah arau dan bantuan persekolah di Belaga, Kapit dan Lubok Antu.

Pelajar-pelajar sekolah rendah di Belaga akan diberikan bantuan RM450 manakala pelajar sekolah menengah pula akan mendapat RM600.

Kerajaan peruntukkan RM5 juta untuk Bakun Development Fund termasuk membantu para pelajar miskin.

sumber : Keadilan Untuk Sarawak , Borneo Post

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans