Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Malaysian stand-up Clown

Anwar VS ABIM

About Me

My Photo
RB
Bintulu, Sarawak, Malaysia
nasionalis
View my complete profile
Showing posts with label Talip Zulpilip. Show all posts
Showing posts with label Talip Zulpilip. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

12 Menteri Muda Angkat Sumpah


KUCHING, 3 MEI (Bernama) — Sebanyak 12 Menteri Muda, yang mengekalkan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri 16 April, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri muda dalam Kabinet baru negeri.
Enam daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan masing-masing dua daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Mereka ialah:

Tangan yang mengundi

Barang naik. Gaji tak naik. Pekerja Am or General workers di Sarawak nak makan apa & nak beli apa dengan gaji RM 10- RM 20 satu hari. Perbelanjaan makan minum & tambang pergi balik pun tak cukup. Ramai orang Sarawak yang lulus SPM & Form Six jadi Pekerja Am or General Worker di Kilang, Kedai & Perladangan dengan Tawaran Gaji seperti berikut.

dicilok dari facebook.

Wednesday, April 27, 2011

Pasca PRN: Sejenak "Jamuan Terima Kasih" dari Saiee Driss

(untuk renungan YB dan para pemimpin parti)


Sekadar Gambar Hiasan




malam ini
diadakan majlis jamuan
terima kasih kepada semua
setelah tamat pilihanraya


inilah penghargaan
kepada yang telah bertungkus lumus
mernyibukkan diri
termasuk berkempen di kedai kopi
bijak mencari kesalahan sana sini
siang malam tak keruan
walau sekadar berlari sibuk sendiri
kerja entah apa atau
tak kerja apa-apa
tetap menuntut kupon makanan

Wednesday, April 6, 2011

Sekitar Hari Penamaan Calon DUN JEPAK N.58









Laporan ringkas dari rakan di sana


-BN turun dengan 3000 penyokong dari semua komponen parti :- PBB,SUPP,PRS,SPDP


-PKR membuat bantahan atas penggunaan nama Haji kepada calon BN di dalam borang tetapi telah ditolak oleh pihak SPR.


Calon-calon yang bertanding adalah


Datuk Haji Talip Zulpilip
Abdul Jalil Bujang - PKR
Abdul Kuddus Ramlee - Bebas
Awang Abdillah Awang Nassar - Bebas
Ramli anak Melaka - SNAP

Seorang lagi calon dari PCM En Khamis Mahadi tiba tiba keluar dari bilik Pernamaan calon beberapa ketika setelah calon BN masuk. Menurut sumber yang tak sahih, beliau dikatakan tertinggal borang percalonan dan terpaksa balik untuk mengambil dengan meninggalkan pencadang dan penyokongnya di dalam bilik tersebut. Namun yang peliknya sehingga masa tamat beliau tidak muncul juga. Adakah calon ini telah di........? 


Khamis Mahadi adalah bekas penolong Bendahari Ranting Kpg Baru Sebuan Besar Jepak yang mengumumkan keluar PBB baru baru ini.



RB: sayang nya Rb tiada di sana,mungkin banyak lagi yang dapat diceritakan,yang pastinya semangat penyokong-penyokong BN di Jepak tidak selemah seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang.
satu lagi bukti rakyat bintulu masih mahukan BN.syabas diucapkan buat warga jepak.


p/s:betul-betul panas kerusi jepak,sampai tan sri kha kha kha lid ibrahim pun datang menjenguk.keh keh keh

Tuesday, April 5, 2011

The Jepak's Dilemma


Musim pilihanraya kini telah kembali, kedai kopi mula menambah waktu operasinya, habis cerita
kedai kopi bersambung lagi dalam forum dan facebook, medan kritikan dan keluhan penduduk-penduduk.
Situasi ini yang saya lihat agak tegang bagi Datuk Talip Zulpilip jika dilihat dari mata kasar saya sebagai seorang rakyat. Masing-masing punya suara, tidak kurang juga mereka yang berlebihan dalam berpendapat, apakah yang menjadi sebab sehingga mereka begitu sekali mengkritik DTZ?. Di sebuah forum yang mempunyai 700 lebih ahli itu menjadi medan keluh kesah bagi mereka yang merasa tertindas dan tidak merasa perubahan yang telah dibawa, bersalah kah mereka?

Saya yakin tidak sampai 20% ahli forum yang aktif berpendapat dan berkomentar,ada yang berlindung dengan nama samaran,atas sebab-sebab yang boleh diterima. Ada yang berani dengan lantang melontar rasa kecewa, saya kira semua itu bukanlah perkara yang boleh diambil mudah oleh DTZ kita. Sebuah undian online telah dibuat bagi menentukan siapakah pemimpin yang diterima oleh sekalian rakyat,yang mana meletakkan DTZ dalam undian terbawah,adakah ini semua menunjukkan bahawa DTZ tidak lagi relevan di kalangan rakyat tempatan?


Mengapa begitu banyak orang mempersoalkan kredibiliti DTZ? sehingga cerita-cerita yang tidak enak hendak dihebahkan pada orang ramai. Perlukah sedekah menjadi isu sangat penting?siapakah kita untuk menetapkan nilai tukaran matawang ringgit kepada pahala dan keikhlasan?mengaibkan orang untuk motif tertentu?. Saya tidak berani menuduh yang sembarangan, penduduk jepak lebih arif dengan kebenaran yang terjadi. Biarlah kita bersederhana, janganlah keterlaluan seperti pembangkang kita lihat hari ini yang lebih berminat membuat 'personal attack' dan fitnah yang tidak ada kesahihannya(sekarang dah terkena batang hidung sendiri).

Rata-rata rakyat bintulu mengaku sayangkan BN, sebuah parti komponen yang telah lama menerajui kerajaan negeri sarawak, membawa perubahan dan pembangunan untuk rakyatnya. Ini bukanlah ayat angkat pel*r seperti yang diklaim oleh sesetengah rakyat, biarkan mereka, pandangan kita berbeza, tidak semua kemahuan kita sama, ada yang mahu kaya cepat tapi tapi kecewa tak dapat tender, sekonyong-konyongnya jadilah dia seorang pembangkang, hatta ada yang berpendapat dalam hal politik sampai tidak memikirkan keadaan orang lain, hanya tahu beranggapan negatif. Inilah realiti, setiap hari dibasuh otak oleh pihak yang punya agenda tersendiri dan motif yang tersembunyi, mereka tidak sedar realiti kehidupan, hidup berpandukan idealis semata-mata. Andailah mereka diberi kuasa, saya tidak berani jamin apa jadinya, 

Majoriti penduduk jepak mendakwa mereka masih mahukan BN, andai benar bagai dikata, apakah silapnya pilihanraya yang lepas-lepas menyaksikan undi untuk BN menurun!. Benar BN masih majoriti tapi yakinkah kita dengan pilihanraya akan datang? nasihat saya berwaspadalah pada pilihanraya kali ini, DUN JEPAK akan menjadi saksi apakah BN masih benar-benar di hati rakyat. Kotakan kata wahai penduduk Jepak. Jangan biar api kebencian yang ditiup menjadi angkara kekalahan. Sejarah menunjukkan negara yang kacau bilau dan lemah adalah negara yang paling mudah sekali dijajah,bersatulah demi masa depan anak-anak kita. Pengundi adalah orang yang bijak menilai, hanya manikam mengenal jauhari.

Nukilan seorang anak nelayan

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans