Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Tuesday, January 18, 2011

Pengadu bunyi azan mohon maaf (Peguam MCA Ng Kiam Nam)



MalaysiaKini


Peguam yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut.

Ng Kiam Nam, seorang ahli MCA, berkata dia keliru mengenai ceramah dan laungan azan dalam aduannya kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai bunyi pembesar suara dari masjid tersebut.

Surat aduannya itu telah mencetuskan bantahan oleh beberapa NGO Islam yang diketuai oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan Jumaat lalu.

Mereka mendakwa tindakan Ng itu telah menghina Islam.

Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.

Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.

Sementara itu Bernama melaporkan, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Ng berkata:

"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi.

"Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.

Raja Nong Chik pula berkata isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia merupakan salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.

Beliau juga meminta permohonan maaf Ng diterima oleh semua pihak.

Mengulas dakwaan terdapat arahan daripada pihak atasan yang meminta pihak masjid memperlahankan suara azan berikutan aduan Ng itu, Raja Nong Chik menafikan kewujudan arahan tersebut.

"Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sendiri menafikan bahawa adanya arahan tersebut dan saya sendiri tidak tahu-menahu mengenainya," katanya, yang gembira dengan permohonan maaf Ng dan sikap terbuka dua NGO Melayu yang sebulat suara menerima permohonan maaf tersebut.





Oleh Double Y 

Peguam MCA Ng Kiam Nam yang sebelum ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam berhubung satu surat aduan yang kononnya dihantar kepada Perdana Menteri tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam petang tadi.

Atas dasar semangat muhibbah antara kaum, kita memaafkan beliau di atas keterlanjuran beliau tempoh hari. Saya memuji tindakan yang dilakukan oleh peguam ini.

Beliau tanpa rasa ragu memohon maaf secara terbuka di Pejabat UMNO Pantai Dalam di depan para wartawan dan pihak media.

Namun jangan kita alpa bahawa selain Ng Kiam Nam, sebelum ini telah ada pihak yang menghina azan, mereka adalah dari kalangan DAP.

Mereka adalah Dr. Tan Seng Giaw iaitu Timbalan Pengerusi DAP Pusat yang pernah membawa isu azan Suboh sehingga ke Parlimen pada 25 Oktober 2005. Sudahkah beliau memohon maaf?

Orang kedua yang menghina azan juga adalah dari kalangan DAP iaitu 'ah so' mulut celupar yang pernah makan 'makanan anjing' iaitu Teresa Cock di mana pada 18 September 2008, 'ah so' ini cuba menghantar petisyen kononnya mewakili penduduk untuk menggesa supaya azan Suboh diperlahankan!

Peguam MCA sudah memohon maaf dan sewajarnya kita memaafkan di atas kesilapan beliau dan kita harap agar ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang cuba mempertikaikan kesucian agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan dua pemimpin DAP yang chauvanist dan racist si Teresa Cock dan Dr. Tan Seng Giaw? Sudahkah mereka memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam?


Kenapa bila isu azan dimainkan oleh Teresa Cock dan rakan-rakan mereka, tiada langsung suara para pemuda PAS atau pun PKR? Jauh sekali kita dengar komen daripada 'anak papa' si Nurul Izzah.

Beranikah pemimpin DAP ini memohon maaf sebagaimana dilakukan oleh peguam MCA terbabit?

Saya menganggap mereka sesekali tidak akan memohon maaf, kerana DAP memang semulajadi bersikap chauvanist dan anti Islam!

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans