Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Friday, February 18, 2011

BANJIR KILAT DI KPG ASSYAKIRIN - PIHAK BDA PERLU BUAT TINDAKAN SEGERA

DUA BUAH KAMPUNG TERJEJAS DILANDA BANJIR KILAT DI BINTULU

BANTU: Talib (kanan) dan Pandi (dua kanan) menimba air di sebuah rumah apabila banjir mula surut.










BINTULU: Kampung Asyakirin Fasa I dan II dilanda banjir kilat malam kelmarin, selepas hujan lebat bermula kira-kira jam 2 petang Selasa menyebabkan ada beberapa rumah ditenggelami air sedalam tiga kaki.

Ketua Kampung Abu Bakar berkata, air mula naik dengan pantas kira-kira pada jam 7 malam.“Ada yang tidak sempat meletakkan perabot di tempat tinggi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
















Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata, lebih 20 rumah terjejas akibat kejadian yang jarang berlaku.

“Jarang air naik setinggi ini. Ini kali pertama,” katanya.

Kejadian dipercayai akibat sistem perparitan tidak lancar. Bagaimanapun, air mula surut bermula jam 10 malam
.
Bersimpati dengan insiden terbabit, Menteri Muda Pelancongan yang juga ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip melawat ke kawasan kejadian pada malam tersebut.
Beliau bersama Pandi dan Abu meninjau ke-adaan banjir di sekitar kampung tersebut.

WARKAH PULAU BINAI

Pihak Bintulu Development Authority (BDA) harus menyiasat dan mengambil tindakan segera untuk menggelakkan kejadian banjir kilat di Kampung Assyakirin dari berulang.
Banjir kilat yang dipercayai berpunca daripada sistem peparitan yang tidak lancar dan pembangunan di kawasan yang bersebelahan.

Pihak Wakil Rakyat melalui YB Datuk Haji Talib sendiri telahpun menelefon Pengurus Besar BDA pada malam kejadian dan menggesa agar mereka mengambil tindakan dan membesarkan aliran air yang keluar dari parit yang bersebelahan.

Kita berharap pihak kerajaan juga dapat memberi bantuan ke atas rumah yang terjejas dimana banyak kerosakan dan kerugian kepada pihak penduduk kampung. Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat menyebabkan kerosakan banyak perabut, peralatan dan beberapa rumah juga mengalami keretakan lantai dan jubin.

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans