Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Monday, March 7, 2011

Tahniah Orang Merlimau!

Yuhaizat,sebelah kiri,Roslan sebelah kanan
BN's Win Very Significant, Says Najib

KUALA LUMPUR, March 7 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak tonight described Barisan Nasional's (BN) wins in the Merlimau and Kerdau by-elections as very significant.

The Prime Minister and BN Chairman, while thanking the voters for supporting the BN, also said that the BN government would do its best for them.

"I am thankful to Allah for granting the two major vistories to BN. Thank you to the voters in Merlimau and Kerdau," he said in his Tweeter message Sunday night.

BN retained the Merlimau state seat when its candidate, Roslan Ahmad defeated PAS candidate Yuhaizad Abdullah with a majority of 3,643 votes. Roslan obtained 5,962 votes compared with Yuhaizad's 2,319.

In Kerdau, BN candidate Syed Ibrahim Syed Ahmad defeated PAS candidate Hasanuddin Salim by a majority of 2,724 votes. Syed Ibrahim obtained 5,060 votes to Hasanuddin's 2,336 votes.

-- BERNAMA



DUN Merlimau: Saya akan pantau Roslan, kata calon PAS

Walaupun tewas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, namun calon PAS Yuhaizat Abdullah tidak sedih mahupun kecewa, sebaliknya berjanji akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan segala janji ditaburkan Barisan Nasional (BN) ditunai.Yuhaizat tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

Beliau mendapat 2,319 manakala Roslan memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.“Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan,” kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

“Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Adly Zahari berkata banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS di Merlimau dan satu “bedah siasat” akan diadakan bagi mencari punca-punca pihaknya kalah.

“Kita akan buat analisis, setakat ini kita masih belum tahu apa punca tapi banyak faktor yang menyebabkan kita kalah.

“Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS,” katanya.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Merlimau menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut dan agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat BN itu.

Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.

kami percaya Roslan akan menjalankan kerja yang diamanah dengan penuh tanggungjawab, tahniah diucapkan kepada penduduk merlimau kerana berjaya mempertahankan kubu BN. Kemenangan ini menunjukkan bahawa BN bukanlah sekadar brand yang semata boleh dicaci maki oleh pembangkang, rakyat telah menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap kerajaan Barisan Nasional melalui undi, semoga kita disini tetap mempertahan dan memperutuhkan barisan-barisan kita dari terpengaruh oleh anasir-anasir yang kini hebat mengeluarkan berbagai fitnah dan tohmahan untuk menjatuhkan kepimpinan kita. jangan biarkan amarah menyebabkan kita hilang rasional dan termakan berita-berita yang sedap dan mudah untuk kita melatah.  semoga ALLAH merahmati perjuangan kita semua.

  diambil dari : Anak Seberang

1 comments:

harmdone7 on March 20, 2011 at 12:50 PM said...

Siapa pada pendapat anda paling layak memimpin Sarawak sebagai Ketua Menteri?

Klik link di bawah (atau copy & paste URL) untuk mengundi

http://www.micropoll.com/a/mpview/1069566-405576


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans