Tahniah dan Syukur kerana Barisan Nasional menang sekali lagi dengan majoriti 2/3, menepati penyataan Pehin Sri sebelum ini yang optimis dengan keputusan pilihanraya ini.
Ternyata rakyat masih mahukan Kerajaan Barisan Nasional mentadbir, kerana mereka percaya,dan kita percaya bahawa Barisan Nasional dapat mentadbir dengan cemerlang.
Namun tidaklah kemenangan ini dapat kita jadikan peluang untuk bersuka-suka dan berehat, harus kita ingat suara rakyat akan sentiasa kedengaran dari setiap akar umbi.
Jadikan kemenangan ini sebagai peluang untuk kita memperbaiki kelemahan dan kecacatan yang samada kita terlupa atau terlepas pandang sebelum ini.
Kerana pihak pembangkang tidak sekali-kali akan membiarkan sesuatu isu itu terbiar tanpa ada yang mempersoal dan menyelesaikannya, Mereka ini akan sentiasa menggunakan setiap peluang yang ada, kita boleh lihat dalam sepanjang pilihanraya ini.
Pelbagai isu akan diguna pakai, kita harus banyak belajar dari pilihanraya kali ini, kita juga telah belajar sesuatu dari pembangkang, bagaimana mereka berjaya menghasut rakyat, memutar cerita dan memberikan janji-janji manis yang kabur pada rakyat.
Kita jangan ambil ringan dengan kemenangan 55 kerusi DUN, sepanjang 5 tahun akan datang ini, menangilah hati rakyat, bukan sekadar untuk kekal berkuasa, tetapi untuk terus memimpin dan bergerak dibawah Barisan Nasional.
Teringin untuk mengikut jejak langkah Mukapetang untuk beralih arah(dengar-dengar ada yang offer 'beli' blog RM15'000 ), namun Rajahbinai akan kekal berada di bawah naungan Barisan Nasional,tetapi selepas ini, Rajahbinai akan lebih banyak mengkritik,5 tahun masa yang panjang untuk kita berkempen sahaja, lebih baik kita gunakan masa untuk menyekat kemaraan Pembangkang dari mencari kesilapan. Tunjukkan kepada mereka kita bahawa Barisan Nasional adalah untuk Rakyat Sarawak.Salam 1 Malaysia.
3 comments:
Rajah Binai..kita Tag Team..heeeeeee
Yang Hak tetap Hak yang Batil Tetap batil
Steady bro..
Post a Comment