Mula-mula tak percaya juga, telinga ini yang tak betul ke atau memang betul-betul kejadian – RPK mendedahkan bahawa Anwar yang mengarahkannya menulis berita fitnah mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan model Mongolia Altantunya Shaaribu.
Walaupun hati penulis masih skeptikal dengan pendedahan yang ‘tiba-tiba’ ini, pulak tu lokasinya di Australia sedangkan sepengetahuan penulis, RPK berada di London bersama dengan rakan subahatnya, penyiasat bebas P Balasubramaniam.
Tapi sebab ini mendedahkan pembohongan Anwar, maka penulis ketepikan sebentar perasaan itu.
Modal Anwar bila nak mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan ini ialah artikel yang ditulis oleh RPK, artikel yang menyebut nama-nama yang menjadi sumber kepada penulisannya.
Soal sahih ke tak sahih sumber dan berita yang dibawanya itu tak tahulah tapi atas arahan dan persetujuan Anwar, artikel fitnah itu ditulis juga.
Sekarang dah jelas bahawa Perdana Menteri tidak terbabit sebaliknya yang terbabit ialah Anwar sendiri – bukan sebab membunuh tapi menyebarkan fitnah ke atas Perdana Menteri demi menghalang Perdana Menteri menduduki kerusi no 1 dalam kerajaan Malaysia.
Sekarang siapa yang fitnah siapa? Apa pun yang jelas, ia membuktikan Anwarlah bapak kepada segala jenis pembohongan dan fitnah.
Kalau pembaca perasan,kebelakangan ini banyak betul pemimpin pembangkang terutama daii PAS yang menghimpit-himpit Perdana Menteri seperti PAS dan menjauhi Anwar. Tertanya-tanya jugak apa sebenarnya yang berlaku?
Dahan tempat bergantung dah nak patah kot?
-MelanauBlogger
-MelanauBlogger
Kuala Lumpur, 13 April -- Pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri .
Katanya beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.
Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan
Perdana Menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.
"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.
"Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan.
Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.
"Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.
Raja Petra berkata individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.
Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
Beliau berkata dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya "Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah."
Raja Petra berkata beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.
"Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.
"Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar..Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini...dia kata teruskan. Saya pun teruskan," katanya.
Raja Petra berkata kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.
Sementara itu, TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual ekslusifnya dengan Raja Petra esok dalam Buletin Utama pukul 8 malam.
0 comments:
Post a Comment