Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Monday, April 4, 2011

Itukah PAS?



Kembali ke pangkal jalan




PASIR PUTEH - Bekas penyokong Pas yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO di Kampung Gong Tinggi, di sini, menyesali perbuatan akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas yang mendakwa tidak sah sembahyang sekiranya mengimamkan imam yang menyokong perjuangan UMNO.

Aziz Jusoh, 51, berkata, semenjak terpengaruh dan terlalu taksub dengan fahaman Pas dan tidak pernah menunaikan fardu Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sentiasa berulang-alik ke masjid yang jauh dari kampungnya.

”Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya.

“Saya akui pada masa lampau Pas memang memulau imam UMNO, berkahwin dengan imam UMNO pun tidak sah dan perlu dilakukan akad nikah semula,” katanya tampil membuat pengakuan pada majlis Selamat Tinggal Pas di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Menurutnya, malah sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk beliau sendiri.

Aziz berkata, pada fahaman beliau, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO.

Beliau berkata, menyedari tindakannya yang menyeleweng itu beliau bertaubat untuk tidak lagi menyokong Pas dan kembali ke pangkal jalan dengan mengisytiharkan diri menyertai UMNO secara rasmi untuk menyedarkan rakan-rakannya yang masih setia untuk tidak terlalu taksub dengan perjuangan parti itu.

Sementara itu, Dr Awang Adek ketika ditemui berkata, janji ‘syurga’ dan memperalatkan agama untuk kepentingan politik bukan hanya boleh meretakkan perpaduan sesama Islam tetapi memberi kesan yang negatif terhadap pengikutnya yang terlalu taksub terhadap perjuangan Pas.

Beliau berkata, hasil kesedaran sebilangan besar pemimpin dan penyokong kuat parti itu untuk bersama UMNO menyuntik semangat baru untuk bawa lebih ramai akar umbi Pas menyertai UMNO.


RB:harap lepas ni jangan ada yang kata RB fitnah pulak,saksi dah ada tu.tepuk dada tanya iman.

1 comments:

Malay Delima on April 4, 2011 at 2:33 PM said...

sy telah link kan blog tuan di blog sy..harap yuan dapat link kan blog sy di blog tuan tq

tq

http://malaydelima.blogspot.com/


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans