Disebalik tuduhan Pakatan Rakyat mengatakan kerajaan BN merampas tanah rakyat Sarawak, sebenarnya mereka memiliki agenda tersendiri untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak.
PAS berlagak ingin jadi penaung dan penyelia urusan tanah rakyat Sarawak, seolah-oleh rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa tentang urusan tanah NCR.
Melalui Lujnah Tanah, PAS bersekongkol dengan PKR untuk menjadi tuan kepada rakyat Sarawak. Kononnya mereka lebih arif tentang urusan tanah.
Apakah rakyat Sarawak ingin melantik Orang luar untuk menjaga tanah mereka?
Paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih,depan rakyat jerit tukar,dalam hati bisik sabar.pakatan pakatan yang melekit-lekit air kahak nya bertaburan diseluruh tanah sarawak ini sangat sinonim dengan dengan manifesto-manifesto kelentong mereka yang dikepalai oleh raja drama terbaik yang masih gagah melangkah dengan tubuh yang tegap dan 'langsing' itu. Hebatnya mereka ini datang berbondong-bondong ke tanah sarawak sepertilah tanah semenanjung itu sudah hendak tenggelam akibat perbuatan mereka sendiri. Anwar Ibrahim yang dijoloki dengan anugerah tuhan dan papa hebat ini bersama dengan bala tentera nya yang datang dari setiap komponen yang tidak pernah ada persefahaman ini memecah pekak keharmonian negeri Sarawak.
Mereka datang ke sarawak untuk mengajar penduduk-penduduk pribumi tentang tanah,tentang kemajuan,tentang pentadbiran kerajaan. Nama-nama negeri seperti Selangor,Kelantan senantiasa menitir dibibir puak-puak pakatan yang gemar menggunakan nama rakyat untuk mencabar undang-undang perlembagaan. Tidaklah sukar untuk kita mengenali kelompok chauvinist ultra-kiasu dan kelompok sarban yang sewenangnya mengkafirkan kelompok lain namun tidak pula jatuh fatwa tersebut kepada seorang Raja Drama yang banyak mempersendakan Islam.
Perlukah diceritakan lagi tentang apa yang berlaku di Tanah Semenanjung emas?. Mereka kini datang ke sarawak untuk menjadi Kerajaan Rakyat(baca: orang tengah@broker) yang sememangnya pakar bila berhadapan dengan bab tanah. Malah lebih tahu 'Kejahatan Pehin Sri Taib Mahmud' lebih dari orang pribumi sendiri. Kini khabar-khabar kencang bergerak di serata negeri yang kini tahu "kejahatan Pehin Sri merampas tanah adat dan mempunyai hampir 50% bangunan-bangunan di kuching, ini 'didedahkan' sendiri oleh Pakatan Pembangkang(read: Bukan Rakyat) yang baru beberapa hari bertapak di sini. agak bosan spin artikel sendiri dengan nada sarkastik yang tidak seberapa.persoalan sebenarnya, Siapakah yang lebih berhak mentadbir dan menjaga tanah sendiri?fikir-fikirkanlah.
Oh,berita baik kepada peminat dan pemain futsal, selepas pilihanraya ini, akan diadakan lebih banyak Futsal Tournament di kawasan anda(jika anda mengundi pakatan pembangkang),kerana futsal kini telah menjadi aktiviti rasmi Parti Keadilan Rakyat,dikatakan satu acara futsal telah 'dimasukkan' sekali dalam perhimpunan ceramah. Walaupun nampak tidak kena pada tempatnya. Namun Acara ini telah mendapat tempat dalam Manifesto-manifesto pilihanraya kali ini, ini lah yang dikatakan PEMBAHARUAN.Aneh nya, Penduduk TUPONG yang datang untuk bertanding ataupun melihat tidak tahu tentang ceramah yang diadakan.
oh,
Mereka juga menjanjikan wifi percuma seluruh bandar dan sub-bandar( Sudah 30 tahun rakyat sarawak menunggu Wi-Fi percuma)
dan lagi...
Naik gaji guru RM500(guru-guru di penang dan selangor sudah boleh tukar kereta,paling cikai pun estima,boleh tanya penyokong PKR/PAS untuk kesahihan)
Hapuskan Konsesi TOL(yang membebankan penduduk kuching dengan bayaran 1.50rm,sepatutnya KWSP kita harus dipotong untuk bayar TOL2 ini, ini salah TAIB MAHMUD!)
Batalkan FELDA PLANTATION(sebuah entiti yang tidak berguna,yang tidak membantu pendapatan peneroka felda dan orang-orang melayu)
Kembalikan Wibawa PDRM-SPR-SPRM-MAKHAMAH(kerana menghina "Anwar Kangaroo",dan juga cara terbaik untuk memusnahkan kan institusi perlembagaan yang tidak disenangi oleh _______(isi tempat kosong) )
Selesaikan Krisis Kebanjiran PATI dan Kerakyatan Sabah( perancangan telah dibuat untuk menghantar PATI ini ke bulan menggunakan roket,win-win situation )
Kembalikan Hak Air Rakyat(Selangor kini menjadi negeri contoh yang memberi air percuma,walaupun tanpa persetujuan SYABAS! diucapkan)
Kembalikan Hak SUBSIDI Rakyat - Subsidi Petrol Dikembalikan(yang patut dibuat sejak lama lagi,paling paling pun tahun 90-an sepatutnya sudah dapat dah hak subsidi penuh,kalau tak boleh pun pinjam la IMF,ini salah TUN MAHATHIR yang sesuka hati bagi jawatan menteri kewangan pada salah orang)
Mansuhkan ISA(yang mendera tahanan dengan memberi makan telur rebus sahaja,mangsa penganiayaan dan penghinaan terhadap Teresa Kok yang hampir mati akibat makan telur rebus kerana menghidap penghinaan sawan anjing)
Oh ada satu lagi,ini tiada dalam manifesto,namun RB akan pecahkan rahsia ini khas untuk kaum lelaki. Jika ada orang lelaki yang sudah berkahwin atau bujang,hendak berkahwin lagi sama ada di malaysia ataupun siam bolehlah hubungi Calon N8 Satok yang kini hangat dengan "Fitnah" yang dilemparkan oleh media sosial.adakah character assasination ini sekadar fitnah yang dilakukan oleh BN ataupun realiti seorang peguam syari'e yang menjadi imam solat tarawih dan khatib sembahyang raya(info ini diperoleh dari biodata yang ditulis beliau,angkat bakul?). Malangnya,risikan yng Rb jalankan mendapati bahawa berita ini adalah 100% benar(kasihan perempuan itu),walaupun di dalam Astro Awani beliau telah menafikan nya. Malang sungguh nasib beliau ini, Kerana karier politik nya telah dicemari dengan kehadiran seorang gadis muda di dalam gambar yang bersuasanakan majlis pernikahan,Rb menunggu sebelum pilihanraya ini nanti akan ada pengakuan esklusif dari perempuan yang menjadi mangsa talak ini?buang tanda soaljangan percaya tanda soalan tersebut. Rb menantikan update seterusnya.pendedahan yang tidak diwar-warkan dalam MANIFESTO PAKATAN RAKYAT.UBAHahahaha!
klik untuk gambar besar |
1 comments:
eh eh eh .... ubah lah Anwar dan puak puak PR ... sebelum ubah orang ... kita kena ubah sendiri dulu ..... heheheheh ... kalo kita sendiri tak BETUL macam mana nak ubah orang ... e ..yer tak .... heheheheh
Post a Comment