Kata pepatah cina “Jangan membazir air, walaupun berumah di tepi sungai”, kata-kata ini sesuai untuk Baru Bian yang selama ini rancak mempromosi diri sebagai bakal ketua menteri Sarawak. Sudah bersepah disana sini air liur Baru Bian mengatakan beliau adalah bakal ketua menteri Sarawak yang baru.
Siapa sangka semua itu cuma air liur basi yang akhirnya menyebabkan parti SNAP termuntah-muntah, hingga tidak sanggup lagi bersekedudukan dengan PKR dalam kelambu Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Penasihat PKR Sarawak Datuk Sri Daniel Tajim menggesa masyarakat dayak agar kembali bersama SNAP. Gesaan Daniel Tajim bukan sekadar seruan, meskipun mulanya dilihat seolah sandiwara politik. Sebaliknya semakin ramai penyokong yang meninggalkan PKR, kerana lebih yakin dengan komitmen dan proses re-branding oleh pemimpin SNAP.
Perjuangan Baru Bian untuk menjadi ketua menteri Sarawak menemui detik yang cukup sukar, sekalipun beliau meneriakkan cabaran paling angkuh ‘bring it on’ kepada seluruh parti komponen BN maupun SNAP.
Walaupun janji Baru Bian untuk rakyat Sarawak mengalahkan janji dewa dari kayangan, untuk mengembalikan hutan belantara, gunung-ganang, sungai, pokok serta babi hutan jika beliau jadi ketua menteri. Tapi keputusan pemimpin SNAP hari ini seolah menelanjangkan Baru Bian dan PKR dari segala harapan dan ‘kedewaan’ tersebut.
“Angkuh dan pentingkan diri” dua sikap utama kepimpinan Baru Bian yang menyebabkan parti SNAP bosan serta meluat, hingga akhirnya memutuskan hubungan intim dengan PKR. SNAP turut keluar dari Pakatan Rakyat untuk bersama UBF (United Borneo Front) pimpinan Datuk Jeffrey.
UBF adalah gerakan politik baru dari Borneo yang tidak mendukung cita-cita Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya, sebaliknya cuma untuk memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipertahan dengan adil dan saksama.
sumber: melanau blogger
2 comments:
Apa nak di bangga dengan Parti A nuar tu..memecah belah kaum ada lah..Rakyat Sarawak dah tak minat Politik cara itu..Baru Bii aan ni kuda tonggangan je..kalau betul dia memperjuang kan hak Bumi sarawak kenapa nak tag team dengan PKR? Sendiri kalau ada Tokok lagi bagus.
manusia yg angan2 nak buat pembaharuan .. pemikir yg memikir dirinya paling penting dan layak ganti pemimpin2 BN yg ada sekarang ini ..pembaharuan apa? nak jadi KM Sarawak? aduh .. Baru tp dah kalah beberapa kali disinun ... tak payah terlalu tinggi angan2lah .. kaki cari kesalahan org lain, tapi buat satu apa pun tak mampu ... kerja hanya naik mahkamah turun mahkamah bawa NCR land .. itu sahaja .. tapi isu bujang lapok ...
Post a Comment