Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Monday, January 24, 2011

Provokasi agama sedang bermula...


Mungkin kerana dahagakan perhatian, ditambah lagi dengan ketandusan isu. Akhirnya terpaksa juga Radio Free Sarawak dan Sarawak report memainkan isu agama untuk memancing sentimen rakyat Sarawak.

Bagi Baru Bian memang inilah yang disebut kebebesan bersuara dan perjuangan untuk membela nasib rakyat Sarawak. Kononnya rakyat akan maju dan makmur dengan segala provokasi yang mereka lakukan.

Tidak cukup dengan perpecahan masyarakat dayak yang telah Baru Bian anjurkan melalui PKR Sarawak, mungkin beliau sedang mengidam perpecahan agama secara besar-besaran. Apakah ini yang akan mengenyangkan perut rakyat miskin yang sedang lapar, Apakah politik seperti ini akan menguntungkan rakyat Sarawak yang selama ini hidup aman?

Negeri Sarawak tidak pernah memiliki undang-undang untuk menyekat penyebaran agama, malah tidak terikat kepada undang-undang agama rasmi negeri. Sepertimana negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia.

Ternyata, provokasi agama serta hasutan telah sengaja dianjurkan untuk memecah-belahkan rakyat Sarawak. Inikah yang menjadi kebanggaan PKR dan Baru Bian?

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans