Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Friday, January 28, 2011

BUDAYA KETAM - USAH DIAMAL DALAM PBB  

"Selagi saya menjadi ketua, saya tidak mahu ahli PBB mengamalkan dasar KETAM dalam politik mereka" - KETUA MENTERI SARAWAK



Posted on January 27, 2011, Thursday
Ia bukan saja jejas kepimpinan, rosakkan masyarakat tetapi menjatuhkan negara


TERTARIK: Taib melihat sendiri kebudayaan kaum Cina sewaktu tiba di Limbang semalam. Kelihatan Tengah (kiri) dan isteri Taib, Ragad (tiga kiri).

LIMBANG: Jangan amalkan budaya ‘ketam’ dalam politik di negeri ini kerana ia boleh merosakkan masyarakat dan negara, demikian kata Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata banyak pihak yang suka berlawan dan dengki dengan orang lain kerana mereka mengamalkan budaya tersebut.
Jelasnya negara jatuh bukan disebabkan kekurangan orang cerdik pandai tetapi ia berlaku disebabkan dasar ketam yang diamalkan.
“Mereka tidak suka melihat orang lain naik sebaliknya ingin melihat seseorang itu jatuh.
“Semua ini dilakukan bukan kerana mereka cemburu dan dengki tetapi disebabkan sifat tamak haloba,” katanya semasa berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat di sini semalam.
Turut sama ialah isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar ,Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Morshidi Ghani, menterimenteri muda dan kenamaan lain.
Taib menjelaskan lagi budaya ketam yang diamalkan dalam politik negara akan menjejaskan kepimpinan sedia ada kerana mereka akan cuba untuk menjatuhkan kerajaan.
“Dalam politik pembangkang mereka juga mengamalkan budaya ketam untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.
“Apabila kerajaan buat sedikit kesilapan mereka akan menjatuhkan pemimpin sedia ada. Ini dilakukan kerana mereka tidak suka melihat orang lain naik ,” tambah beliau, menyelar pembangkang yang mengamalkan budaya ‘ketam’.
Taib menjelaskan dasar dan budaya tersebut harus dibuang dan jangan sesekali diamalkan khususnya dalam parti komponen kerajaan termasuk parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
“Kita tidak mahu setiap ahli PBB berlawan dan dengki dengan orang.
“Selagi saya menjadi ketua, saya tidak mahu ahli PBB mengamalkan dasar ketam dalam politik mereka,” tegasnya.
Katanya dalam politik setiap pemimipin perlu ada tatasusila (sosial disiplin) yang tinggi.
Dalam pilihan raya tambahnya setiap pemimpin yang dipilih mempunyai matlamat untuk membawa pembangunan kepada negara dan mempunyai tatasusila.
“Kita tidak mahu pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya mempunyai sikap ketam. Pemimpin seperti ini tidak berguna dan kita akan buang.
“Jika kita ingin naik kita seharusnya memiliki tatasusila serta program-program yang dapat meningkatkan negara lebih maju,” ujarnya lagi.
“Pemimpin di peringkat akar umbi juga jangan bergaduh dan bercakap tidak tentu,” ujarnya.
Sebaliknya beliau mahu mereka menumpukan usaha dan bekerja dengan baik daripada menlemparkan fitnah untuk memburukkan orang lain.
Pada masa sama katanya mereka hendaklah memelihara masyarakat, rakyat dan orang pandai dan bukannya menghentam kerajaan.
“Kita jangan mendengar cakap orang luar terutama pada musim pilihan raya.
“Kadangkala orang luar itu sebenarnya memburukkan lagi keadaan dan menabur pelbagai fitnah dan tohmahan tanpa disedari,” ujarnya lagi.
Politik sedemikian katanya tidak harus disokong kerana ia akan merosakkan negara.
“Kepentingan mereka berbeza dengan kepentingan kita (kerajaan). Kita mesti menjaga masyarakat agar tatasusila dan pemikiran mereka tidak diracuni oleh orang luar,” katanya lagi.
Sehubungan itu sebagai pemimpin bawahan mereka perlu sentiasa mengelak perkara yang boleh merosakkan tatasusila mereka.
Terdahulu Taib berkata kerajaan sentiasa menekankan keupayaan dan kebolehan rakyatnya untuk membawa pembangunan dalam mencapai negara berpendapatan tinggi.
“Walaupun pelbagai pembangunan infrastruktur dilaksana tetapi jika rakyat tidak dapat berfikir dengan betul hasrat untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi tidak akan terlaksana,” katanya.
Oleh kerana itu beliau menambah kerajaan menekankan usaha untuk membentuk kualiti dan kebolehan rakyat membangunkan negara.
“Rakyat perlu mempunyai kesedaran untuk berubah dengan memikirkan cara dan kaedah tertentu untuk mencapai negara maju.
“Proses pembangunan bergantung sepenuhnya kepada usaha rakyat dan kerajaan,”katanya lagi

Sumber: Borneo Post online  

1 comments:

Anonymous said...

betul2...


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans