Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Saturday, January 29, 2011

Apa nak jadi dengan SNAP?

“Mulanya mengatakan keluar dari Pakatan Rakyat, selepas itu menyertai UBF sebagai wadah perjuangan. Belum pun lama selepas itu, tiba-tiba menegaskan mereka tetap bersama Pakatan Rakyat”. itulah diantara kekeliruan dan pandangan pemerhati dari luar SNAP.

Meskipun presiden SNAP Edwin Dundang belum membuat apa-apa kenyataan, namun sikap berdiam diri Edwin Dundang mencetus persoalan lebih besar tentang hala tuju SNAP yang sebenarnya. Kenyataan Paul Kadang dan Anthony Liman yang saling bercanggah, bagai melemahkan keyakinan penyokong SNAP yang baru saja sembuh dari 'penyakit lama'. Lalu dimanakah kenyataan yang boleh mereka ambil kira?


Setelah seketika berhasil menarik serta menyatukan beberapa pemimpin dayak yang berpecah dalam PKR kerana berasa ‘kurang enak’ dengan perjuangan Baru Bian dan Anwar Ibrahim. Tindakan pemimpin SNAP menyokong UBF dan menghadiri pelancaran parti KITA di Kuala Lumpur membayangkan satu lagi yang tidak kena berkaitan hubungan SNAP dengan Pakatan Rakyat.

UBF dan parti KITA adalah dua pertubuhan politik yang tidak mendukung cita-cita Anwar Ibrahim ke Putrajaya. Apakah watak sebenar SNAP dalam sandiwara ini?

Program rebranding oleh SNAP sebenarnya mampu menggerunkan siapa saja, malah SNAP dilihat cukup dominan sebagai pembangkang dalam politik Sarawak. SNAP juga turut bertekad untuk mendominasi kerusi DUN Sarawak, sepertimana PERSB yang tidak berkompromi dengan pembahagian kerusi oleh Pakatan Rakyat yang didominasi PKR.

Apakah SNAP memiliki sumber kewangan yang kukuh untuk membiayai semua calon serta tuntutan logistik dalam pilihan raya Sarawak? Atau sedang mencari-cari ‘tuan pembiaya’ yang mengharap imbuhan jika mereka memenangi pilihan raya nanti.

Jika tidak, SNAP akan terpaksa mencari kambing hitam dengan mengatakan mereka telah disabotaj oleh ‘trojan horse’ yang dikirim Taib Mahmud. Kerana dunia politik dayak tidak boleh lari dari kambing hitam yang sama, Jauh sekali untuk menyalahkan diri tentang budaya berebut jawatan tertinggi dalam parti, yang telah berkali-kali mencetus perpecahan sesama sendiri.

Dari sisi lain, Apakah memang tidak ada, atau memang tidak mungkin wujud sebuah parti politik seperti PBB yang mampu menyatukan pelbagai kaum?

PBB memang tidak hebat, tidak sempurna serta tidak mulia, jauh sekali menjanjikan syurga. Tapi, disitulah Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau dan Orang Ulu, semuanya bersatu dalam keluarga besar parti PBB.

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans