Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Thursday, January 13, 2011

Gelaran ‘Datuk Seri’ kepada Dr. Khir digantung


SHAH ALAM, 13 Jan. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan penggantungan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) dengan gelaran Datuk Seri yang disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam satu kenyataannya hari ini berkata, tindakan penggantungan ke atas darjah kebesaran yang diterima Khir pada tahun 2001 itu dilakukan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Disember tahun lepas.

"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” katanya.

Selain daripada Khir, Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd. Shamsuddin Haryoni pada tahun 2002, turut digantung.

Gelaran itu digantung selepas Shamsuddin didakwa di bawah Seksyen 165 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan penggantungan itu akan disemak semula setelah mahkamah membuat keputusan.

sumber : utusan 

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans