Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Sunday, January 16, 2011

ASKAR MELAYU MATI TAPI PAKATAN RAKYAT TETAP MEMPERWIRAKAN CHIN PENG

Anda kenal anggota 19 RAMD Mekanis yang berdiri nombor dua dari kanan? Pastinya ramai yang tidak kenal sebab dia bukanlah Chin Peng atau anggota-anggota komunis yang lain. Dia juga bukanlah orang politik atau dari KAGAT yang kemudian dilantik sebagai menteri. Dia hanyalah seorang pemandu kenderaan tentera.

Sekalipun namanya diabadikan kepada kenderaan berperisai usahasama Malaysia-Turki, namun dia tetap tidak gah. Biarpun keberaniannya sehingga mengakhiri hayatnya di bumi asing, dihargai oleh tentera asing, kebanyakan pemimpin politik di Malaysia tidak mengenalinya.

Maklumlah, dia bukannya Chin Peng yang dibela oleh Mat Sabu, pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan GERAKAN. Dia hanyalah seorang anggota tentera Askar Melayu Diraja Malaysia. Pangkatnya hanyalah prebet semasa hidup dan dinaikkan kepada koperal setelah menerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) selepas kematiannya. Dan regimennya pula dikatakan RASIS kerana mempunyai gelaran MELAYU.


Gambar di atas adalah kenderaan APC RPZ Condor 4x4 tentera Malaysia yang musnah dan mengorbankan Allahyarham 1042754 Prebet Mat Aznan bin Awang (dinaikkan pangkat Koperal) dan mencederakan 10 anggota 19 RAMD Mekanis dengan 4 daripadanya cedera parah ketika menyelamatkan pasukan Rangers Amerika Syarikat di Pasar Bukhara, Mogadeshiu pada 3 Oktober 1993.

Anda pastinya pernah menonton filem BLACK HAWK DOWN yang mengisahkan tragedi yang menimpa anggota tentera Amerika Syarikat itu. Bagaimanapun, peranan anggota tentera Malaysia langsung tidak disebut sekalipun MALBATT merupakan penyelamat anggota-anggota tentera Amerika itu daripada dibunuh tentera militia Farah Aideed.

Anda pernah mendengar Mat Sabu bercerita apa-apa tentang anggota 19 RAMD di Somalia selain daripada sokongannya agar Chin Peng dibenarkan memasuki Malaysia dan menghabiskan sisa-sisa usianya di negara ini?

Pernahkah anda mendengar pemimpin GERAKAN yang begitu menyokong kebenaran untuk Chin Peng balik ke negara ini atas alasan kemanusiaan, berterima kasih kepada tentera Malaysia yang telah menaikkan nama pasukan dan negara ke mata dunia?

Pernahkah anda dengar walau sekali ucapan terima kasih dan penghargaan yang diberikan oleh DAP kepada Rejimen Askar Melayu Diraja yang menjadi tulang belakang keselamatan negara ini selain daripada mencemuh adanya isu perkauman di dalam pasukan tentera kerana wujudnya Askar Melayu?

Mujur juga PAS tidak berperangai seperti SYAITAN-SYAITAN itu memandangkan ramai pesara tentera sama ada yang pernah terlibat dalam pertempuran dengan pengganas komunis mahupun mewakili negara sebagai tentera pengaman menjadi ahli dan pemimpin parti tersebut.

Apa pula yang dibuat dek PKR selain cuba mendapatkan sokongan daripada anggota tentera untuk misi menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sehinggakan Anwar Ibrahim berbohong mengatakan Panglima-Panglima Angkatan Tentera Malaysia sudah bersiap-sedia untuk menyokongnya dalam GEMPAR 16 SEPTEMBER?

Kisah pengorbanan 19 RAMD Mekanis boleh anda telusuri menerusi blog-blog ini:



Dan jangan lupa juga untuk menelusuri BLOG MAT AMIN KINI & SILAM untuk mengikuti KEPERWIRAAN 'KAWAN KITA' ANGGOTA PENGGANAS KOMUNIS yang berjuang untuk menjajah negara ini sebagai sebahagian daripada Empayar Besar Komunis China.

Maka bandingkanlah yang menyokong kehidupan dan keselamatan keseluruhan rakyat Malaysia dengan pergerakan yang mendapat sokongan PAKATAN RAKYAT serta sebilangan pemimpin BN menerusi ikon mereka yang bernama Chin Peng.

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans