Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

Sunday, January 16, 2011

Ummi Hafilda Pernah Lakukan Seks Dengan Beginda, Satu Fitnah Bodoh Pembangkang!



Hari ini saya terbaca satu blog pro-pembangkang yang menyiarkan kenyataan Beginda Anak Minda kononnya Beginda Anak Minda ini pernah melakukan seks dengan Ummi Hafilda Ali semasa di London.
Saya tersenyum sendiri bila melihat gelagat penyokong dan blogger pro-pembangkang yang berfahaman PAS ini percaya kata-kata Beginda Anak Minda yang terang-terang telah mengaku dirinya murtad dan keluar Islam baru-baru ini.

Kalau ada yang terlupa siapa Beginda Anak Minda ini, biar saya ingatkan serba sedikit siapa Beginda Anak Minda. Dia ini dulu pernah peluk Islam. Sebelum mengatakan bahawa beliau telah murtad baru-baru ini.

Kita dapat tahu Beginda Anak Minda ini murtad pun setelah kecoh kes "sosej babi" yang dibawa oleh anak beliau ke sekolah.

Dari situlah kita rakyat Malaysia tahu bahawa si Beginda Anak Minda ini rupanya telah lama tidak mengamalkan ajaran Islam. Beliau peluk Islam lepas itu suka-suka bertindak keluar dari Islam tanpa merujuk kepada pihak-pihak yang sepatutnya.

Kalau cikgu sekolah anaknya tidak rotan anak Beginda ini maka sehingga ke hari inilah saya rasa, kita akan ditipu mengenai status agama Beginda Anak Minda ini.

Sudahlah pegangan agamanya yang entah ke mana, lagi hendak keluarkan kenyataan bahawa dia pernah melakukan seks dengan Ummi Hafilda di London? Siapa hendak percaya cakap orang yang murtad? Saya sendiri pun tidak sangka blogger pro-pembangkang berfahaman PAS menerima pakai kenyataan seorang yang murtad untuk menyerang Ummi Hafilda Ali dengan niat ingin membunuh karakter.

Kesimpulannya jika agama Islam kita yang suci pun Beginda Anak Minda sanggup permainkan. Sehingga bertindak keluar Islam ikut suka kepala bapak dia. Adakah kenyataan bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi Hafilda Ali boleh dipercayai?

Bolehkah kata-kata orang murtad kita terima sebagai hujah kukuh untuk membuktikan hubungan seks diantara beliau dengan Ummi Hafilda benar-benar terjadi?

Nampaknya blogger pro-pembangkang betul-betul buntu untuk menangkis serangan yang bakal dilakukan oleh Ummi Hafilda Ali sehingga terpaksa menggunakan pakai kenyataan manusia murtad yang telah basi!


Petikan kenyataan Beginda Anak Minda :

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI.

Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi.

Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.

sumber : Double Y

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans