Baru Bian - Ketua PKR Sarawak |
Akhirnya, Saya sokong Baru Bian
Bukan kerana saya jatuh cinta dengan Baru Bian atau baru saja memeluk fahaman luar tabii. Jangan fikir saya seorang gay kerana tiba-tiba bersetuju dengan Baru Bian, tapi ini soal kebenaran yang harus difikirkan oleh seluruh ahli politik pembangkang dari semenanjung yang sedang bergentayangan dalam politik Sarawak, khususnya PAS yang gemar menjadikan agama sebagai isu politik.
Oleh kerana Baru Bian orang yang taat dengan perintah agama, saya pasti beliau bersyukur dengan perpaduan serta persaudaraan dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Oleh kerana Baru Bian orang yang taat dengan perintah agama, saya pasti beliau bersyukur dengan perpaduan serta persaudaraan dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Ketika temubual dengan Radio Free Sarawak, Baru Bian ditanya tentang scenario pilihan raya Tenang. Beliau mengatakan faktor kekalahan PAS adalah kerana isu agama dan kaum yang dibesar-besarkan.
Baru Bian menegaskan, isu agama seperti itu tidak seharusnya dibawa ke Sarawak, kerana orang Sarawak sudah lama bersatu dan biasa makan semeja meskipun berbeda agama. Bahkan orang Sarawak yang berbeda agama sama-sama berjual makanan dalam satu premis. Masing-masing berjual kolok mee, bak kut teh dan mee, jawa tanpa sebarang masalah atau halangan.
Jika Baru Bian sudah memahami keadaan ini, bagaimana pula dengan PAS yang terkenal dengan provokasi agama. Kafir mengkafir, maki hamun, bahkan istilah 'jahiliah' bukanlah suatu yang asing dari mulut ostat-ostat PAS.
Nik Aziz perlu berfikir berkali-kali jika ingin ke Sarawak pilihan raya nanti, ini bukah soal kalah atau menang. Tapi soal 'fatwa biadap' yang muncul setiap kali pilihan raya...
Apakah Nik Ajis akan mengatakan orang Sarawak kafir serta jahiliah jika tidak mengundi PAS? Itu satu penghinaan yang sangat sensitif bagi masyarakat berbilang kaum di Sarawak.
Rakyat Sarawak sentiasa bersaudara meskipun berbeda agama dan kepercayaan. Nik Aziz dan PAS perlu belajar erti perpaduan dari rakyat Sarawak, dan tidak perlu menginjakkan kaki di tanah Sarawak jika ada keinginan untuk menyebut perkataan kafir atau jahilliah...
p/s: GONG XI FA CHAI
Read more: http://melanaublogger.blogspot.com/2011/02/akhirnya-saya-sokong-baru-bian.html#ixzz1CpAZaZTL
1 comments:
tak de cerita lain ke untuk ko kata nik aziz..org melanau memng suka sebab yg jadi pemimpin tertinggi dan paling byk yb dalam parti pbb memang org melanau...org melanau banyak dapat habuan dan layanan istimewa...dipejabat kerajaan..ketua atasan bnyk org melnau...bisnesman byk org melanau...tanah2 byk org melanau dpt istimewa...org melanau terus mdpt perhatian..org melayu terus diabaikan...cuma sekadar tidak saje....tapi ada juga yg sorang dua melanau yg sedar diri dan sgt baik,,..nik aziz tak pernah kata apa terhadap org melanau....tapi ko yg lebih2 kata pada Tok Guru Nik Aziz..
Post a Comment