SARAWAK TARIK PELABUR TELUK
Posted on January 31, 2011, Monday
|  | 
| DS Najib, Pehin Sri Taib, Awang Tengah dan Norah menyaksikan pameran | 
ABU DHABI: Pelabur Teluk perlu menimbang untuk melabur di Halal Hab dan Industri Berat Sarawak, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang sedang dalam misi di sini bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan para pelabur Timur Tengah. Kini, tahap pelaburan dari Timur Tengah tidak signifikan, katanya.
Ketua Menteri yang mengetuai misi pelaburan 30 anggota ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berkata kini hanya terdapat satu perlaburan dari Timur Tengah, iaitu sektor kelapa sawit di Sarawak.
"Kami berada dalam pelbagai peringkat perundingan dengan (para pelabur) Arab Saudi dan negara lain( di Timur Tengah) kerana kami ingin mengambil kesempatan daripada jaringan kewangan Islam di rantau ini." katanya kepada media Malaysia di luar forum Invest Malaysia 2011 semalam, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sarawak sedang cuba menarik para pelabur bagi Tanjung Manis Halal Hub, yang merupakan satu pembangunan bersepadu yang disifatkan sebagai satu inisiatif pembangunan terbesar di negeri ini. 
Taib melahirkan harapan agarTMHH akan menarik lebih ramai pelabur Timur Tengah.
Semalam, TMHH menandatangani tiga memorendum persefahaman(MoU) yang terdiri daripada perlaburan bernilai RM650 juta.
MoU itu melibatkan Tanjung Manis Food and Industrial Park Sdn Bhd dan Perigon Advisory WLL, Borneo Agriculture yang berpengkalan di New York dan Focus International.  
Invest Malaysia 2011 disertai oleh ratusan ahli perniagaan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang mewakili 200 syarikat swasta. syarikat dana kekayaan berdaulat serta agensi kerajaan. Misi pelaburan Sarawak itu adalah yang pertama di Timur Tengah yang mensasarkan untuk menarik para pelabur dari GCC 
 Taib berkata konsep halal hub akan menjadi lebih menarik kepada masyarakat Islam di Eropah dan Amerika kerana ia menekankan makanan yang mematuhi Syariah." Kami sedang mengusahakan penjenamaan bagi produk hab halal kami ke pasaran Eropah" katanya.
Bagaimana pun, Taib berkata kini masih terlalu awal bagi menetapkan sasaran berkaitan perlaburan dari Timur Tengah. Sungguh pun begitu, katanya maklum balas yang diterima membayangkan para pelabur Timur Temgah lebih menyedari mengenai peluang pelaburan di Selatan Asia, khususnya Malaysia.
TMHH, satu projek di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) diilhamkan untuk memastikan Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2020, sambil bekerjasama seiring dengan wawasan dan sasaran Program Tranformasi Ekonomi (ETP) negara.
Sehingga kini kerajaan negeri telah melabur sehingga RM1.3 billion di Tanjung Manis untuk membangunkan dan memodenkan infrastruktur jaringan awamnya, yang menarik kepada komuniti pelabur Timur Tengah.
 Ia merupaka satu projek impak ekonomi yang tinggi bagi keselamatan makanan dan telah diberi sokongan penuh kerajaan negeri, yang menyifatkannya sebagai projek KEUTAMAAN. Pada masa yang sama, aia akan menempatkan Sarawak sebagai salah satu destinasi halal paling menarik di dunia.
TMHH menjangka menerima pelaburan RM10 billion bagi tempoh lima tahun akan datang dalam pelbagai komponen seperti infrastruktur, pembangunan dan perniagaan industri daripada sektor swasta.
Dalam pada itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia kini membuka pintunya seluas-luasnya kepada  para  pelabur Teluk yang berpotensi,
Ketika menyampaikan ucaptama selabagi menjalin hubungan baharu yang saling bermanfaat.ma 30 minit semasa merasmikan forum  “Invest Malaysia 2011” di sini semalam, Najib telah membentangkan satu  senario kukuh bagi para pelabur Teluk untuk memilih Malaysia sebagai  satu destinasi pelaburan.
“Ekonomi kami menawarkan peluang dari pelbagai sudut bagi para  pelabur yang berwawasan dan berdaya saing,” katanya semasa mengucapkan  “Selamat Datang” kepada para pelabur berpotensi itu.
Beliau menonjolkan persekitaran mesra perniagaan Malaysia dan bidang  yang boleh dilakukan usahasama perniagaan kepada ratusan ahli perniagaan  Teluk yang berhimpun di hotel Emirates Palace yang menghadap Teluk  Parsi.
Selepas itu, Najib menyaksikan penandatanganan perjanjian mengenai  ekonomi, komersil, pelaburan dan kerjasama teknikal antara Malaysia dan  Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang dianggotai oleh Arab Saudi, Emiriyah  Arab Bersatu (UAE) Qatar, Kuwait, Bahrain, dan Oman.
Sambil menyifatkan penandatanganan perjanjian itu sebagai satu  pencapaian yang signifikan di dalam hubungan antara Malaysia dan GCC,  Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak komited ke arah memulakan satu  cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) menjelang Mac 2011.
Majlis itu turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Hal Ehwal  Eksekutif Abu Dhabi dan Ketua Eksekutif Mubadala Development Corporation  Khaldoon Khalifa Al Mubarak.
Yang turut hadir pada majlis perasmian Invest Malaysia itu ialah  isteri  Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan  Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Ekonomi  UAE Sultan Saeed Al-Mansoori, Setiausaha Agung GCC Abdul Rahman bin  Hamad Al-Attiyah dan para pegawai kanan kerajaan yang lain.
Semasa berucap, Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil  langkah memupuk iklim pelaburan yang kondusif melalui satu dasar  liberasisasi yang perlahan-lahan dan menarik sumber pertumbuhan bernilai  tinggi.
“Kami menyasarkan industri di mana Malaysia mempunyai kelebihan yang  jelas seperti ekopelancongan, pelancongan perubatan, perkhidmatan  kewangan, pendidikan, telekomunikasi dan teknologi hijau, yang termasuk  tenaga diperbaharui,” katanya.
Malaysia, katanya juga sedang berusaha untuk menarik pemindahan ibu  pejabat serantau, pusat operasi pemerolehan dan pengedaran serantau.
Najib berkata dasar-dasar kerajaan seperti Model Baru Ekonomi,  Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi  telah melonjakkan Malaysia ke hadapan dan membantunya pulih dengan  segera dari kemelesetan ekonomi global.
“Bagi tempoh 10 tahun akan datang, sektor pengeluaran dan  perkhidmatan akan memainkan peranan lebih besar di dalam ekonomi kami.  Ini adalah bidang yang menarik di mana pelaburan asing boleh menyokong  pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Perdana Menteri turut berkongsi dengan para hadirin mengenai kekuatan  Malaysia di dalam bidang kewangan Islam, sambil menyatakan bahawa  Malaysia kini di ambang menjadi salah satu hab kewangan terbesar di  dunia.
“Di segi kedudukan bagi sukuk, Malaysia berada pada tempat teratas,  diikuti oleh UAE, Arab Saudi, Indonesia dan Bahrain,” katanya, sambil  menyatakan bahawa Malaysia kini mencatatkan lebih 50 peratus daripada  US$144 bilion di segi bon Islam di seluruh dunia.
Perdana Menteri memberitahu perhimpunan di Abu Dhabi itu bahawa  strategi ekonomi Malaysia melibatkan tawaran hutang yang baharu dan  pengenalan produk perbankan Islam yang inovatif, seperti deposit,  derivatif berstruktur dan produk lindung nilai.
“Kami turut menarik para pelabur dan penerbit pasaran bon domestik melalui insentif cukai,” katanya.
Najib berkata Malaysia menikmati kemasukan semula pelaburan asing  pada 2010, di mana angka sektor pengeluaran berkembang daripada US$7.2  bilion pada 2009 kepada US$9.5 bilion pada 2010.
Amerika Syarikat ialah sumber pelaburan langsung asing (FDI) terbesar  pengeluaran di Malaysia pada tahun lepas, dengan 47 projek pelaburan  yang diluluskan berjumlah US$4 bilion.
Jepun muncul pelabur kedua terbesar dengan 61 projek. — Bernama
 







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment