Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

Monday, February 14, 2011

MUBARAK ---- NASIHAT TUN M KEPADA TAIB


Dr M: Taib jangan jadi seperti Mubarak
Joseph Sipalan
Feb 14, 11
7:13pm
Kongsi 51
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.

Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.

Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.

Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) ekoran demonstrasi berterusan selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.

Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.

Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.

Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.

Abdul Taib pada minggu lalu berkata, belaui mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.

Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu.



Warkah Pulau Binai


Kita percaya Pehin Sri Taib sudah pun memikirkan dengan sehalusnya masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan penggantinya. Kita serahkan kepada beliau untuk membuat keputusan yang sudah semestinya sangat berat.
Saranan Negarawan Ulung Tun Mahathir itu kita hormati, namun biarlah rakyat Sarawak sendiri yang menentukannya. Kita percaya satu masa kelak Pehin Sri akan menyerahkan kuasanya kepada penggantinya.
Sebagai rakyat Sarawak kita sangat berterima kasih atas khidmat bakti Pehin Sri yg selama ini mengabdikan dirinya untuk Tanah Air ini. Jasa besar beliau tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Sarawak, bahlkan kita berterima kasih kepada beliau serta ahli keluarga beliau yang selama ini telah "Meminjamkan" seorang bapa untuk dikongsikan sebagai bapa kepada seluruh rakyat di negeri tercinta ini.
Terima kasih Pehin Sri --- Teruskan perjuanganmu untuk Tanah Air SARAWAK

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans