RAKYAT mahu tahu siapa sebenarnya berbohong, kalau Dato Trio berbohong heretkan mereka bertiga ke muka PENGADILAN, tidak kira apa kedudukan mereka. Kalau betul itu Anwar, rakyat mahu tindakan seadilnya juga diambil SEGERA. Dengan KUASA RAKYAT kita TOLAK Anwar dan DESAK beliau berundur dari politik tanahair.
Ini soal moral pemimpin tidak kira ianya dari Barisan Nasional atau Pembangkang. Pemimpin tidak bermoral rakyat mesti TOLAK.
Kita RAYU kepada kerajaan segerakan siasatan dan tubuh BADAN BEBAS untuk memuaskan hati semua dan menjawab semua tandatanya rakyat seluruhnya.
Berzina dengan pelacur Cina--soalnya Anwar atau siapa?
Wednesday, March 23, 2011
Shazryl Eskay- kawan Anwar yang dedahkan video seks ini! |
ISU paling besar dan utama dalam kes yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim dengan pasangannya pelacur Cina ini adalah,adakah Anwar terlibat?Adakah Anwar lelaki yang dimaksudkan didalam video selama 20 minit itu dalam berbagai-bagai aksi seks itu?Adakah itu Anwar yang bukan sahaja gemar meliwat tetapi juga bernafsu terhadap pelacur.Cakap banyak pun tidak guna,tidak guna mempersoalkan kredibilti sesiapa dan apa yang perlu kita semua tahu,adakah itu Anwar?
Tidak perlu kaitkan cerita seks Anwar melanggan pelacur ini dengan kerajaan.Tidak munsabah untuk diheretkan UMNO sebagai organisasi yang terlibat menyempurnakan agenda pendedahan salah laku seks terbaru yang dikatakan membabitkan Anwar ini kerna rakan baiknya Shazryl Eskay Abdullah telah mengesahkan bahawa ianya tidak ada kaitan dengan kerajaan,parti atau orang-orang tertentu tetapi atas kesedarannya yang telah diperbodohkan oleh Anwar sejak sekian lama.
Kita sedar ada yang mempersoalkan kredibiliti Shazryl Eskay Abdullah dan Rahim Thamby Chik.Malah kita percaya yang taksub kepada Anwar akan merekayasakan pendedahan ini dengan tawaran wang berjuta dan sebagainya.Sikap dan pendekatan pembangkang,kita sedia maklum.
Kita ketepikan dulu persoalan ini tentang siapa mereka.Fokusnya adalah mencari jawapan kepada pelakunya.Satu negara mahu mengetahui kebenaran,mendengar pengakuan ataupun mencari jawapan,adakah benar Anwar terlibat ataupun orang lain di dalam video itu seperti yang digambarkan oleh Johari Abdul,MP PKR dari Sungai Petani.
Kita juga tidak berminat untuk mengetahui yang Johari Abdul meminta RM1 juta ringgit untuk setiap MP KeADILan daripada Eskay sebagai tawaran untuk beliau dan kumpulannya meninggalkan parti itu tetapi yang paling penting video itu harus didedahkan kepada umum supaya rakyat boleh mengetahui,adakah Anwar berbohong atau Dato Trio ini yang berbohong ataupun Johari menyampaikan cerita bohong kepada Anwar?
Mengharapkan Anwar mengaku samalah seperti kita menunggu bulan jatuh ke riba.Sampai kiamat pun Anwar akan menafikan bahawa beliau yang terlibat dalam video itu.Sedangkan beliau sendiri belum tengok pun video tersebut telah menafikan bahawa perutnya tidak buncit seperti pemain dalam video seks dengan pelacur Cina itu.
Anwar jangan sesekali dibenarkan memanipulasikan isu terbaru ini untuk terus mengelirukan rakyat.Berteorilah dalam apa bentuk sekalipun,cercalah Rahim sebagai orang yang pernah terlibat dalam skandal seks dan nilailah Eskay bukan seorang kawan yang baik kepada Anwar walaupun mereka berdua berkawan sejak 1996 dan akhirnya menikam belakang, ini bukan persoalan pokok yang harus didebat ataupun dihujahkan.
Kegilaan seksnya makin terdedah... |
Paling penting dalam isu ini adalah kebenaran.Soal perangkap ataupun konspirasi,itu perkara kedua tetapi dengan membuktikan sekiranya benar pelaku itu adalah Anwar Ibrahim maka terbuktilah bahawa sesungguhnya Anwar ini manusia sampah dan pemimpin paling jijik yang sama sekali tidak harus diberikan tempat sebagai pemimpin utama negara malah segala namanya yang pernah terpahat di mana-mana harus ditanggalkan kerana beliau telah banyak merosakan Negara ini dengan sikap bermuka-mukanya.Kalau benarlan itu Anwar Ibrahim, terbuktilah Anwar ini manusia yang jenis telunjuk lurus kelingking berkait atauopun syaitan bertopengkan manusia.
Rakyat telah lama dikelirukan oleh Anwar.Negara menjadi huru hara hanya kerana Anwar Ibrahim.Semakin hari rakyat semakin terpedaya dan sekiranya sesiapa yang memiliki rakaman video lucah membabitkan Anwar dengan pelacur Cina ini ,ianya harus didedahkan kepada umum.Rakyat mahu tahu kebenarannya walaupun pemimpin pembangkang menolak untuk menontonnya.
Telah sampai waktunya situasi dalam Negara ini dipulihkan.kita sudah tidak tahan lagi dengan segala pengkhianatan dan krisis moral yang membabitkan Anwar Ibrahim ini.Beliau telah lama mendera perasaan rakyat untuk mempercayai segala cerita bohong dan watak-watak sedih keluarganya dan kalau benar Anwar tidak terlibat dalam soal moral ini.sewajarnyalah pihak-pihak yang menabur fitnah terhadapnya diambil tindakan.
Kita setuju untuk ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kesahihan video ini yang dianggotai oleh semua parti-parti pembangkang dan NGO kecuali daripada BN dan juga kerajaan.BN selama ini telah cukup diperlekehkan oleh Anwar dan balaci-balacinya tetapi penggambilan rakaman seks ini tidak dilaku dan didedahkan oleh UMNO tetapi oleh rakan baiknya sendiri iaitu Shazryl Eskay Abi Abdullah manakala Rahim Thamby Chik ataupun Shuib Lazim hanyalah orang perantaraan Eskay bagi Eskay memudahkan pendedahannya kepada umum.
Kita juga ingin mendengar apakah Anwar berani untuk menafikan segala rakaman itu?Adakah Anwar berani menafikan bahawa Eskay itu bukan rakan baiknya yang mengatur segala pertemuannya di luar negeri dan juga mengatur program-program sosialnya?Isunya sekarang ini,adakah pelaku seks dalam video itu Anwar?
1 comments:
Siapa akan menggantikan Taib Mahmud sebagai CM Sarawak?
Klik pada link di bawah (atau copy & paste) untuk mengundi. Pastikan suara anda didengari.
http://www.micropoll.com/a/mpview/1069566-405576
Post a Comment