BINTULU – Kesemua enam set borang pencalonan bagi N59 Kidurong telah habis dibeli oleh pihak yang ingin turut serta bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya DUN ke-sepuluh 16 April ini, kata pengurus pilihan raya kawasan terbabit, Sirai Daha.
Kesemua borang tersebut, katanya, telah habis dibeli dua hari yang lalu sekaligus memberitahu tidak mengetahui samada pembeli tersebut mewakili parti pembangkang maupun bebas memandangkan pihak terlibat enggan mendedahkan siapa sebenarnya mereka.
Sirai, bagaimanapun, menyarankan mana- mana pihak yang tidak sempat berbuat demikian, boleh mendapatkan borang(pencalonan) di mana- mana Bilik Gerakan Pilihan Raya yang lain di seluruh negeri atau ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri di Kuching.
Beliau yang juga timbalan Residen(Pembangunan) Bintulu turut memberitahu proses penamaan calon dan penjumlahan undi bagi DUN Kidurong, masing- masing akan diadakan di Bilik Sindiket Wisma Bintulu dan SK Assyakirin di mana proses penjumlahan undi akan bermula jam 5 petang pada 16 April kelak.
Tambah beliau lagi, sejumlah 54 pasukan akan ditempatkan di kesemua 18 pusat pembuangan undi bagi memantau serta memastikan proses pembuangan undi pada 16 April ini berjalan lancar.
Dalam pada itu, kawasan N59 Kidurong berkemungkinan menyaksikan pertarungan lebih daripada enam penjuru di antara calon BN, parti pembangkang dan bebas berdasarkan jumlah borang penamaan yang telah dibeli sehingga kini.
Setakat ini, DAP telah mengesahkan penyandang DUN berkenaan untuk tempoh dua penggal lalu, Chiew Chiu Sing merupakan calon terbaik Pakatan Rakyat bagi DUN Kidurong untuk menentang bakal calon SUPP yang dikhabarkan bakal mengetengahkan pengerusi SUPP Cawangan Bintulu, Henry Ling Kuong Meng.
Kerusi DUN N59 Kidurong disandang oleh setiausaha DAP Negeri Sarawak, Chiew Chiu Sing yang memenangi majoriti 1,664 undi pada pilihan raya DUN ke-sembilan yang lalu setelah berjaya memperolehi undi sebanyak 8,517 selepas menewaskan calon BN dari SUPP, Paul Yong Khing Khee yang sekadar memperolehi undi sebanyak 6,853.
Sumber: SarawakUpdate
RB: lama dah rb rasa tak melawat kidurong,apa khabar agaknya,hangat-hangat,di jepak dah bertanding 5 penjuru,dan kidurong 6 penjuru?apa apapun RB harap pengerusi SUPP dapat memenangi DUN,inilah perubahan dan pembaharuan yang sebenar nya,diharap borang yang habis dijual dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya,penduduk di kidurong sudah sedar dan inilah yang patut mereka lakukan :),tolak DAP!
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment