Mencetuskan peristiwa, PAS yang akan bertanding menentang BN-PBB di DUN Sebuyau telah mula menggerakkan jentera pilihan raya. Selain rakyat tempatan, ramai ahli PAS di Semenanjung juga telah datang berkampung di Sarawak bagi membantu calon PAS. Dalam kesibukan berkampung, amalan PAS di mana-mana tempat menjadi perhatian penduduk tempatan khususnya dalam menunaikan solat di surau.
Pada ketika penduduk tempatan menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau Kampung Hulu, Sebuyau, sekumpulan ahli-ahli PAS yang bersemangat untuk berkempen lebih rela menunggu di belakang jemaah tempatan yang sedang khusyuk berjemaah Isyak. Ketika menunggu dan mundar mandir di bahagian belakang jemaah, mereka ini (ahli-ahli PAS) membuat bising dan bercakap seperti tiada orang di sekeliling mereka. Menjadi persoalan, apakah mereka ini tidak mempunyai adab dan budaya ketika jemaah lain sedang bersolat dan mereka ini pula yang alim kononnya sanggup membuat bising sehingga menganggu jemaah lain yang sedang bersolat?
Sebaik saja jemaah penduduk tempatan selesai bersolat dan bersalaman, mereka terus bergerak ke hadapan dan terus bersolat dalam kumpulan mereka. Perbuatan ini telah mengundang sejuta persoalan kepada penduduk tempatan, kenapakah mereka (ahli PAS) sanggup membuat perkara sebegitu?
Menurut penduduk, belum pernah dalam sejarah kampung perkara sebgini berlaku di kampung mereka. Perbuatan sebegini seolah-olah masyarakat Melayu berpecah belah disebabkan ideologi politik. Apakah disebabkan kebanyakan penduduk kampung yang berjemaah itu merupakan penyokong dan ahli-ahli BN, maka mereka ini tidak mahu solat berjemaah bersama-sama?
Andai perbuatan ini merupakan solat jamak bagi kumpulan PAS yang baru datang dari Semenanjung, tidak masuk akal kerana tingkahlaku dan kejadian itu berlaku setiap hari. Perbuatan itu sedikit sebanyak membuatkan penduduk tempatan apakah ajaran Islam yang dibawa PAS yang berselindung disebalik memperjuangkan Islam?
Bagi penduduk tempatan Sebuyau, perbuatan ini tidak sewajarnya wujud di Sarawak memandangkan mereka sebelum ini tidak pernah menghadapi perkara sedemikian. Kedatangan PAS di Sarawak bukan sahaja mahu mendapatkan kuasa politik, sebaliknya mahu memecahbelahkan penduduk Islam di Sarawak seperti mana yang mereka lakukan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Sumber : Wira Kenyalang
RB agak terkejut bila baca entri dari Wira Kenyalang,sebelum ini,RB sangkakan rakyat sarawak bijak menilai yang mana buruk yang mana baik,ternyata RB silap,ini bukan budaya kita,bukan pegangan kita yang mengaku umat islam yang berpegang pada Mazhab Syafie'e. Ini sangat berbeza malah bertentangan dengan apa yang kita konon pegang dan akui. pernahkah keempat-empat Imam ASWJ yang kita kenal ini melakukan sembahyang 2 imam?.
fanatisme,inilah yang RB lihat dalam kelompok pas,dan fanatisme inilah yang menyebabkan ISLAM diburuk-burukkan oleh orang kafir.apakah bersikap ta'asub dalam parti PAS akan menjamin penghantaran kita ke syurga?apakah pembaharuan dan pembangunan dapat diselesaikan dengan bersembahyang 2 imam,RB kira perkara ini adalah absurd dan tidak seharusnya terjadi pada kita.sesungguhnya perbezaan yang besar terdapat pada ulamak-ulamak masa dahulu,namun pernahkah saudara dengar cerita bahawasanya mereka pernah bergaduh,mencela sesama sendiri?walhal mereka punya pengikut yang ramai pada setiap mereka,sehingga terjadi ta'asub pada pengikut mereka.
namun pernah kah kalian dengar imam-imam yang punya percanggahan pendapat melakukan sembahyang berlainan imam di suatu masa di masjid yang sama?RB sedih melihat kelakuan umat islam hari ini,RB sendiri bukanlah seorang manusia yang sempurna,namun RB punya akal dan mampu menilai tentang perkara yang terjadi.saudara-saudara sesama marhaenku,bukalah mata dan lihatlah,bukan ini diajar kepada kita,sedari kecil malah silibus di sekolah pun tidak menganjurkan sembahyang 2 imam,hanya kerana ta'asub dan kebencian terhadap kerajaan,mereka sanggup membawa percanggahan politik hingga ke rumah Allah.
Dari kisah imam besar kita al-Syafi‘e rahimahullah yang mengimami solat subuh di masjid berhampiran kubur Abu Hanifah. Beliau solat tanpa membaca doa qunut dan apabila ditanya oleh seseorang sehabis solat, beliau menjawab: "Adakah aku ingin melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diajar oleh Abu Hanifah padahal aku berada berhampirannya". (Hujjatullah al-Balighah 335)
Berkata Abdur Rahman bin Yazid: Kami bersama Abdullah bin Mas'ud. Ketika kami masuk ke masjid Mina dan amirul mu'minin sedang menjadi imam pada ketika itu, lalu Ibnu Mas'ud pun bertanya: "Berapa rakaatkah amirul mu'minin solat?" mereka menjawab: Empat rakaat. Lalu Ibnu Mas'ud melakukan solat empat rakaat. Setelah selesai solat kami bertanya kepada Ibnu Mas'ud: "Tidakkah kamu telah memberitahu kami bahawa Rasulullah dan Abu Bakar telah melakukan solat dua rakaat?" Beliau menjawab: "Ya, bahkan sekarang juga aku mengatakan demikian, akan tetapi Uthman menjadi imam dan aku tidak mahu menyanggahinya". (as-Sunan al-Kubra 3/144).
Walaupun Imam Abu Hanifah telah wafat,Imam Syafi'e masih sangat menghormati Imam Abu Hanifah.satu kisah yang harus dijadikan teladan. Maka apakah kita yang masih sihat dan belum lagu nyanyuk sudah hendak berkelahi hanya kerana fahaman Politik yang diperkenalkan dari barat?belum lagi kita beri kuasa kepada mereka,telah mereka heret sekali kerosakan yang dibawa dari tanah malaya.
Perhatikanlah kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi : "Para pendakwah dan pengamal Islam mestilah menjadikan matlamat mereka kepada kesatuan, keserasian, mengumpulkan hati-hati mereka dan merapatkan barisan mereka. Mereka mesti menjauhkan diri dari perbezaan dan perpecahan serta semua perkara yang memecah-belahkan jamaah dan merosakkan kesatuan yang terdiri dari permusuhan yang zahir mahupun kebencian yang batin. Juga semua perkara yang membawa kepada kerosakan hubungan sesama sendiri yang hanya akan melemahkan umat. Tiada yang setanding dengan agama Islam dalam mengajak kepada persaudaraan. Persaudaraan ini nampak jelas dengan kesatuan, keserasian dan saling tolong-menolong. Agama Islam juga unggul dalam melarang daripada perpecahan, perselisihan dan permusuhan. Semuanya termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah" (as-Sahwah al-Islamiyyah 27)
sayangnya, hari ini tiada yang saya lihat di dalam PAS menganjur perpaduan dan mengutamakan sikap persaudaraan(ukhuwwah),malah pecah belah sendiri terjadi di dalam parti tersebut,mungkin ini adalah normal bagi mana-mana parti politik.tapi mereka ini yang mengaku Parti ISLAM tidak membawa imej sebenar tentang Islam.sedarlah dari ketaksuban yang hanya membawa kehancuran umat Islam.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu." (al-Hujurat 10)
untuk mendapat kebenaran,percanggahan dan perbezaan adalah sesuatu yang tidak dapat dihindari,maka hendaklah kita dan RB sedar dan ingat,perpaduan dan persaudaraan itu lebih diutamakan dari perpecahan,apalagi kerana fahaman politik yang berbeza, adakah PAS itu sebenar-benar ISLAM?tepuk dada tanya iman. Namun di hati RB masih berharap bahawa berita ini palsu dan tidak benar.semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua.
4 comments:
nampak gaya Yang di belakang lebih ramai....adakah sembahyang yang pertama itu dah habis kemudian ada kump. kedua bersembahyang.....atau kedua dua kumpulan serentak sembahyang dan masing masing tak mahu mengalah.....kalau serentak sembahyang dan masing-masing tak mahu mengalah....dua dua kumpulan perlu kaunseling...sebab tak mahu bermuzakarah...perkara begini tak seharusnya ditunjukkan di mana mana media massa....sebab memalukan orang islam....dan yang mengambil gambar dan menunjukkan pada umum perlu bertaubat sebab menjadi api....
bro baca caption dibah gambar ya bro,gambar ya rah sjung nun,jangan salah faham..tapi benda ya sjung dah jadi biasa.ne lah gaya taksub
Gambar ni kurang meyakin kan aku... mungkin yg depan dh sembahyang dulu... dan baru jemaah di belakang... ape2 pun kalau lah terjadi 2 imam sekali pun hanye 1 per seribu dari ahli pas yg begitu.. so, ok lagi kalau nak dibandingkan dengan BN laknat kau tu celaka... BN ko 1000 per seribu adalah teruk wahai celaka... jimanji...
1)orang sebuyo..mena ya masjid kampung hulu sebuyo ka?
2)terang mena juak lampu spotlight di luar masjid nun..kedak hari siang jak isyak nya owh???
Post a Comment