Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Tuesday, April 5, 2011

The Jepak's Dilemma


Musim pilihanraya kini telah kembali, kedai kopi mula menambah waktu operasinya, habis cerita
kedai kopi bersambung lagi dalam forum dan facebook, medan kritikan dan keluhan penduduk-penduduk.
Situasi ini yang saya lihat agak tegang bagi Datuk Talip Zulpilip jika dilihat dari mata kasar saya sebagai seorang rakyat. Masing-masing punya suara, tidak kurang juga mereka yang berlebihan dalam berpendapat, apakah yang menjadi sebab sehingga mereka begitu sekali mengkritik DTZ?. Di sebuah forum yang mempunyai 700 lebih ahli itu menjadi medan keluh kesah bagi mereka yang merasa tertindas dan tidak merasa perubahan yang telah dibawa, bersalah kah mereka?

Saya yakin tidak sampai 20% ahli forum yang aktif berpendapat dan berkomentar,ada yang berlindung dengan nama samaran,atas sebab-sebab yang boleh diterima. Ada yang berani dengan lantang melontar rasa kecewa, saya kira semua itu bukanlah perkara yang boleh diambil mudah oleh DTZ kita. Sebuah undian online telah dibuat bagi menentukan siapakah pemimpin yang diterima oleh sekalian rakyat,yang mana meletakkan DTZ dalam undian terbawah,adakah ini semua menunjukkan bahawa DTZ tidak lagi relevan di kalangan rakyat tempatan?


Mengapa begitu banyak orang mempersoalkan kredibiliti DTZ? sehingga cerita-cerita yang tidak enak hendak dihebahkan pada orang ramai. Perlukah sedekah menjadi isu sangat penting?siapakah kita untuk menetapkan nilai tukaran matawang ringgit kepada pahala dan keikhlasan?mengaibkan orang untuk motif tertentu?. Saya tidak berani menuduh yang sembarangan, penduduk jepak lebih arif dengan kebenaran yang terjadi. Biarlah kita bersederhana, janganlah keterlaluan seperti pembangkang kita lihat hari ini yang lebih berminat membuat 'personal attack' dan fitnah yang tidak ada kesahihannya(sekarang dah terkena batang hidung sendiri).

Rata-rata rakyat bintulu mengaku sayangkan BN, sebuah parti komponen yang telah lama menerajui kerajaan negeri sarawak, membawa perubahan dan pembangunan untuk rakyatnya. Ini bukanlah ayat angkat pel*r seperti yang diklaim oleh sesetengah rakyat, biarkan mereka, pandangan kita berbeza, tidak semua kemahuan kita sama, ada yang mahu kaya cepat tapi tapi kecewa tak dapat tender, sekonyong-konyongnya jadilah dia seorang pembangkang, hatta ada yang berpendapat dalam hal politik sampai tidak memikirkan keadaan orang lain, hanya tahu beranggapan negatif. Inilah realiti, setiap hari dibasuh otak oleh pihak yang punya agenda tersendiri dan motif yang tersembunyi, mereka tidak sedar realiti kehidupan, hidup berpandukan idealis semata-mata. Andailah mereka diberi kuasa, saya tidak berani jamin apa jadinya, 

Majoriti penduduk jepak mendakwa mereka masih mahukan BN, andai benar bagai dikata, apakah silapnya pilihanraya yang lepas-lepas menyaksikan undi untuk BN menurun!. Benar BN masih majoriti tapi yakinkah kita dengan pilihanraya akan datang? nasihat saya berwaspadalah pada pilihanraya kali ini, DUN JEPAK akan menjadi saksi apakah BN masih benar-benar di hati rakyat. Kotakan kata wahai penduduk Jepak. Jangan biar api kebencian yang ditiup menjadi angkara kekalahan. Sejarah menunjukkan negara yang kacau bilau dan lemah adalah negara yang paling mudah sekali dijajah,bersatulah demi masa depan anak-anak kita. Pengundi adalah orang yang bijak menilai, hanya manikam mengenal jauhari.

Nukilan seorang anak nelayan

2 comments:

Anonymous said...

undi tetap BN!

Anonymous said...

Great and I have a dandy offer: How Many Houses Have Been Renovated On Hometown house reno on a budget


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans