Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Tuesday, April 19, 2011

Lepak petang lepas pilihanraya

RUPANYA BN CUMA DAPAT UNDI SEBANYAK 56% jaa!! ini bermakna 44% Pengundi Sarawak Berpaling Tadah..
BN – 55 (372,379 undi)
PKR – 03 (117,100 undi)
DAP – 12 (134,847 undi)
PAS – 0 (9,719 undi)
SNAP – 0 (15,663 undi)
PCM – 0 (2,895 undi)
Bebas – 01 (20,064 undi)
bermakna undi BN = 372,379 undi Pakatan Rakyat +++ undi pembangkang yg lain = 300,288.
(372,379-300,288=72091) lebihan yg sokong BN adalah seramai 72 091 shj……

Rupa-rupanya pembangkang masih tak puas hati dengan kemenangan Barisan Nasional yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah. Saya tak pasti kenapa kiraan undi Bebas dan SNAP dimasukkan sekali dalam kiraan Pakatan Pembangkang. Tak apa beri mereka peluang untuk berhujah he he he...



Cerita-cerita lepas pilihanraya ini ramai yang jadi penganalisis politik,sempat berjumpa dengan teman-teman lama. Banyak cerita baik atau tak baik, namun cerita yang paling hangat adalah tentang pemilihan calon(nasi sudah menjadi bubur).

Mendengar luahan mereka,dapat lah saya simpulkan bahawa tidak semua calon Barisan Nasional yang dipilih  untuk bertanding di sesuatu DUN diterima oleh Penduduk-penduduk sekitar. Kata mereka calon-calon yang dipilih itu bukanlah orang yang mereka kenal benar atau tahu latar belakangnya.

Sesetengahnya hanya akan memajukan kampung dan keluarga mereka sendiri. Ini terlihat oleh mereka apabila waktu berkempen . Yang keluar hanyalah orang kampung sendiri dan sedarah dengan mereka sahaja, jangan kata dijemput, bertegur pun tidak dengan PBB dari ranting yang lain. Belum menang sudah sombong.

Di kawasan lain pula,agak hangat pula bercerita tentang Calon yang sudah 3 penggal bertanding dan menang sekali lagi pada pilihanraya kali ini. Banyak mulut yang tidak puas hati dengan YB ini sebelum pilihanraya, kini agak senyap. Saya tidaklah begitu tahu isu-isu yang bermain di kawasan ini. Tetapi yang pasti ramai yang mengatakan YB ini tidak lagi efisyen dalam menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat.

Saya sekadar menjadi pendengar sahaja kepada mereka-mereka, Namun satu yang saya yakin dan tekankan kepada pembangkang bahawa, di dalam 300,388 undian kepada Pembangkang, sebahagian dari mereka adalah Rakyat yang masih mahukan Barisan Nasional. Itu namanya Undi Protes, Mereka sebenarnya tidak berminat undi mengundi pembangkang sekalipun. Jangan perasan dengan "kejayaan Pakatan Rakyat".

Mungkin boleh kita tafsirkan sebagai undi merajuk, Namun dalam hal ini saya memuji pengundi-pengundi di kawasan PBB yang masih setia dan teguh dibawah naungan Barisan Nasional. Walau sampai ke dalam rumah sekalipun Pembangkang 'menghibur' mereka. Tidaklah mereka terpengaruh dengan cerita-cerita kosong pihak Pembangkang. Anwar kini pun hanya mampu memberi ulasan dari kota London, itu pun masih nak temberang kata Pakatan menang.

Kini calon-calon itu telah menjadi wakil rakyat kepada anda, berilah mereka peluang selama 5 tahun ini, buat YB-YB yang menang. Inilah masanya untuk anda membuktikan yang anda benar-benar layak untuk untuk menjadi Wakil Rakyat, bukan hanya dengan projek segera setiapkali pilihanraya sahaja. Kuasa Rakyat meletakkan anda untuk menjadi pemimpin.

Saya tak mahu mengulas tentang kekalahan SUPP, orang lain lebih tahu. Cuma pada saya, jika pengundi Cina memilih DAP,biarkan Kerajaan DAP chauvinis yang memajukan mereka.

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans