Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Saturday, April 16, 2011

Tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi.

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 akan berlangsung sebentar sahaja lagi, di hari penentuan ini diharapkan kita semua telah sampai ke satu rumusan sepanjang kempen-kempen yang telah berlalu,

 Rb pasti rakyat sarawak telah menilai atau sekurang-kurang nya tahu apa yang mereka mahukan. Kempen Pilihanraya kali ini bolehlah kita anggap sebagai alat-ukur kepada apa usaha-usaha Jentera Barisan Nasional dalam meyakinkan rakyat untuk terus menyokong dan bersatu-padu di bawah Kerajaan Barisan Nasional. 

Sayugia haruslah kita semua ingat bahawa pilihan yang kita buat akan menentukan detik-detik penantian dalam 5 tahun sebelum kita dapat membuat pilihan sekali lagi.

Justeru itu, ingin Rb ingatkan sekali lagi untuk kita berfikir sejenak tentang perubahan yang kita mahukan. pembaharuan yang didendangkan, setakat ini hanya mengundang lebih banyak persoalan.

Janganlah kita mudah untuk terpengaruh dengan permainan pihak-pihak tertentu yang menyembunyikan agenda masing-masing, kerana Rb sendiri tidak sanggup untuk melihat rakyat sarawak diperbodohkan melalui
boneka-boneka yang dihiasi semata-mata untuk menarik perhatian rakyat. Ingatlah bagaimana sesuatu yang cantik itu,seringkali menipu mata hati.

Ingatlah betapa besar cerita tersebut,maka lebih besar lah pembohongan nya, kerana cerita yang terlalu cantik sebenarnya banyak ditampal lubang-lubang nya,sehingga kita sendiri tidak dapat membezakan yang mana Haq dan Batil. Jika BN tidak mendapat kerusi majoriti kali ini,Rb dapat melihat satu perancangan yang siap untuk dijalankan, tidak lain adalah hanya pembohongan. Andai BN menang majoriti, pembangkang hanya mampu memanipulasi keadaan dan menghuru-harakan suasana pilihanraya.

Sepanjang pemerhatian Rb dalam kempen pilihanraya kali ini, pembangkang banyak menggunakan taktik 'Psy-War',Taktik ini seringkali berkesan lebih-lebih lagi melibatkan kawasan yang sangat besar. Manakala di Pihak kita pula, Jentera Barisan lebih banyak turun padang dan melawat penduduk-penduduk di kawasan DUN masing-masing. Mereka ini benar-benar menunjukkan contoh kepimpinan dan keperihatinan terhadap rakyat, mereka tidak kerap menggunakan ceramah hanya mengharapkan rakyat datang  sekadar untuk mendengar pidato yang 'syok sendiri' dan janji-janji manis yang sesiapapun akan tertarik dengan "fakta" yang didendangkan. 

Terima kasih dan Syabas Rb ucapkan kepada Barisan-barisan jentera kita yang telah yang benar-benar menunjukkan semangat kepimpinan. Diharap tidak segala usaha yang dilakukan dapat menembusi pemikiran dan hati rakyat-rakyat sarawak untuk membuat pilihan yang bijak..

Tidak banyak yang boleh Rb katakan,selain terus berharap bahawa keputusan pilihanraya akan tetap berpihak kepada kita. Kerana hidupnya kita di bumi bertuah sehingga hari ini, secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kita rakyat sarawak yang mempunyai kerajaan sendiri.

Dengan ini, marilah kita menunaikan kewajiban kita sebagai rakyat,yang memilih pemerintahnya sendiri, bukan dengan nepotisme,tidak ada autokrasi atau monarki dan sebagai nya, tidak lain hanya Demokrasi yang telah berpuluh tahun menjadi medium untuk rakyat menyampaikan suara yang inginkan kemajuan dan pembangunan.

Marilah kita beramai-ramai keluar mengundi,walaupun panas atau hujan di luar atau di dalam hati. Kewajiban harus ini kita tunaikan. Jangan nanti jika pilihan telah dibuat,akan timbul pula rasa tidak puas hati terhadap pemerintah, sedangkan kita sendiri tidak ada menunjukkan suara kita. Itu sudah terlalu lambat untuk menyesal.

Akhir kata sebelum pergi mengundi,timbang-timbangkanlah.






Rb akan cuba mendapatkan keputusan tidak rasmi pilihanraya esok jika berkesempatan.Doakan kita semua mendapat yang terbaik.

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans