Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Wednesday, May 4, 2011

Tangan yang mengundi

Barang naik. Gaji tak naik. Pekerja Am or General workers di Sarawak nak makan apa & nak beli apa dengan gaji RM 10- RM 20 satu hari. Perbelanjaan makan minum & tambang pergi balik pun tak cukup. Ramai orang Sarawak yang lulus SPM & Form Six jadi Pekerja Am or General Worker di Kilang, Kedai & Perladangan dengan Tawaran Gaji seperti berikut.

dicilok dari facebook.




Biasanya kebanyakan jawatan kosong seperti ini banyak diisi oleh pekerja asing. bukan tak ada rakyat sendiri,ada,tapi tidakla sebanyak kebanjiran pendatang asing ke negara ini mencari rezeki. apa masalahnya?kerja setengah mati tapi gaji tak berbaloi dengan usaha?bila saya sendiri buat perbandingan,saya boleh bersetuju dengan pendapat bahawa kos hidup di sarawak(bandar)lebih tinggi dari sesetengah negeri di semenanjung.lalu apa kerajaan kita akan buat?


Menyuruh rakyat mengubah cara hidup sahaja tidak akan cukup. Malah bagi saya tidak relevan. subsidi minyak yang ditanggung kerajaan sekarang ini pun tidak dirasakan keringanannya oleh rakyat. sedangkan harga minyak dunia telah pun turun, dimanakah logik rakyat dalam negara pengeluar minyak menghadapi masalah kenaikan harga minyak?rakyat tak hendakkan penerangan karut mengenai beban kerajaan,rakyat sendiri sedia maklum tentang beban kerajaan yang disebabkan sesetengah individu di negara ini. 

Jika dilihat sesetengah pemimpin yang kita ada sekarang tidak ada yang terbeban dengan kos hidup. dalam sesetengah pendapat itu harus, tapi kalau dah senang,dan diundi jadi YB,gunakan YB untuk kaut lagi kesenangan adalah sesuatu yang memalukan bagi saya sendiri. Adakah YB-YB ini terfikir bahawa tangan-tangan yang mengundi itu cuma tahu makan dan meminta?ketika hari mengundi tempoh hari,terdetik rasa  terkilan melihat pengundi-pengundi yang datang beratur di panas terik semata-mata untuk mengundi parti keramat mereka BN. sempat kah tangan-tangan yang mengundi itu melihat pembangunan di kawasan mereka?isu ini sudah lapuk tetapi masih relevan sampai sekarang. Janganlah sesetengah YB marah dan hairan kenapa rakyat mahukan perubahan. jangan kurang ajar kepada rakyat kerana anda sudah berapa penggal diberi peluang untuk mengubah nasib rakyat.




0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans