Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Saturday, January 29, 2011

TANJUNG MANIS HALAL HUB

 



Misi Sarawak ke Abu Dhabi untuk tarik pelabur ke Hab Halal Tanjung Manis

Posted on January 28, 2011, Friday 
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan mengetuai satu misi pelaburan ke Abu Dhabi bagi menarik para pelabur dari negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menunjukkan minat besar di Hab Halal Tanjung Manis (TMHH) di negeri itu.
Misi dari hari ini sehingga 3 Februari, yang merupakan sebahagian daripada persidangan ‘Invest Malaysia 2011’ yang akan diadakan di sana itu, bertujuan mendapatkan para pelabur menyertai hab halal bersepadu itu atau TMMH, yang merupakan salah satu inisiatif pembangunan terbesar negeri itu.
Sementara itu, Invest Malaysia 2011 adalah satu acara yang akan memupuk kerjasama ekonomi lebih rapat antara Malaysia dan negara GCC, kata Pengerusi Eksekutif TMHH Datuk Norah Tun Abdul Rahman kepada Bernama semalam.


Datuk Hjh Norah Tun Rahman

 


Katanya misi itu dianjurkan bersempena pelancaran laporan khas ‘Invest Malaysia 2011’ dan forum di Abu Dhabi pada 30 Januari.
Acara itu akan dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed bin Sultan Al Nahyan.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan berada di Abu Dhabi bagi mengembangkan hubungan politik, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Majlis penerangan pelaburan bergerak mengenai TMHH adalah yang pertama kali dilakukan di Timur Tengah dan telah menjana minat kukuh dari komuniti pelaburan GCC walaupun sebelum kami berlepas ke sana bagi menemui mereka,” kata Norah, yang akan turut mengetuai misi penting negeri itu ke UAE.
“Berikutan isu keselamatan makanan yang menghantui negara-negara Arab sekarang ini, projek Tanjung Manis itu telah menjadi tajuk perbincangan dan menjana minat yang besar di kalangan para pelabur GCC,” katanya.
Norah berkata negara-negara Arab adalah pengimport terbesar makanan dan bijirin di dunia kerana kekurangan tanah dan ditambah dengan ketersediaan tanah bagi bercucuk tanah bagi pertanian yang semakin berkurangan.
“Sebagai satu hab halal yang maju, Tanjung Manis mempunyai kelebihan memiliki rantaian nilai huluan dan hiliran, dengan ketersediaan bahan mentah bagi pengeluaran makanan di mana pertanian dan akuakultur adalah kelebihan kami,” katanya.
Kelebihannya yang lain ialah fokusnya pada aktiviti rantaian nilai pertengahan seperti pemprosesan makanan “di mana kami mempunyai penyelesaian dari awal hingga akhir dalam satu pembangunan bersepadu,” katanya.
TMHH adalah satu destinasi peburan ideal kerana ia terletak di kawasan tanah seluas 77,000 hektar yang sesuai bagi inisiatif pertanian, pemprosesan makanan, bioteknologi dan hortikultur.
Ia dijangka menjadi salah satu hab paling maju di dunia dengan adanya sambungan hubungan, komponen industri teknologi, aspek kehijauan dan penaiktarafan infrastruktur pelabuhan dan penerbangannya yang terletak di sekitar kawasan itu baru-baru ini.
TMHH, satu projek di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), diilhamkan bagi memastikan Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2020, dengan berusaha secara seiring dengan wawasan dan sasaran Program Transformasi Ekonomi negara ini. — Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Im going to Halal exhibition in China... they say if do it here we give the full support...this is project in tanjong manis is purely scheme jual tanah....

Anonymous said...

Bila pulak kerajaan negeri sarawak jual tanah just becoz this establishment of halal hub?


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans