Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Saturday, March 12, 2011

Buku terhangat di pasaran

 sangat hangat!!! sampai kena cetak lagi dan mungkin lagi dan lagii..lebih hangat dari isu bible bahasa melayu yang menggunakan perkataan Allah!kenapa aku cakap macamtu?pasal aku tengok puak-puak pas ni cool jer,bila buku Tun M ni keluar melatah pulak diorang ni sampai ke mimbar pulak.tak apa,bagi yang belum beli buku ni,silakan beli,tak rugi woooo ..

Buku Tun Mahathir 'A Doctor In The House' mula membakar 'telur' PAS dua tiga hari kebelakangan ini. Serangan demi serangan yang dibuat oleh BN di dalam mendedahkan penipuan dan pembohongan manusia materialistik dan munafiq telah disatukan dalam bentuk buku yang bakal dan sedang menggegarkan 'tiang seri' PKR termasuk juga PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Tidak mustahil ia boleh menenggelamkan terus kapal mereka tanpa sebarang tanda.


Buku yang telah terjual 5000 naskhah pada hari pertama pelancarannya Rabu 10 Mac 2011 yang lalu dengan 50,000 naskhah, telah pun diulang cetak sebanyak 20,000 (menurut sumber) untuk memastikan rakyat tidak hampa jika ia 'habis' di kedai buku negara kita. Nampak gayanya selepas menjadi blogger terhebat dengan jumlah hits terhebat di Malaysia, Tun M akan menempa sejarah sekali lagi sebagai penulis buku terhebat di negara kita. Semua kerana - Malaysia Boleh yang diaspirasikan oleh beliau sehingga tersemat di minda kita dan beliau sendiri selaku pencetusnya

Kawan Panglima turut mengakui semalam beliau mencari buku tersebut di kedai ternama di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan rakyat Malaysia termasuk pelancong Arab mencari buku hebat tersebut. Sehingga kedai telah kehabisan stok dan terpaksa menunggu stok baru sampai.. Begitulah tarikan sebuah buku yang ditulis selama 8 tahun yang memuatkan pengalaman hidup seorang pemimpin antara yang terhebat di dunia selama 85 tahun, samada di Malaysia dan dunia amnya.

Pengalaman Panglima di Mesir juga menunjukkan populariti Tun Mahathir begitu hebat di minda rakyat Mesir dan seluruh jazirah Arab keseluruhannya. Sebab itulah nama Malaysia sangat harum di Mesir berbanding negara Asia Islam yang lain.

Lantaran itu sahabat Panglima, Blogger Azli SHukri mendedahkan cerita petang semalam semasa khutbah Jumaat di TTDI di mana seorang khatib telah menyentuh buku Tun Mahathir tersebut. Dalam khutbahnya beliau mengatakan : " Khatib berkata adanya seorang manusia yang membuat fitnah dalam buku terbarunya terhadap insan beriman tidak bersalah tanpa mendatangkan 4 orang saksi yang adil. "

Katanya lagi : "Siapa yang menulisnya fasiq!, siapa yang membelinya fasiq!, siapa yang membacanya fasiq!, siapa yang menjualnya fasiq!..." tempik khatib tersebut.

Masya Allah, adakah benar kefasikan yang cuba ditonjol oleh beliau selaku khatib itu benar-benar wujud atau ia satu perkara yang cuba dilekatkan kepada buku mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Buku yang memaparkan berbagai kisah dan pengalaman menari itu turut memuatkan kisah silam Anwar Ibrahim yang 'melanggan' perempuan termasuk juga kisah bekas musuh politik Tun Mahathir iaitu Tengku Razaleigh yang diceritakan Tun M boleh menjadi Perdana Menteri jika bersabar.

Khatib yang sudah semestinya pro kepada PAS tentu akan mencerca buku yang boleh merosakkan PAS atau sekutu PAS atau 'bini haramnya' DAP. Khatib yang sepatutnya mencerca perbuatan mendesak Bible versi Melayu telah terbalik menentang buku yang mendedahkan perbuatan peliwat dan pengkhianat agama agama. Dunia akhir zaman nampaknya telah terbalikkan otak dan minda manusia dan tidak peliklah matahari juga akan terbalik daripada timur keluar di barat.

Itulah PAS sekarang, sudah terlalu jauh dari versi asal yang bercita-cita menegakkan Islam bertukar menjadi pembela Fuckatan pembangkang.

 Panglima Perang Cyber

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans