Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Wednesday, March 9, 2011

RADIO FREE SWAK - AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI- individu boleh kena ISA

NONE 
ISA boleh diambil ke atas Radio Free Sarawak  
Siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein.

"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Pegawai Penjara (Pulapen) Sarawak di Kuching.

Hishammuddin bagaimanapun berkata pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.

Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata akta itu boleh digunakan jika individu di sebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.


Minggu lepas sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONEDiketuai oleh timbalan ketuanya, Pandi Suhaili, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia Datuk Joseph Salang bulan lalu.

Salang dipetik sebagai berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya boleh bertindak selepas laporan polis dibuat.

Clare Rewcastle Brown, ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, dan Peter John Jaban, seorang aktivis kaum Iban, membuat kenyataan pada 23 Feb lalu dalam sebuah akhbar tabloid Britain dengan menyatakan mereka bertanggungjawab terhadap blog Sarawak Report, dan stesen radio itu.

Dalam perkembangan berasingan, Hishammudin berkata pilihan raya negeri Sarawak ke-10 adalah antara topik yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Taib sebelum itu.

"Kami membincangkan banyak perkara, antaranya kaedah untuk menangani politik tidak sihat dari Semenanjung yang menular ke dalam politik Sarawak pada pilihan raya akan datang," katanya tanpa mengulas lanjut.

- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Ia padu muka Peter John..macam ....

anak segan said...

sapa lagik,orang tua ya,sapa x kenal,pencinta bini orang.kenak tendang kerja brapa kali.kinektok nyorok rah uk,sama jak stail dengan raja petra kamaruddin,provoke orang dayak dengan isu mcm2,putar belit n macam2,sidak brani la ngaku ia kerja sidaknya,RPK pun brani ngaku,mun agik d UK!,suruh nya datang sitok mun nya berani,


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans