Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Thursday, March 17, 2011

Ummi Hafilda saman Baginda Minda, Malaysiakini RM100j

KUALA LUMPUR 17 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan writ saman untuk menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap ahli perniagaan Baginda Minda ekoran artikel fitnah yang disiarkan oleh portal pro pembangkang, Malaysiakini yang didakwa menjatuhkan maruahnya.
Umi Hafilda selaku plaintif menamakan Nor Azman Abdullah @ BagindaMinda dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Sahrihan & Hamdan pada pukul 1.30 petang di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.


Plaintif turut memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan secara sendiri atau melalui ejen, pekerja, wakil atau sesiapa pun daripada mengucapkan perkataan fitnah atau menulis atau menyebarkan atau menerbitkan artikel fitnah atau yang serupa dengannya dalam portal berita itu atau media-media cetak lain. – Utusan.

MalaysiaKini

RB:
itu lah kita ni beginda,jangan suka sangat berfantasi,ukur baju di badan sendiri,cermin diri(100% discount store 2rm je bro),. Siakap senohong gelama jadi umpan,cakap bohong tak pasal kena saman,kah kah kah!!dari kepala sampai pucuk ranting semua kaki fitnah,apala pkr ni,patut la wa dari dulu sampai sekarang tak terniat nak join diorang. moga kita semua terhindar dari fitnah-fitnah dajal.

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans