Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Thursday, March 17, 2011

KERAJAAN BAZIR DUIT AGIK..PRFFTTTTT



RM103 Juta : 3,644 Program Bantuan Rumah di Sarawak

KUCHING, 16 Mac (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM103 juta tahun ini untuk membina dan membaiki semua 3,644 rumah di bawah projek Program Bantuan Rumah (PBR) di Sarawak.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sehingga 28 Feb lepas sebanyak 1,883 rumah di bawah projek PBR berjaya disiapkan dengan kos pembinaan RM40 ribu manakala untuk kerja baik pulih pula membabitkan kos sebanyak RM12,000.
“Selain membina rumah, kita di kementerian juga membina jalan raya, kemudahan air dan elektrik untuk rakyat di kawasan yang terbabit dalam projek PBR bagi memastikan mereka dapat hidup dengan lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek PBR di sekitar Kampung Sungai Laruh di Petra
Jaya hari ini.
Beliau berkata sebanyak 7,331 rumah terbabit di bawah projek itu tahun lepas termasuk 1,883 yang dibina semula dengan struktur baru manakala selebihnya adalah rumah lama yang dibaik pulih semula.
Penerima bantuan untuk projek itu adalah mereka yang berada dalam senarai kumpulan fokus kemiskinan yang dibuat oleh Pejabat Daerah di kawasan masing-masing, katanya.
Sementara itu dalam majlis berasingan, Mohd Shafie berkata kira-kira RM500 juta diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan untuk membantu meningkatkan prasarana asas di kawasan luar bandar di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
Beliau berkata dalam RMK10 kementerian itu juga telah menyediakan kemudahan elektrik kepada 36,000 rumah dan daripada jumlah itu 27,000 akan menerima bekalan elektrik 24 jam sehari.
“Sebanyak 16,000 rumah termasuk rumah panjang juga telah dibina di Sarawak selain 383 kilometer jalan luar bandar,” katanya. – BERNAMA


0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans