Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Saturday, March 19, 2011

Malaysiakini diarah membayar RM10,000 kepada Taib Mahmud


Malaysiakini adalah laman portal pro-pembangkang yang sering digunakan sebagai alat propaganda dengan menyiarkan berita-berita berupa fitnah untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan.

Disebabkan perbuatan itu, Ketua Menteri Sarawak akhirnya mengambil tindakan ke atas mereka sebagai pengajaran kepada pengamal media yang lain agar tidak menyebarkan fitnah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Malaysiakini bagi mengketepikan saman fitnah ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke atas portal berita itu.

Hakim, Datuk John Louis O' Hara ketika membuat keputusannya berkata saman Taib tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana ia adalah kes nyata.

"Berikutan itu, permohonan mengketepikan saman ditolak,” kata O' Hara.

Dalam penghakimannya,beliau juga menolak isu yang dibangkitkan oleh Malaysiakini, terutama hujah perbuatan saman itu menyalahgunakan proses mahkamah dan plaintif (Abdul Taib) tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan terhadap defendan.

Kata hakim itu lagi, keputusannya berdasarkan Akta Fitnah dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau sehubungan itu juga mengarahkan Malaysiakini membayar kos RM10,000 kepada Abdul Taib.

Ketua menteri Sarawak itu pada 2007 menyaman Malaysiakini dengan dakwaan memfitnahnya apabila portal berita bebas itu menyiarkan beberpa laporan dengan memetik sumber daripada akhbar-akhbar Jepun.

Beliau mendakwa 12 artikel yang diterbitkan dari 6 April hingga 3 Mei 2007 itu mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Artikel berkenaan mendedahkan pihak berkuasa Jepun menahan ahli kumpulan kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak.

Ahli kartel itu didakwa membayar Regent Star, sebuah syarikat kilang kertas yang berpangkalan di Hong Kong yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan Abdul Taib dan keluarganya sebanyak RM32 juta sebagai habuan.

Isu berkenaan telah dilaporkan secara meluas di beberapa pertubuhan media di Jepun dan juga tempat lain. Berdasarkan sumber itu, Malaysiakini membuat laporan susulan seminggu selepas itu dengan artikel 'RM32 mil kickbacks - tip of the iceberg'.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan ketua pengarang Malaysiakini Gan Diong Keng, yang juga dikenali sebagai Steven Gan, sebagai defendan.

Malaysiakini diwakili oleh peguam K Shanmuga dan Fahri Azzat manakala Yee Mei Ken pula mewakili Abdul Taib.-Malaysiakini

sumber: Rajahmas


RB: bala bala,dah satu,satu, malang betul portal pembangkang yang satu ni,nampaknya para pembangkang kena guna taktik baru,fitnah dah tak boleh guna pakai, nasib baik la 10'000RM, kalau 100'000'000'000RM?mana nak cekau 200M buat bayar harga FITNAH?tapi takpa,anwar dan punya kuncu-kuncu yang kaya boleh backup,opss.. tak boleh cakap,nanti orang kata pitenah pulak,puak-puak ni memang kerja mintak bukti,tak ada bukti depa fitnah lagi,itu la senjata diorang yang masih boleh bertahan. rakyat yang pada masa yang sama mepersoalkan hak mereka pun turut sama terbakar dengan kerajaan. taktik ni RB dah perati dari dulu lagi,RB mampu geleng kepala jer, kalau lah takdir menentukan memang diorang ni naik kuasa,RB tak tau lah apa akan jadi. balaaa bala.

1 comments:

Anonymous said...

Bayaran ini untuk kegaglan ketepikan Defence Taib Mahmud, belum lagi perbicaraan on merit.


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans