Adalah dinyatakan dan ternyata bahawa blog ini ditulis oleh penulis pro-kerajaan. Semua Artikel atau imej dan video di blog ini hanyalah merujuk pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.

rss

Thursday, April 28, 2011

Pasca PRN: PKR mengaku calon tak laku.

PKR Akui Strategi BN Tampilkan Muka Baru Berkesan Di Sarawak




PETALING JAYA, 26 April (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa
mengakui strategi Barisan Nasional (BN) menampilkan 18 muka baru untuk
bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, 16 April lepas, ternyata
berkesan.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata BN telah membuat tindakan
yang betul dengan menampilkan muka baru di kawasan-kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) berkenaan sehingga mengakibatkan PKR kehilangan banyak undi.
"Pada (pilihan raya negeri) 2006 dulu, ada perubahan undi kepada baik kepada
PKR atau parti lawan (BN) adalah disebabkan calon di beberapa kerusi itu
tidak disukai pengundi.



"Dengan BN menampilkan muka baru di beberapa kawasan baru-baru ini, telah
mengakibatkan kita kehilangan banyak undi dan saya akui itu berkesan,"
katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, pada Selasa.
Selain faktor calon yang tepat yang dikemukakan BN, beliau juga mendakwa
bahawa gejala politik wang yang menular ketika kempen pilihan raya negeri
itu juga menyebabkan PKR gagal memperoleh kemenangan yang besar.
"Faktor wang boleh kita lihat contohnya di kawasan Saribas. Kita kalah pada
tahun 2006 dengan 94 undi dan salah satu isu besar di Saribas ialah isu
wang. BN seperti yang dijangka, dua tiga hari sebelum pengundian mereka
edarkan SMS bahawa PKR akan agihkan wang di bilik gerakan kita.
"Jadi dua tiga malam itu ramai pengundi datang minta wang. Bila kita tak
boleh bagi dan bukan budaya kita, itu menimbulkan sedikit masalah dan
akhirnya di sebelah sana mendapat banyak (undi)," dakwanya.

Sementara itu, menyentuh desas-desus kononnya PAS terlepas peluang menang di
salah satu kerusi di Sarawak ekoran pengumuman wakil rakyat Ba'kelalan Baru
Bian daripada PKR sebagai bakal ketua menteri sekiranya pakatan pembangkang
menang, Mohd Rafizi mendakwa PKR tidak pernah mengumumkan perkara tersebut.
"PKR tak pernah membuat apa-apa pengumuman. Kalau awak pergi periksa semua
kenyataan kita, sepanjang kempen kita kekal dengan konvensyen mana-mana
parti yang mempunyai banyak (bilangan) kerusi akan jadi Ketua Menteri.

"Berita kononnya bakal ketua menteri adalah Baru Bian jika pakatan menang
dibuat oleh YB Chong Chieng Jen dari DAP. PKR tak pernah membuat apa-apa
pengumuman," katanya, yang menuding jari ke arah DAP.

Beliau berkata, "Saya tidak mahu komen mengenai kerusi yang ditandingi PAS.
Tetapi berdasarkan 12 kerusi yang kita tandingi di kawasan Melayu-Melanau,
analisis mendapati isu Baru Bian bukan isu dominan."
-- BERNAMA



Akhirnya pandai jugak PKR ni mengaku tak pandai,dah kalah salahkan Calon pulak,PKR menang berapa kerusi?abis taknak ulas kenapa PKR dan PAS kalah kat calon2 lama PBB?nak salahkan BN kononnya sebarkan SMS Palsu pulak,PKR ni memang tak pernah mengaku salah kan?Siap salahkan DAP lagi pasal Baru Bian nak jadi KM, Wahai Rafizi, satu Sarawak ni tahu Baru Bian tergila-gilakan Kerusi Ketua Menteri, siap ajak Pehin Sri nak berdebat lagi,agaknya Baru Bian ingat Pehin Sri ni macam dia ka asyik nak berdebat?Kasihan Baru Bian, adakah impian beliau akan berkecai?lalu terkubur dalam lipatan sejarah politik Sarawak?bunyi macam PKR PUSAT tak hendakkan beliau,keh keh keh,susah betul kan nak jadi Boneka PKR ni,mungkin PRU akan datang PKR harus ada Calon yang jambu-jambu gitu, barulah mantap pentadbiran Anwar Ibrahim dengan kabinet bayangan beliau,ke putrajaya,bila tu?16 september 2008?2009?2035?Prfftttt.....



SMS ni ke yang Rafizi kata tu?bukan orang saribas je kene,dekat kuching ni pun ada taw, macam mana lak rakan RB yang terima msg ni tak tahu pasal SMS ni padahal dia pun ahli jentera BN? apa bukti SMS tu datang dari BN?keh keh keh nampak sangat menipuw~



Lepas ni boleh salahkan rakyat balik kata bodoh sebab undi dacing,bukan undi calon,undi wang dan sebagainya,dah terang lagi bersuluh PKR tak laku kat sini. Perjuangan Politik Dendam PKR tak relevan untuk orang Sarawak. Sedangkan di tanah MELAYU sendiri pun PKR dah busuk disebabkan Lobang-lobang yang tak mampu ditutup akibat perbuatan Orang itu,ya orang itu yang suka sangat sebut nama Yusuf Al-Qhardawi,Orang yang sepatutnya dianugerahkan Trofi Anugerah Pelakon Terbaik ,kalaulah beliau berkarier di Hollywood,Pasti namanya sudah sebaris Selebriti-selebriti ternama,tapi beliau bukan sekadar pandai berlakon,malah pandai beraksi, tak percaya saksikan Aksi terbaru beliau,yang menurut YB ZUL,adegan itu adalah kejadian sebenar. Klik sini 


psttt:
YB-YB BN kita tak habis-habis lagi ka bersorak keriangan?
Dah sudah lah tu,Thank You Dinner pun sudah apa pun sudah
jom buat kerja. ada yang tak buat kerja pun dapat duduk semeja,
 terkilan tengok orang lain kerja lebih tak nampak muka
ada yang pandai "angkat" dapat nama. hai dunia,

 baca pendapat muka petang pasal yb-yb kita ni

0 comments:


Post a Comment

Popular Posts

Bloggers of Sarawak

The Malayans